BAB 90: KAIZELAN DAN HETERO

44 3 1
                                    

Nekruis mengeluarkan sebilah pedang hitam obsidian. Apabila dia melibas ke arah raksasa di atasnya, pedang tersebut bersinar dan membelah raksasa tersebut kepada dua belah. Dia tidak kelihatan menggunakan tenaga lebih untuk menumpaskannya. Setelah itu, pedang tersebut hilang sinarannya dan kembali menjadi biasa.


Selain Zeliker dan Xium, mulut orang sekelilingnya terlopong. Mereka tidak sangka ada orang yang membunuh raksasa itu. Semua memandang satu sama lain dan menanya apa yang berlaku. Mereka seperti tidak percaya raksasa besar itu telah kalah.

"... Kekuatannya lebih kuat daripada aku," maklum Xium setelah meneliti aura orang berambut merah itu.

Zeliker memandangnya. "... Aku berharap mereka bukan musuh. Jika ya, kita tidak mudah menang." Dia mengulas setelah melihat juga. Bukan kerana rasa rendah diri tetapi kekuatan orang tersebut dan orang sekelilingnya bukan berada di tahap kekuatan mereka. Ia lebih daripada itu.

Hal tersebut membuatkan Zeliker menggenggam tangannya. Dia sedar dia lemah... Bagaimana hendak menjadi sekuat orang itu? Adakah ia mustahil baginya?

Pada ketika ini, Kamui muncul dengan sekumpulan tentera di luar Neza. Dia telah memasuki istana tidak lama kemudian dan bertemu dengan Ferrick. Ferrick memahami kegelisahan Mikasa tetapi dia masih mahu melihat keadaan di situ. Dia menyuruh Kamui untuk bersedia melarikan mereka jika keadaan menjadi terlalu bahaya. Kamui terpaksa mengikut arahan Ferrick dan tinggal di sisi Ferrick selepas itu. Manakala tenteranya, sebahagian telah beredar untuk mengawasi keadaan sekeliling.

"Tsk, mudah sangat," kata Orno yang berasa tidak seronok melihat serangan Nekruis yang singkat itu.

"... Apa-apa pun, koloni-koloni raksasa dah datang." Maryn mengeluarkan satu alat muzik berbentuk Kecapi. 

Mereka semua melihat raksasa pelbagai jenis bentuk berpusu-pusu keluar dari lubang tersebut. Nekruis yang terdekat diserang mereka dahulu. Tetapi, terberhenti seketika kerana dapat merasakan perbezaan kuasa daripada Nekruis. 

Pelindung luar benua tidak dirasakan sekuat orang di hadapan mereka. Kenapa ada orang kuat di dalam benua pula? Bukan sepatutnya di luar kah ada orang yang kuat yang mempertahankan dahulu?

"Semua hati-hati. Semua raksasa ini mempunyai akal!" Beritahu Ken kepada semua orang setelah melihat beberapa ekor raksasa mengelilingi ketua mereka dengan ragu-ragu. Manakala yang lain berselerak lari ke semua arah.

"Ada akal atau tidak, jangan harap aku nak biarkan korang melepasi aku!" Orno melibas senjatanya berbentuk kapak panjang bersaiz besar daripadanya. Sekali hayunan menyebabkan banyak raksasa mati dibunuhnya.

Maryn memainkan alat Kecapinya. Bunyinya tidak sedap didengar oleh raksasa-raksasa yang datang ke arahnya. Ia membuatkan tubuh mereka jatuh lemah. 




*Maryn-Alat Kecapi*

Sekaligus, Ken membaling dua bilah sabitnya. Senjatanya memotong kepala raksasa-raksasa tersebut sebelum menangkapnya di udara dan menusuk kepala seekor raksasa setinggi tiga kaki. 

Dia tidak membenarkan seekor raksasa pun mendekati Maryn yang bermain kecapinya tanpa henti. Pergerakannya sangat pantas tetapi elegan dan bebas. Pusingan tubuhnya sambil melompat dan berlawan jika dilihat amat mustahil boleh disalin orang lain. Bukan dia sahaja, rakan-rakan mereka yang menunggu dua orang di setiap sudut satu kilometer dari situ juga berlawan dengan cara masing-masing. 

Pelbagai senjata bersinar-sinar boleh dilihat. Jika ada penonton berdekatan, teknik mereka pastinya dikagumi ramai. Sayangnya, Ballista bukan mudah menunjukkan teknik mereka. Apabila keadaan diperlukan, mereka akan melakukannya seperti sekarang.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now