BAB 131: KEJUTAN DARIPADA KEHILANGAN

46 5 0
                                    

*Di sini saya akan lampirkan umur-umur beberapa orang yang terkini untuk memudahkan pembaca tahu umur beberapa character. Sebenarnya, saya dah ubah sikit mengenai umur mereka ini tapi masih kekalkan yang asal juga. Orite! Di bawah adalah senarainya:

Zeliker - 19 tahun

Xcerox -19 tahun

Zelfon - 19 tahun

Elgarb - 22 tahun

Stiria - 17 tahun

Kaizelan - 26 tahun

Eshren - 23 tahun

Zeriew - 20 tahun

Nekruis - 63 tahun

Sektar - 58 tahun

Alinda - 57 tahun

Mellinda - 56 tahun 

Arnialaz - 38 tahun

Larkanos - 30 tahun

Zeptas - 26 tahun

Varna - 16 tahun (Varna tak pasti 🤔 kalau sesiapa tahu inform saya balik. Thank you 😅)

Mari sambung balik bab seterusnya...

.............................................................

Hetero rasa mamai dan matanya terkebil-kebil melihat ke syiling sebuah bilik. Tubuhnya berada di atas sebuah katil lembut dan telah diselimut seseorang. Hm... Ini bukan bilik dia.

"Hetero?" Suara seseorang menarik perhatiannya.

Dia memaling ke arah orang tersebut yang bukan berseorangan.

"Reuris...?" Sebutnya sebelum memandang yang lain. 

Zeliker, Xium, Xcerox, Stiria, Zelfon, Flare, Aiga, Liyuna dan Shiruna sedang mengelilingi katil yang dibaringnya. Manakala Gizelis, Riseptos, Elgarb dan Jacques sedang menyandar tubuh mereka di dinding. Sejurus itu, dia teringat perkara yang berlaku kepada dia dan Kaizelan. Dia bangun duduk dan mencari kelibat Kaizelan dalam bilik itu.

"Mana Kaiz?!" Dia mula cemas. 

Riaksinya memberi tanda tanya kepada rakan-rakannya.

"Bertenang, Hetero. Kami juga ingin tahu apa yang berlaku kepada kamu berdua," kata Zeliker. "Cuba kamu terangkan kepada kami, apa yang berlaku selepas kamu keluar dari dewan."

"Kejap! Sebelum itu, pukul berapa sekarang dan tarikh hari ini...?" Hetero tidak mahu masa yang berlalu semenjak dia berada di situ itu terlalu lama.

"Pukul 5.32 petang. 7 March 5459..." Jawab Aiga sambil melihat jam tangannya. 

(P.S.: Hoho selama ini tak tahu pengiraan tahun camna kan? Bulan dan masa masih mengikut dunia realiti untuk memudahkan faham pergerakan waktu)

Hetero terkejut mendengarnya. Dia berdiri di atas katil dan melompat ke bawah. Pakaiannya yang putih dan nipis serta merta ditukarnya kepada pakaian baharu. Senjatanya juga telah diselit pada pinggangnya.

"Hetero?!" Rakan-rakannya tersentak dengan perubahannya.

"Maaf, Kaizelan dalam bahaya. Aku tak sangka seminggu telah berlalu semenjak mesyuarat hari itu. Aku mesti pergi ke Entenoa semula." Riak Hetero sangat serius.

"Hetero, Kaizelan mustahil dicederakan oleh Entenoa. Kan dia raja mereka," kata Liyuna.

"Malangnya, dia tidak dianggap sebagai raja mereka lagi. Dia dan aku ditawan askar Entenoa sebaik sahaja kami berdua melangkah ke tanah Entenoa. Bukan itu sahaja... Pembunuh yang ingin bunuh Kaiz ada dengan Putera Eshren. Dia yang mengalahkan aku dan jikalau bukan Kaiz, aku mungkin tak hidup sekarang ni," terang Hetero.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now