Empat hari sebelum raksasa muncul, Larkanos dan Iris sedang duduk di dalam sebuah bilik di rumah mereka. Rumah mereka terletak di dalam Bandar Istana Lagendia, Marbosa.
"Ayang pasti?" Tanya Larkanos kepada Iris. Mereka sedang duduk di atas katil bersaiz 'King' yang terdapat tirai.
Iris mengangguk dengan serius. Sebelah tangannya diletakkan pada perutnya sebelum diusapnya lembut. Matanya redup dengan penuh kasih sayang. Melihat perbuatan isterinya, Larkanos juga berkelakuan sama. Dia kemudiannya memegang sebelah tangan Iris yang bebas dan mengucupnya.
"Tips 'ayah' berhasil, bukan?" Kata Iris perlahan.
Dia hairan apabila suaminya tiba-tiba kaku di sebelahnya lalu mengalih pandangan ke suaminya. "Abang?"
Larkanos dilihatnya sedang tercengang. Setengah jam kemudian barulah dia melihat Larkanos sedar semula. Dalam setengah jam itu, Iris membiarkan Larkanos berfikir dan tidak menganggu. Dalam diam, identiti Larkanos dan Nekruis telah lama diketahui Iris. Lantas mengejutkan Larkanos kerana Iris tidak menunjukkan dia tahu mengenainya selama ini.
"B-Bila...?" Suara Larkanos terdapat gagap. Riaknya pula telah berubah kepada lega bagaikan sesuatu yang membebankan telah hilang.
"Bila apa?" Sengih Iris. "Ok, ok, ayang dah tahu lama dah! Haha!" Jeritnya apabila Larkanos sengaja menggeletek tubuhnya.
Larkanos berhenti pergerakannya tetapi tubuh Iris telah ditolaknya untuk baring manakala dia melihat dari atas Iris. Dia tidak menghimpit Iris sebaliknya tangannya menahan tubuhnya di atas Iris.
"Hm... Ia bermula masa abang masih tidak sedarkan diri. Kan ayang ada bagitau bahawa abang telah pengsan selama tiga bulan. Masa itu dah mencukupi untuk ayang mendapatkan maklumat mengenai abang. Ditambah pula dengan... erm..." Iris berasa sukar hendak mengatakannya.
"Ditambah pula dengan apa?" Larkanos mahu mengetahuinya.
Mata Iris bergerak ke tepi seketika. Setelah membuat keputusan dia kembali memandang Larkanos.
"Ayah jumpa ayang..." Sebutnya perlahan.
"Apa?! Bila?!" Larkanos tersentak mendengarnya.
"Masa ayang jumpa abang di sungai tu, sebenarnya ada lelaki lain telah berada di situ. Pada mulanya, ayang tidak kenal siapa memandangkan lelaki itu tidak memberitahu namanya. Keadaannya basah kuyup macam abang. Ayang teka dia selamatkan abang dan telah membawa abang ke darat. Sungai yang ayang kata sebenarnya bukan cetek. Ayang jumpa abang dan dia di Sungai Ralibas," terang Iris.
"Sungai Ralibas?! Sungai besar yang dalam tu?!" Terkejut Larkanos lagi.
Apabila difikirkannya semula, mengikut geografi tempat dia jatuh ke dalam sungai deras itu, arus akan membawanya ke sungai besar Ralibas. Tetapi dia ingat dia dijumpai Iris sebelum dia dibawa ke sungai besar Ralibas.
Iris mengangguk. "Ayang teka dia selamatkan abang yang telah tenggelam. Waktu itu, ayang sangka abang telahpun mati tetapi lelaki itu tidak berputus asa. Dia menggunakan sesuatu kuasa yang disalurkan ke tubuh abang. Sejam lebih juga sebelum ayang melihat abang memuntahkan air yang banyak...
"Selepas itu, dia memandang ayang. Ayang tersentak juga sebab ayang rasa ayang dah menyorok dengan baik tetapi mungkin sebab dia syaitan. Dia suruh ayang jangan beritahu mengenainya jika abang terjaga dan kemudian, dia beredar. Ayang tak lagi lihat dia selepas itu. Ayang terpaksa la bawa abang ke tempat ayang. Sukar tau untuk ayang sebab abang berat sangat," rungut Iris selepas terang.
"Aa... Maaf... Kejap! Siapa identiti lelaki itu? Ayahanda abang ke?!" Iris masih belum memberitahunya.
"Sayangnya, bukan. Lelaki itu ialah Zapter Alenix, pembantu kuat ayah Nekruis. Ayang tahu sebab ayang ingat rupa dia. Dia tidak langsung menyoroknya. Dari situ, terdapat persoalan akan kenapa dia menyelamatkan abang. Yang memberi klu utama ialah rambut putih dan rupa abang yang sangat cantik. Secara kebetulan, ayang menyelidik anak-anak diraja Flink kerana Zapter mustahil ada orang lain yang dilindunginya selain keluarga diraja Flink. Apatah lagi, hanya dua putera Flink yang mempunyai rambut putih. Abang Arnialaz mustahil sebab dia telah mangkat.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...