BAB 22: PUTERA SHILDIA

54 4 0
                                    

" Zeliker!" kata Silvert apabila menyedari beberapa ekor raksasa berdekatan mereka.

" Aku benarkan kamu guna kuasa kamu, Silvert," balas Zeliker sambil memegang pistol yang berada di belakangnya.

Sebelah tangannya lagi memegang tali pada Azuris. Eren pula hanya melihat saja. 4 ekor raksasa berbentuk serigala muncul dihadapan mereka. Ia mempunyai 3 ekor dan 6 kaki. Pada belakangnya terdapat sepasang bilah tajam seperti tangan lelabah. Air liur mereka menitis-nitis ke tanah. Apabila mereka berlari ke arah Zeliker dan Eren, Silvert muncul di hadapan mereka dengan sebilah pedang. Dengan sekali libasan, satu serangan berbentuk sabit membelah tubuh kesemua raksasa serigala itu. Dua ekor lagi muncul dengan melompat ke arah Zeliker dan Eren. Dengan pergerakan yang pantas, Silvert melompat ke arah mereka lalu memotong kepala mereka.

" Terima kasih, Silvert," ucap Zeliker lalu melepaskan pistol yang dipegangnya di belakangnya.

" Ya..." balas Silvert tetapi dia mengerling sebentar ke arah Eren. 

Kemudian, dia naik semula ke atas Teresa. Mereka bertiga meneruskan perjalanan mereka sehinggalah mereka melihat sebuah gunung yang mempunyai batu Mana di dalamnya.

" Nampaknya ada beberapa orang syaitan yang menjaga pintu masuk ke batu Mana tu.." kata Zeliker apabila melihat 5 orang daripada puak syaitan sedang berkeliaran di hadapan sebuah gua dalam gunung itu.

Kini, mereka bertiga sedang bersembunyi di belakang pokok jauh sedikit daripada 5 orang syaitan itu.

" Hmm? Eren?" katanya apabila Eren turun dari belakangnya.

" Kita takkan dapat masuk kalau tak bunuh semua syaitan tu..." balas Eren lalu mengeluarkan sesuatu objek yang panjang dari dalam jubahnya. 

Dia menghalakan muncung objek itu pada arah 5 orang syaitan itu. Dia melihat pergerakan 5 orang syaitan tersebut dahulu. Apabila kesemuanya berkumpul setempat, dia menarik picu itu sebanyak lima kali dengan pergerakan yang pantas di bawah objek itu. Sesuatu keluar dengan laju daripada muncung objek itu tanpa berbunyi. Zeliker dan Silvert terkejut apabila 5 orang syaitan itu terus rebah ke tanah.

" Mari pergi.." ajak Eren sambil menyimpan senjatanya semula.

" Apa yang kamu buat pada mereka?" tanya Zeliker, hairan.

" Hmm? Bunuh lah. Kan aku dah cakap tadi.." jawab Eren lalu berjalan ke arah gua tersebut.

" Nampaknya, dia mempunyai senjata yang agak berbahaya..." fikir Zeliker dan Silvert serentak.

Zeliker dan Silvert mengekorinya dengan menggerakkan Azuris dan Teresa mendekati gua itu.

" Silvert, pasangkan pelindung halimunan pada Azuris dan Teresa," arah Zeliker kepada Silvert apabila mereka mengikat tali Azuris dan Teresa pada sebatang pokok berdekatan gua itu.

Silvert mengangguk lalu menghalakan sebelah tangannya pada Azuris dan Silvert. Kedua-dua kuda tersebut hilang dari pandangan selepas itu. Kemudian, Zeliker, Silvert dan Eren masuk ke dalam gua itu. Pada dinding gua tersebut terdapat obor api. Mereka boleh melihat jalan ke dalamnya. Zeliker menyedari beberapa tulisan pada dinding gua itu setiap kali mereka melepasi 50 meter.

" Fie Yelze Po Mokte... Di mana aku pernah baca ayat ni, ya? Rasa macam pernah dengar..." sebutnya dalam hati dengan rasa tidak sedap hati.

" Tak de syaitan ke yang jaga tempat ni.. Peliknya.." kata Eren, hairan.

" Hmm... Ikut sini," kata Zeliker setelah melihat tanda anak panah ke kiri yang telah ada di situ.

" Kenapa ke kanan?" tanya Eren.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now