BAB 76: IDENTITI ERNES YANG SEBENAR

47 6 0
                                    

Setelah selesai perbincangan antara Stiria dan Nekruis dengan jeneral-jeneral komander itu, kedua-duanya dibawa ke khemah lebih elok dan luas. Mereka ditemani Ernes dan rakan-rakannya.

"Tidak sangka mereka ni dari orang biasa sekarang jadi strategis kita. Dunia ini memang banyak misteri..." Kata Menxes kepada Ernes. Mereka berdua seperti biasa berada di belakang kumpulan itu.

Ernes tidak membalas dan diam sepanjang perjalanan. Tiada sesiapa di situ yang sedar bahawa Ernes sedang mengenggam erat pedang yang berada dalam baju di sisi pinggang kanannya, sehingga urat timbul pada tangannya. Dia bernasib baik kerana memakai perisai hitam. Jika tidak, badannya yang basah dengan peluh boleh dilihat.

Malah, tubuhnya yang ingin menggeletar sebaik sahaja mendengar suara Nekruis sebelum ini ditahannya dengan kuat. Dia tidak mahu sesiapa tahu keresahannya. Wajahnya juga telah pucat tetapi tersorok oleh kulitnya yang putih.

Mengapa...?! Mengapa dia muncul di sini?! Apa yang dia inginkan?! Banyak persoalan bermain dalam mindanya. Dan dia akhirnya tahu identiti Nekruis yang sebenar. Dia mengecam suara tersebut dan tidak akan melupakannya seumur hidup. Dia cuma hairan akan Nekruis yang tidak menukar suara. Dan ada satu perkara lagi yang menimbulkan persoalan. 

Siapa budak perempuan di sisi Nekruis?

"Anakanda, ayahanda ingin perkenalkan seseorang kepada anakanda," ujar Nekruis dalam minda Stiria semasa mereka tiba di khemah baru mereka.

"Ok...?" Nekruis kenal sesiapa di sini ke? Persoalan tersebut tidak ditanyanya kepada Nekruis.

"Anakanda suruh lelaki bertopeng itu untuk masuk. Yang lain tunggu di luar." Setelah itu, Nekruis masuk dahulu ke dalam khemah.

"Erm... Encik Ernes, boleh temani kami berdua di dalam? Ada sesuatu yang kami ingin minta tolong encik Ernes tetapi tidak boleh didengari orang lain." Stiria membuat satu ayat untuk memanggil Ernes masuk sambil menghalang orang lain daripada menemani.

"Huh? Cik, boleh tak saya temani Tuan Ernes juga?" Menxes mahu ikut. Bahasanya juga berubah kerana orang di hadapannya bukan lagi orang biasa tetapi strategis mereka. Dia perlu beri hormat walaupun tidak mahu.

Stiria memandang mereka berdua dengan riak serba salah. Manakala Ernes, dia berasa Nekruis telah lama tahu kewujudannya. Dia terpaksa berjumpa dengan Nekruis jikalau dia tidak mahu apa-apa yang berlaku kepada orang sekelilingnya.

"Menxes, tunggu di sini dengan yang lain," kata Ernes sambil mendekati Stiria.

"Ah, tapi!" Menxes ingin membangkang.

"Menxes, itu arahan Tuan Ernes. Bukannya apa-apa akan berlaku pun," kata Bell, melihat pelik ke arah Menxes. 

Menxes menggerutu. Memang lah takkan ada apa-apa tapi... 

"Ah, Tuan Ernes!" Dia melihat Menxes masuk ke dalam khemah bersama Stiria. Riaknya bagaikan ditinggalkan tuannya. 

Pintu khemah itu tertutup dan tidak boleh dilihat dari luar. Di bahagian luar khemah itu dijaga oleh empat orang askar termasuk mereka.

Walaupun Menxes ingin mendengar perbualan Stiria, Nekruis dan Ernes, dia tidak dapat kerana wanita yang dingin dalam kumpulannya menariknya ke bahagian lain, jauh sedikit dari khemah tersebut. Dalam hati, Menxes merana.

Di dalam khemah...

Nekruis menyilang kakinya sambil duduk di sebuah kerusi. Di sebelahnya, diduduki Stiria. Stiria terkelu sambil wajahnya menterterakan ketakutan. Aura yang dilepaskan Nekruis dirasainya tetapi tidaklah sekuat yang dirasai Ernes. Di hadapan mereka, Ernes terlutut sambil tangannya diletakkan di atas lantai dengan tercungap-cungap.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now