" Aku tak sangka kamu boleh senyum juga, Flare," perli Zeliker.
" Aku pun manusia jugak lah... Erm... Terima kasih.." ucap Flare dengan wajah segan.
" Sama-sama.. Aku patut hantar kamu pulang ke Negara Shildia sekarang," balas Zeliker.
" Bagaimana dengan Silvert? Kamu rasa dia dah matikah?"
" Dia tak mati lagi. Aku dapat rasa dia ada di pintu gua tadi menanti kita berdua. Aku nak patah balik tapi aku risaukan keselamatan kamu. Silvert tak suka manusia dan kalau kita jumpa dia dan dia telah bebas, kita akan diserangnya.. Dia dah berjanji pada ayah aku akan bawa aku pulang tidak kira camna keadaan aku.. Kamu patut balik dulu, Flare. Aku akan bukakan dimensi untuk kamu dengan menggunakan batu Mana ni.." balas Zeliker lalu memunculkan seketul batu Mana.
" Tunggu dulu! Kamu kan dah berjanji akan ikut aku!"
" Ya.. Aku dah janji tapi aku mesti kembali pada Silvert. Nyawa Silvert ada dalam tangan ayah aku. Kalau dia kembali tanpa aku, dia akan mati dan jikalau aku ada di sisinya, aku boleh halang dia daripada membawa aku pulang dan juga halang dia daripada biarkan dia pulang sendirian.. Silvert, sejak kecil lagi telah menjaga aku. Aku tak sampai hati nak biarkan dia mati di tangan ayah aku mahupun berjauhan dengan dia lagi. Aku juga tak dapat bunuh dia kerana dia telah banyak berjasa pada aku.. Flare, tolong lepaskan aku. Dan jikalau aku masih hidup, aku akan tunaikan janji aku dan kembali bertemu kamu semula. Tetapi, kalau aku tak kembali, tolong kembalikan medal ni pada Raja Sektar..." kata Zeliker lalu membuka suatu dimensi seperti yang pernah dilakukannya untuk Gizelis dahulu.
Dalam dimensi tersebut, ia menunjukkan pintu masuk Bandar Ditteria.
" Pergilah.." katanya lagi selepas itu.
Flare memandangnya sejenak. Kemudian, dia berjalan ke arah dimensi itu.
" Jangan mati, Zeliker.. Aku rasa ayat ni mesti selalu disebut-sebut pada kamu, kan? Jangan musnahkan harapan kawan-kawan kamu yang mengenali kamu selama ini.. Kamu mesti sentiasa fikir mati di tangan sesiapa adalah tidak kisah tapi kamu tau tak perasaan kawan-kawan kamu kalau kamu dah tiada lagi? Mereka pasti akan sedih.. Aku dapat rasakan bagaimana perasaan mereka sebab aku dah mula kenal diri kamu. Walaupun hanya seketika, aku tau kamu bukanlah syaitan yang biasa. Kamu amat istimewa, Zeliker. Jangan hancurkan harapan kawan-kawan kamu yang inginkan kamu kembali. Aku juga sama... Aku akan tunggu kamu sehinggalah kamu datang semula. Jika kamu tak kembali dalam masa 3 hari, aku akan cari kamu sampai dapat.." katanya dengan panjang lebar lalu memasuki dimensi itu.
Pengawal-pengawal yang berada di pintu masuk Bandar Ditteria terkejut melihatnya keluar daripada sebuah lubang dimensi. Flare tidak memandang ke belakang lagi. Begitu juga, Zeliker. Apabila dimensi tersebut hilang dari pandangan, Zeliker menuju ke arah Silvert.
" Zeliker!" kata Silvert dengan rasa gembira melihatnya.
Dia agak terkejut melihat kecederaan pada Zeliker.
" Kamu selamat juga, Silvert. Baguslah.." balas Zeliker sambil memandang Silvert.
Dia sedar gelang pada leher Silvert masih ada. Akan tetapi, dia dapat merasakan helah Silvert. Disebabkan itu, dia mengeluarkan pistolnya lalu menarik picu pistol itu ke beberapa arah. Beberapa das tembakan dikeluarkan. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang syaitan rebah ke tanah dari atas pokok mahupun di sebalik semak-samun. Ada dalam kalangan mereka yang menyamar menjadi sebatang pokok dan ada yang menghalimunankan diri mereka. Akhir sekali, Zeliker menembak ke arah tepi gelang pada leher Silvert. Gelang itu jatuh ke tanah. Silvert tersenyum melihatnya.
" Perangkap kamu takkan terkena aku, Silvert," kata Zeliker.
" Ya, tuanku memang hebat seperti biasa.." balas Silvert dan anak matanya bertukar warna daripada hitam ke biru.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...