Kaizelan memandang Hetero dengan lama sebelum berasa jijik dengan kekotoran darah pada tangannya. Walaupun dia biasa berada dalam keadaan berlumuran darah seluruh tubuh badan, dia masih merupakan seorang yang pembersih. Disebabkan itu, dia segera ke tandas untuk mencuci darah pada tangannya dan menukar pakaian yang juga terkena cecair tersebut. Malah, Hetero juga dihumbannya ke tub mandi dan dibersihkan. Dia menghiraukan apa-apa yang dilihat.
Memandangkan bilik itu adalah bilik tidurnya, sarung katil itu ditanggalkannya sendiri tanpa memanggil pembantu istana. Bukan kerana dia yang tidak mahu tetapi identitinya itu yang membuatkan semua pembantu istana takut untuk berada lama di bilik itu. Mereka hanya masuk untuk menghantar makanan, mengambil pakaian busuk dan mengemas apabila Kaizelan dan Hetero tiada.
Kaizelan juga sedar dia terpaksa membersihkan darah itu sendiri kerana jika pembantu istana melihat keadaan tersebut akan membuatkan mereka cemas dan segera memberitahu pengawal terdekat. Kemungkinan, mereka akan fikir bahawa dia telah membunuh seseorang. Mustahil untuk mereka memikirkan dia hanya mencederakan seseorang.
Sarung katil itu kemudiannya direndamnya dalam tub pula selepas Hetero dikeluarkan. Kaizelan berasa malas untuk menyarung pakaian pada Hetero. Dia hanya meletakkan Hetero di atas katilnya semula dan menyelimutkan sahaja tubuh Hetero.
Keadaan Hetero yang basah juga dihiraunya. Dia bukannya pembantu istana untuk mengendalikan pemakaian seseorang dan jika Hetero sakit demam disebabkan tidak mengeringkan tubuhnya, dia juga tidak kisah. Sayangnya, syaitan tidak mudah sakit. Walaupun Zeliker pernah demam kerana beban yang dipikulnya sebelum ini di Negara Drick, dia memerlukan rehat satu malam sahaja untuk sembuh.
Setelah memastikan keadaan bilik itu kembali normal, Kaizelan duduk di kerusi berkusyen sebelum ini semula. Otaknya mula memikirkan masalah keadaan dirinya yang diracun tanpa disedari. Racun jenis apa yang membolehkan dia seorang raja syaitan tidak mengetahui rasanya? Racun tersebut merupakan racun berbahaya jika ia tidak dikesannya.
Walaupun Kaizelan meminta untuk dibunuh tetapi itu tidak bermakna dia suka dengan cara pembunuhan tersebut. Dia lebih rela dirinya dibunuh dengan cara sepatutnya; berhadapan dan tidak memalukan. Diracun merupakan cara pembunuhan seseorang yang pengecut baginya. Hal tersebut membuatkannya marah dalam diam.
Tiba-tiba gegaran di istana itu yang dirasanya mengejutkannya. Apa pula yang berlaku? Dia segera menghampiri jendela bilik itu. Malangnya, arah pemandangan biliknya itu bertentangan dengan arah raksasa muncul. Dia hanya dapat melihat tentera askar berpusu-pusu berlari dalam barisan ke sana sini. Senjata mereka yang pelbagai dipegang pada tangan. Dia juga melihat beberapa orang askar menunjukkan jalan kepada beberapa orang penduduk yang membawa pekakas barang seperti sedang melakukan perpindahan. Mereka kelihatan cemas dalam pandangannya.
Kaizelan meneka mereka diserang tetapi bukan ke tentera syaitan hampir semuanya telah kalah di medan perang? Tentera syaitan mana yang berjaya meloloskan diri sehingga ke situ?
Kaizelan ingin keluar tetapi dia memandang ke arah Hetero. Tanpa Hetero mengawasinya, dia yang kini sedar ada orang cuba membunuhnya dalam istana itu berasa sedikit ragu-ragu. Kolar kawalan pada lehernya tidak membenarkan dia menggunakan kuasa dan terdapat satu arahan yang menjengkelkannya. Dia tidak boleh menyerang tetapi melindungi diri dibenarkan pula. Oleh itu, jika dia keluar dan diserang, tidak mudah untuknya berlawan?
Kaizelan walaupun yakin dia boleh berlawan tanpa kuasanya tetapi selepas teringat apa yang berlaku ketika dia diserang di istananya sebelum diculik Zeliker, merasakan dirinya masih boleh memberi peluang kepada pembunuh itu untuk membunuhnya. Macam mana kalau pembunuh itu adalah syaitan istimewa? Dia tidak akan lupa penyerang di istananya ialah syaitan istimewa juga.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...