BAB 51: PENJARA KAIZELAN

40 7 0
                                    

Kaizelan mengecilkan matanya kepada Zeliker. "Jangan harap. Aku takkan minta pertolongan daripada kambing-kambing yang kamu panggil raja tu." Dia menyilangkan tangannya di atas dadanya.

Zeliker diam sementara manakala Xium dan Hetero merenung Kaizelan dengan marah. Bagi mereka, manusia bukan kambing.

"Okey, kalau begitu, kamu tak kisah lah kan kalau raja manusia ambil alih Entenoa." Semua memaling ke arah Zeliker dengan terkejut.

Kaizelan mengetap giginya. Tapi, tiada gunanya dia hendak marah. Entenoa pasti akan jatuh ke dalam genggaman Weety. Dia juga dungu kerana membocorkan rahsia perjanjian antara negaranya dengan Weety dan Flink kepada Zeliker, Xium dan Hetero. Dia berharap mereka ada cara untuk selamatkan negaranya kah? Ada tapi bukan menjalinkan hubungan dengan manusia yang mustahil untuk dia dan rakyatnya terima dengan tangan terbuka.

"Heh! Bagus. Kalau begitu, Kaiz, kamu tak diperlukan lagi. Xium, kurung dia di penjara istana," arah Zeliker. Tiada belas kasihan pada riak wajahnya. 

Kaizelan menggolekkan matanya apabila Xium memegang lengannya sekali lagi. "Lebih baik kamu bunuh aku je daripada kurung aku. Oh, tapi kamu nak aku hidup untuk kacau hidup kamu, kan? Aku faham, aku faham..." Katanya dengan sinis.

Zeliker menghiraukannya. "Alpha, beritahu aku kat mana lokasi penjara." Dia dan lain-lain tidak tahu lokasi tempat itu.

Kaizelan, Xium dan Hetero hairan mendengar ayatnya. Mereka tersentak apabila satu paparan cahaya muncul dan menunjukkan seluruh bangunan istana dalam bentuk 3D. Cahaya itu muncul dari sebuah alat yang berbentuk separuh bulat dan melekat di atas mereka. Warnanya hitam seperti lampu yang tertutup. Zeliker perasan alat tersebut berada di beberapa tempat di atas syiling.

Paparan 3D itu menunjukkan satu bangunan empat segi yang sedang berkelip-kelip berwarna biru lembut. "Penjara berada di lokasi 42° B 132° S." Suara sistem kedengaran dan sekali lagi menyentakkan tiga orang itu.

"Suara siapa tu, Zeliker? Ngerinya..." Tanya Hetero.

"Sistem kawalan istana. Dia yang hilangkan aku sebelum ni tapi sayangnya, aku tak boleh beritahu korang lokasi tersebut... sekarang," jawab Zeliker. Dia sengaja tidak mahu memecahkan rahsia tempat itu di hadapan Kaizelan.

Kaizelan menggolekkan matanya sekali lagi. Dia telah lama sedar dia bukan orang yang disukai Zeliker.

"Okey, tapi kamu perlukan terangkan semuanya. Peta bangunan yang muncul dalam bentuk kecil ni sangat aneh juga. Bagaimana ia boleh dibuat?" Hetero menyentuh paparan 3D itu tetapi jarinya tembus dan tidak menjejaskan imej tersebut. "Yup! Sangat aneh..."

"Kemudian, Hetero. Kaiz, mari kami hantar kamu ke rumah baru kamu," senyum Zeliker sebelum dia berjalan ke lif. Xium menarik lengan Kaizelan untuk mengikut mereka.

"Aku boleh jalan lah!" Dengus Kaizelan tetapi Xium masih tidak melepaskannya.

Pintu lif terbuka dan kali ini, Zeliker yang menekan butang ke tingkat satu kerana dia rasa mereka boleh keluar dari bawah tanah itu. Mereka melihat cermin luar lif melepasi tingkat sebelum mereka turun ke 'Aquatum'. Kedudukan mereka di tingkat satu itu menerangkan sedikit fungi lif itu kepada mereka. Zeliker mula faham butang bernombor itu membawa mereka naik ke tingkat atas manakala butang 'Ground' adalah perantaraan tingkat naik ke atas dan ke bawah. Dia sengaja menekan butang 'Ground' sebelum yang lain keluar dari pintu lif. Kini, mereka berada di tingkat permulaan mereka masuk.

Tanpa berlengah juga, Zeliker menunjukkan jalan ke bangunan empat segi itu. Dia telah melihatnya semasa dalam perjalanan kepada mereka dari bilik diraja. Setibanya mereka di hadapan bangunan itu, mereka memandang saiz dan keluasan bangunan. Kalau dikira, macam 10x10 meter manakala ketinggiannya dalam 4 kaki sahaja.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now