BAB 93: MUSUH UTAMA NEKRUIS

43 5 0
                                    

"Tuan Gustier, mesej dari penjaga luar benua telah tiba," kata seorang wanita kepada Gustier.

"Apa mesejnya?" Gustier telah lama menunggu saat itu. 

Dia berharap penjaga keselamatan luar benua telah tamat menghapuskan raksasa di sana. Dinding Iljásk baru terbuka 3 jam dan keadaan telah dapat dikawal oleh kumpulan Ballista tanpa ada apa-apa masalah.

Wanita itu membaca mesej tersebut dengan riak pasrah. "Peratus kebersihan baru 30 peratus dilakukan. Beberapa bangunan pelindung telah dimusnahkan. Mereka juga telah mencederakan sedikit ketua raksasa tahap 'Saint' tetapi... Tuan, mereka meminta kebenaran untuk melepaskan ketua raksasa itu memasuki benua kita!"

Gustier yang mendengar berkerut dahi. "... Aster dan kumpulannya ada... Haih... Moga-mogahan kawasan kemusnahan dapat dikawal. Bandar mana yang terdekat dengan dinding Iljásk yang ingin dibuka untuk ketua raksasa itu? Dan bila masa mereka akan membukanya?" Tanyanya.

Seorang wanita lain pula menaip sesuatu di sebuah skrin sebelum skrin berpeta dipaparkan di atas syiling bilik itu. 

"30 minit." Kata wanita sebelum itu yang melihat mesej seterusnya.

Gustier yang telah melihat peta itu juga memegang satu alat berbentuk mikrofon. "Aster, ketua raksasa akan tiba dalam setengah jam di bahagian tenggara Miko..." Gustier diam seketika sebelum menyambung ayatnya, "Semoga kamu dan lain-lain berjaya." 

Nekruis yang telah mendengar pemberitahuan tersebut memandang ke arah tenggara. "Yasi, Jact, Erna, Klowa, Misz, Ansya, Orno, Maryn, Ken," panggil Nekruis melalui alat penghubungan mereka.

"Ya, tuan!" Balas kesemuanya yang dipanggil.

"Berkumpul," arah Nekruis. 

Sebaik sahaja arahan itu didengari, sembilan orang ahli Ballista itu segera muncul berdekatannya dengan menggunakan batu Mana. Orno, Maryn dan Ken sahaja tidak kerana mereka telah berada berdekatan Nekruis selama ini.

"Saya kumpul kamu semua kerana kamu semua telah mencapai tahap 'Divine' dan 'Saint'. Kepada yang berkuasa Saint, jika keadaan tidak baik, beredar segera. Jangan sekali-sekali memberi kesusahan kepada yang lain," maklumnya.

"Perintah tuan akan kami turuti!"

"Em! Dalam 25 minit lagi, ketua kepada semua masalah ini akan muncul di bahagian tenggara Miko. Kekuatannya dikatakan berada di tahap Saint tetapi ada kemungkinan ia telah tiba di peringkat terakhir Saint menuju ke tahap 'Half-Divine'. Jangan leka walaupun ia berada di tahap awal Saint, faham?"

"Faham, tuan!" 

Nekruis tidak perlu menasihati mereka. Mereka semua telah tahu keadaan raksasa di tahap Saint dan Divine macam mana. Malah, di tahap 'Godly' pun biasa mereka jumpa dan sudah tentu tahap 'Godly' tidak dilawan mereka. Jika terserempak dengan raksasa tahap itu, melepaskan diri adalah pilihan utama. 

Dengan kata lain, mereka telah mengembara ke luar benua sebelum itu lagi. Jact dan beberapa ahli Ballista yang keluar setahun dahulu telah kembali tidak lama selepas dinding Iljásk terbuka di benua itu. Dalam pengembaraan mereka itu, mereka telah melihat pelbagai pemandangan, jenis kaum dan raksasa. Tidak lagi mereka berasa susah hati setelah menambah pengalaman di luar.

Kini, bertemu akhirnya dengan ketua raksasa yang menyerang tempat tinggal mereka membuatkan mereka tidak sabar-sabar hendak membalas dendam. Benua itu adalah satu-satunya tempat kelahiran mereka. Orang luar boleh pergi mati jika mereka menyentuhnya! Hal ini disebabkan benua itu jika dimusnahkan, mereka tiada lagi tempat untuk kembali. Oleh itu, kumpulan mereka semuanya merupakan orang yang mencintai benua mereka.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now