BAB 35: SUMPAHAN

53 5 0
                                    

" Kenapa kamu serang kami?! Apa yang kami dah lakukan?!" Tanya Elgarb kepada mereka bertiga.

" Kerana kamu tak layak untuk menjadi raja kami lagi.." kata Markle lalu berlari ke arah Elgarb dan Stiria.

Pergerakannya terhenti apabila Xium berada di hadapannya. Bukan dia sahaja, yang lain juga sama.

" Kamu...!" sebut Markle.

" Aku betul-betul tak faham dengan pemikiran syaitan berpangkat. Penting sangatkah sistem beraja negara?" Tanya Xium.

" Mestilah penting! Bagaimana rakyat nak hidup jika tak mempunyai ketua dalam negara?!" balas Neoleo.

" Ketua... kah?" kata Xium.

Pada masa yang sama, seseorang yang menyerupai dirinya sedang membuka gari pada tubuh Zeliker. Dia juga menghilangkan lembing-lembing yang menusuk Zeliker.

" Tentu kamu sangat letih dan tak bermaya untuk hidup lagi. Maaf kerana tak lepaskan kamu dulu tadi, Zeliker. Tapi, aku dah selamatkan budak perempuan yang kamu cintai itu dan juga kawannya.. Kamu boleh lah berehat sebentar.." katanya lalu menggunakan satu kuasa ke atas tubuh Zeliker.

Sekeliling Zeliker muncul bulatan cahaya berwarna biru dan tubuhnya sedikit demi sedikit sembuh. Setelah tubuh Zeliker sembuh sepenuhnya, lelaki yang menyerupai Xium melihat tanda sumpahan pada leher Zeliker.

" Maafkan aku juga sebab aku tak boleh hapuskan sumpahan ni. Tapi, Cessim boleh hapuskan sumpahan ni.. Hmm.. Apa patut aku buat? Aku sememangnya tak mahu berjumpa mana-mana guardian tapi jika aku tak berjumpa Cessim, Zeliker akan mati.." fikir Xium.

" Apa-apa pun, aku kena bawa mereka 'bertiga' keluar dari sini," katanya selepas itu lalu mengangkat tubuh Zeliker.

Dia lenyap selepas itu dan muncul di tepi Xium sebenar.

" Nampaknya kamu dah selesai dengan mereka," katanya kepada Xium setelah melihat Jaques dan kawan-kawannya terlantar di atas lantai. 

" Eh?? Kenapa ada dua orang?! Dia ada kembar ke?!" Tanya Elgarb dengan riak terkejut.

" Tak de lah. Hanya aku seorang. Dia adalah bayang yang dimunculkan aku," beritahu Xium sambil mengambil tubuh Zeliker daripada lelaki yang menyerupai dirinya dan mengangkat zeliker pula.

Lelaki yang menyerupainya terus lenyap selepas itu.

" Zeliker!! Dia tak apa-apa kah?!" Tanya Stiria lalu mendekati Zeliker.

" Dia ok tapi sumpahan padanya dah mula memakan masa hidupnya sedikit demi sedikit," balas Xium.

" Apa? Elgarb, tolong matikan sumpahan itu!" pinta Stiria kepada Elgarb.

" Hah? Matikan sumpahan? Aku mana reti benda tu," balas Elgarb dengan riak pelik dan terkejut.

" Adakah sebab Elgarb bukan Raja Daigona lagi. Jadi, dia tak boleh matikan sumpahan yang dilakukan ke atas Zeliker.. Emm... Zeliker.. Maaf, Zeliker.." kata Stiria dengan riak sedih lagi.

" Jangan risau. Zeliker takkan mati dengan mudah. Jadi, kamu tentu tahu dia bukan seseorang yang menyerah kalah, bukan? Mari kita ke tempat yang selamat. Aku hanya boleh bawa kita ke suatu tempat sahaja sebab aku tak mempunyai batu Mana," kata Xium.

" Haa..? Bukan kamu kata tak de batu Mana ke? Camna pula nak ke tempat yang kamu kata?" Tanya Elgarb dengan hairan.

" Aku boleh guna 'teleportation' atau lebih tepat dipanggil pengubahan tempat. Tapi, aku hanya boleh teleportkan kita ke satu tempat je sebab aku tak mengetahui tempat lain selain tempat tu. Aku tak ingat tempat-tempat lain sebab dah terlalu lama hidup. Boleh dikatakan sebahagian memori aku dah hilang," beritahu Xium.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now