BAB 47: KUNCI ISTANA NEZA

39 6 1
                                    

Zeliker, Xium dan Kaizelan tiba di sebuah bilik. Bilik itu mempunyai satu roda besar dengan dua lubang di kiri dan kanannya. Semua lubang itu menyerupai saiz empat artifak yang diambil Zeliker di Istana Sey. Selain itu, terdapat lukisan gear-gear timbul di sekeliling bilik itu.

Zeliker mengerling ke arah Kaizelan untuk melihat sama ada Kaizelan mengenali atau tak artifak yang disimpan dalam menara sebelum ini. Kaizelan kelihatan sedang merenung empat lubang itu. Kening dan dahinya berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kenal dengan lubang-lubang ni?" Tanya Zeliker untuk memulakan perbualan semula.

"Hmph! Kamu nak suruh aku tebuk lubang baru ke?" Balas Kaizelan dengan renungan.

"Dia tak tahu," kata Xium yang melihat riaksi Kaizelan itu.

"Nampaknya..." Zeliker melepaskan sedikit nafas lega. Tekaannya terhadap Kaizelan ingin menjadi Raja Miko tidak perlu dirisaukannya lagi.

Dia memunculkan empat artifak itu. Kaizelan terbeliak melihatnya.

"Kamu! Kamu curi harta aku!" Kata Kaizelan lalu berlari ke arah Zeliker untuk menyerangnya.

Akan tetapi, tubuhnya dihentam ke lantai oleh Xium. Pergerakan dan kuasanya dimatikan Xium. Kaizelan tersentak dengan kelebihan itu.

"Kaiz, aku tak tahu apa pandangan aku terhadap kamu. Tahap kesabaran kamu agak tipis dan adakalanya riaksi kamu seperti budak-budak. Betulkah kamu berumur 30 tahun ke atas?" Tanya Zeliker sambil memandang Kaizelan. Dia tidak langsung rasa kasihan dengan keadaan Kaizelan.

"Grr! Jangan pandai tambah-tambah umur aku! Aku baru 26!"

"Oh... Maklumat aku betul," sebut Zeliker. Dia sebenarnya telahpun kenal dan tahu maklumat biodata semua ahli diraja syaitan. Dia cuma tidak bersemuka dengan semua sahaja.

"Cis! Dia tahu tapi sengaja tanya," kata Kaizelan dalam hati.

"Zeliker..." Panggil Xium.

Zeliker mengangguk kepalanya. Dia faham maksud Xium yang tidak sabar-sabar ingin ketahui rahsia di sebalik perletakan artifak-artifak itu. Dengan kuasanya, dia mengapungkan semua artifak itu lalu memasukkannya ke dalam semua lubang yang mempunyai saiz masing-masing dengan serentak.

"Apa yang dia cuba buat?" Fikir Kaizelan yang tidak tahu.

"Hm... Cam takde apa-apa berlaku je," beritahu Zeliker sebelum memandang Xium.

"Erm... Hm? Apa bunyi tu? Macam sedang bergerak," balas Xium yang mendengar sesuatu.

Zeliker diam dan menggunakan derianya untuk mendengar sejauh satu kilometer.

"Aku tak dengar apa-apa dan rasa apa-apa dalam 20 kilometer dari sini. Xium, sejauh mana kamu dengar?" Tanya Zeliker. Dia tidak pasti berapa jauh yang Xium dengar.

"Erm... Tak pasti. Aku rasa dalam 50 kilometer jaraknya dari sini. Bukan itu sahaja, ia berlaku serentak mengelilingi tempat ini." Sebaik sahaja dia habis berkata, mereka merasa gegaran di bawah mereka yang lama-kelamaan semakin kuat. Roda besar dalam bilik itu tiba-tiba berpusing sendiri dengan perlahan-lahan. Zeliker, Xium dan Kaizelan terkejut apabila gear-gear timbul itu bertukar menjadi gear benar dan begerak bersama roda besar itu.

"H-Hei, apa yang sedang berlaku ni?!" Tanya Hetero dengan perasaan tidak sedap hati.

Dia kini sedang berada dalam khemah diraja. Ferrick dan Helisa ada bersamanya. Mereka semua tertanya-tanya dengan keadaan sekeliling mereka. Jeneral Agriean memasuki khemah tersebut dengan wajah pucat dan cemas.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now