BAB 108: SEKTAR

54 5 0
                                    

Sektar mengerutkan dahi apabila dia melihat jenis raksasa yang sedang dilawan Nekruis dan lain-lain. Dia mengambil senjata pemanah ais di belakangnya. Sebatang anak panah dengan kepalanya diperbuat daripada kristal berair biru di dalam, diletakkan pada pemanahnya. Dia memposisikan hala tembakannya ke arah kawasan berair berdekatan Elekuan itu. Semasa dia menarik tali anak panah itu, cahaya haba biru berkelip-kelip memasuki anak panahnya. 

Zeliker mendongak ke atas kerana menyedari terdapat kuasa sedang digunakan. Dia tercengang melihat seorang lelaki sedang berdiri di atas sebuah menara.

"Zeliker?" Xcerox tidak dapat mengesan kuasa itu kerana dia baru membangunkan kuasa syaitannya. Dia memandang ke arah yang dilihat Zeliker. Matanya terus terbeliak.

Bukan dia sahaja, Arnialaz, Larkanos dan Zeptas serta beberapa orang yang menyedarinya terkesima melihat Sektar. Mereka langsung tidak sedar bahawa ada orang telah muncul di atas mereka. 

Anak panah yang dilepaskan Sektar hilang tetapi bunyi sesuatu bergerak bagaikan membelah angin kedengaran. Tiba-tiba seluruh istana bergegar. Semua orang terkejut melihat air berdekatan Elekuan itu melonjak naik ke atas sebelum membeku dan membentuk dinding.

"Dia ke yang buat tu?!" Teka beberapa orang yang melihat Sektar melepaskan anak panah tersebut. Kuatnya!

Elekuan itu meradang apabila air yang dilihatnya menjadi ais. Dia mahu memasuki air tersebut dan menyelam. Dia menembak bebola angin ke dinding ais tersebut. Malangnya, ia tidak pecah atau berlubang. Disebabkan itu, ia melanggar dinding ais tersebut.

Nekruis dan lain-lain yang telah menyaksikan kemunculan dinding ais tersebut berasa lega. Nekruis memandang ke arah istana Neza dan matanya melihat Sektar yang mengangguk ke arahnya. Dengan ini, dia menyerahkan perlindungan Neza kepada Sektar. Walaupun dia sedar ada sistem pertahanan melindungi Neza, mereka masih tidak tahu berapa lama ia dapat bertahan. Kemunculan Sektar dapat menambah jaminan pertahanannya.

"Patik keluar sebentar. Sila tunggu di sini," kata Mellinda apabila dia menyedari aura suaminya.

"Bonda, benarkan anakanda mengikut... Anakanda mahu melihat keadaan kita," kata Stiria yang membocorkan identiti Mellinda di hadapan Hetero, Kaizelan dan Varna.

Mereka bertiga sedang duduk di ruang lain yang berkusyen. Mata Hetero terbeliak apabila mendengar panggilan tersebut lalu memandang Mellinda. Akan tetapi, dia tidak berkata apa-apa.

Kaizelan hanya mengerling ke arah Mellinda sebelum memberi tumpuan kepada Varna semula. Varna dilihat kepala ditunduk semenjak mereka masuk ke bilik itu. Jarinya sedang mengenggam kainnya, tanda dia sedang gelisah dengan keadaan mereka. 

Disebabkan itu, Kaizelan menyentuh tangan Varna. Varna tersentak dan melepaskan kainnya. Kaizelan mengenggam tangannya dan membuatkan Varna terkesima tetapi masih tidak memandang ke arah Kaizelan.

"Tiada apa-apa akan mendekati kamu selagi aku di sini," ujar Kaizelan perlahan kepada Varna dengan maksud tersirat bahawa dia berjanji akan melindungi Varna.

Pada masa yang sama, Mellinda mengangguk kepada Stiria dan kumpulan mereka sekali lagi keluar dari bangunan itu. Mata Varna akhirnya dibawa ke wajah Kaizelan apabila hanya mereka berdua di dalam bilik itu. Hetero yang merasakan dia bagaikan orang ketiga juga beredar tetapi dia hanya berdiri di luar pintu. Dia masih berasa Kaizelan mahupun Varna belum berada dalam keadaan selamat. Kedua-duanya merupakan sasaran musuh.

"Kenapa? Kenapa tuanku ingin melindungi patik? Patik hanya manusia yang lemah dan serangga kecil dalam pandangan kaum tuanku. Bukan ke tuanku sepatutnya membunuh patik seperti yang lain?" Varna tidak faham. Walaupun begitu, dia masih tahu bahawa raja-raja syaitan sangat kejam terhadap manusia. Serangan peperangan baru-baru ini juga adalah disebabkan mereka. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now