[Tahun 5457, 18 Oktober, 7.36 PM...]
"Tuanku... Patik takkan ke mana-mana sehinggalah patik membunuh manusia yang menjadikan tuanku, hambanya. Patik akan bebaskan tuanku dari menjadi hambanya," balas Dian dengan berjanji.
"Tak perlu. Jika kamu membunuhnya, arahan yang diberikan kepada beta takkan terhapus dengan begitu sahaja. Alat ini telah pun bersatu dengan jantung beta. Beta takkan terlepas dari arahannya melainkan dia sendiri yang melepaskan beta dengan rela." Zeliker mengangkat sebelah tangan sambil mengibas jarinya ke arah Dian, tanda bantuan Dian tidak diperlukan.
"Urgh... Sampai begitu sekali dia buat tuanku sebegini. Sebab tu lah, manusia patut dihapuskan dari dunia ini!"
"Hapuskan manusia dari dunia ni...? Dian, beta nak tanya kamu. Kita ni golongan apa sebenarnya?"
"Huh? Kita ni golongan syaitan, tuanku!" Jawab Dian dengan rasa pelik ditanya soalan sebegitu.
"Heh... Begitu kah...? Nampaknya, semua syaitan sama sahaja. Itulah jawapan yang mereka berikan sejak zaman azali lagi..." Kata Zeliker perlahan tetapi didengari Dian dengan jelas.
"Err... Jawapan tuanku kepada soalan tuanku itu pula?"
"Jawapan beta amat berbeza. Kita merupakan golongan manusia..."
Dian terkejut mendengar jawapan itu.
"Nak tahu kenapa? Sebab kita memang manusia cuma kita istimewa kerana memiliki kuasa. Disebabkan itu lah, kita dipanggil syaitan sedangkan kita sebenarnya adalah manusia juga. Jadi... Kamu masih nak teruskan menghapuskan manusia, Dian? Darah daging manusia yang kamu juga miliki?" Tunjuk Zeliker ke arah Dian dan kemudian dirinya.
"Kita manusia...? Tapi, tuanku! Kita berbeza dengan mereka. Darah mereka membuatkan kita mahukan darah mereka!" Dian tidak percaya mereka datang dari keturunan lemah itu.
"Itu betul tapi Dian, sedapkah darah manusia...? Beta agak pelik kenapa kaum syaitan dengan mudahnya meminum darah manusia yang sejenis dengan kita. Malah, apa yang membuatkan kaum syaitan menyukai daging manusia?"
Soalan itu membuatkan Dian terkelu. "Err... Tuanku tidak pernah minum darah mereka ke? Darah mereka rasa sedap dan manis macam madu. Malah, memberikan kita tenaga yang luar biasa," jawab Dian.
"Rasa madu? Tenaga luar biasa? Sayangnya, beta tidak dapat menikmati seperti yang kamu kata. Darah manusia sebaliknya beta rasa macam bangkai busuk. Dian, beta tak boleh minum darah manusia. Sebab itu lah, beta tak nak kamu pergi buru makanan untuk beta. Kamu mungkin akan buru manusia. Darah manusia ialah darah yang paling beta benci," terang Zeliker.
"Y-Ye ke?! Ampunkan patik kerana tidak mengetahuinya! Tapi, kenapa tuanku tidak boleh minum darah manusia? Tuanku terkena sumpahan ke...?" Tersentak Dian mendengar Zeliker tkdak boleh minum darah manusia.
"Sumpahan?" Sebut Zeliker.
Dahulu, ada juga dia merasakan dirinya disumpah. Tetapi, setelah pelbagai rawatan dan cara, dia akhirnya menerima bahawa dia sememangnya tidak boleh meminum darah manusia. Darah kaum syaitan tidak bermasalah kepadanya.
"Ah, celupar mulut patik ni! Ampunkan patik, tuanku!" Dian menekup mulutnya. Dia telah mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya.
"Heh! Mungkin juga beta kena sumpah. Tapi, ada bagusnya..." Ujar Zeliker sambil memandang ke langit.
"Huh...?"
"Sekurang-kurangnya beta tak bunuh kaum manusia. Malah darah yang beta bencikan takkan terpercik keluar..." Zeliker memejam matanya. Dia tidak mahu ingat apa-apa mengenai darah manusia yang telah berlaku dahulu di Flink.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...