"Itu biar saya terangkan." Mellinda muncul semula dengan senyuman kecil. Dia kembali kerana merasakan perbualan anak beranak itu telah tamat walaupun tidak selesai masalahnya. Dia memberitahu pesanan Gustier selepas itu.
Nekruis memberitahu ahli Ballista mengenai pesanan tersebut. Mereka semua termasuk Arnialaz dan Mellinda berkumpul di satu kawasan yang mereka dapat tahu musuh akan memecahkan dinding Iljásk itu. Pada waktu ini, raksasa tersebut belum muncul.
"Mell, bawa Alaz beredar jauh dari sini. Lebih baik korang beredar ke istana Neza," kata Nekruis kepada Mellinda.
"Aku boleh bantu!" Kata Arnialaz segera.
Nekruis menggeleng kepalanya. "Tidak boleh."
"Aku dah berlatih selama 20 tahun. Aku boleh lawan juga!" Arnialaz berasa geram kebolehannya diperendahkan Nekruis. Walaupun dia tidak memenangi Nekruis dalam perlawanan sebelum ini, dia tidak menggunakan semua kuasanya.
"Tidak boleh," ulang Nekruis dengan tegas. Anaknya tidak tahu tahap raksasa 'Saint' bagaimana keadaannya. Mudah dilihat tetapi sangat sukar untuk dikalahkan orang biasa.
Ahli kumpulan Ballista yang baru tiba melihat kedua-duanya bertengkar. Orno tidak kenal siapa Arnialaz dan mahu membela Nekruis dengan pergi kepada mereka. Akan tetapi, dia dihalang Maryn.
"Jangan campur tangan. Itu anak ketua," beritahu Maryn.
Orno ternganga mendengarnya. Bukan dia sahaja, rakan-rakan mereka yang lain juga terkesima mendapat tahu hubungan dua orang itu. Baru hari ini, mereka mengetahui ketua mereka telah berkeluarga. Semua wanita yang ada, termasuk Maryn sedikit sedih bahawa ketua mereka telah berpunya.
"Tak boleh! Ini adalah muktamad! Mell, bawa dia pergi!" Nekruis mula naik angin kerana anaknya tidak mahu mendengar kata. Mahu sahaja dia membawa Arnialaz ke Lokoston semula, jauh daripada bahaya yang akan datang itu. Bukan Arnialaz sahaja, anak-anaknya termasuk Stiria di Neza juga mahu disoroknya.
Arnialaz merenung Nekruis dengan tajam. "Kenapa aku tidak boleh tolong?!"
Nekruis tidak membalas sebaliknya dia memandang ke arah Mellinda. Isyarat matanya diberikan kepada Mellinda untuk membawa Arnialaz beredar. Mellinda yang sedar keadaan itu tidak selamat untuk mereka segera menarik tangan Arnialaz.
"Mak cik!" Kata Arnialaz dengan riak tidak percaya dan dia masih berkeras tidak mahu pergi.
"Bukan masanya untuk kamu menolong ayah kamu. Raksasa yang akan tiba mungkin bukan lawan kita. Tunggu dan lihat dulu," bisik Mellinda dengan satu alasan.
Arnialaz berfikir sejenak sebelum terpaksa mengikut Mellinda beredar. Dia sedar dia tidak tahu bagaimana rupa, bentuk dan kuasa raksasa yang menyerang benua mereka. Kata-kata Mellinda ada benarnya.
Nekruis melepaskan nafas lega selepas melihat mereka berdua beredar. Tidak lama kemudian, mereka mendengar bunyi rekahan dari langit di atas mereka. Selepas sejam, mereka melihat tangan raksasa itu muncul pula dari dalam rekahan...
"Ketua, kumpulan Jact akan tiba lambat sikit. Mereka telah keluar dari benua setahun yang lalu," beritahu lelaki berpakaian biru yang mengeluarkan lidi itu kepada Nekruis.
"Em!" Nekruis mengangguk. "Kamu semua berpecah kepada dua orang satu kumpulan. Pergi ke setiap sudut dari sini. Jangan biarkan satu kawasan terbiar," arah Nekruis.
"Baik, tuan!" Semua ahli Ballista tabik kepada Nekruis sebelum semuanya beredar ke setiap sudut kecuali Maryn, Orno dan lelaki berpakaian biru hitam.
"Ken, jenis raksasa apa itu?" Tanya Orno kepada lelaki berpakaian biru hitam itu.
Ken memandang ke atas. Cermin mata yang dipakainya dibuka dan disimpan di dalam sebuah kotak. Dia meneliti tangan raksasa tersebut.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantastikSemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...