BAB 29: PERASAAN TERPENDAM

55 4 0
                                    

" Nirsha, kenapa kamu masih berada di sini? Bukankah tak baik untuk kandungan kamu kalau kamu terlalu agresif?" Tanya Zeliker, hairan.

Dia memandang Haiker selepas memandang Nirsha.

" Nirsha la.. Tak nak dengar cakap aku. Dia kata dia nak tolong sediakan majlis perkahwinan Ashla dan Frix..." kata Haiker dengan keluhan.

" Jangan risau lah. Aku bukannya buat kerja-kerja berat pun.." balas Nirsha.

" Tengok tu.. Mustahil dah nak halang dia ni.." kata Haiker.

Semua orang di situ tergelak. Kemudian, Zeliker dan kawan-kawannya meminta diri untuk beredar. Mereka bertemu Riseptos di taman bunga istana.

" Kamu nampak sihat, Zeliker. Baguslah.. Ni semua, siapa pula?" Tanya Riseptos sambil memandang kawan-kawan Zeliker.

Zeliker memperkenalkan mereka kepada Riseptos pula.

" Xcerox, Gizelis dan Enta dah ke mana, Riseptos?" Tanya Zeliker kerana dia tidak dapat merasakan kehadiran Xcerox di dalam istana.

" Mereka ke Negara Drick untuk menyambut Raja Elamos dan Putera Zelfon. Baginda berdua akan menghadiri majlis perkahwinan ini juga atas jemputan Raja Sektar. Tapi, Puteri Stiria ada. Baginda mungkin berada di dewan rendah di mana perkahwinan berlangsung esok. Pergilah lawat dia, Zeliker. Puteri Stiria kelihatan pelik semenjak kamu tiada. Lagipun, kamu rapat dengan dia dan Xcerox. Dia pasti gembira kalau jumpa kamu semula," kata Riseptos.

" Erm.. Baiklah.." balas Zeliker dan dia teringat semula akan perkara yang dilakukannya kepada Stiria.

Setelah mereka beredar dan dalam perjalanan ke dewan rendah istana..

" Hei, Zeliker. Kamu dan Stiria ada apa-apa ke?" Tanya Flare, tiba-tiba.

Zeliker tersentak.

" Kami berdua tak de apa-apa.. Kenapa tanya?" balas Zeliker dengan riak tenang sedangkan jantungnya berdegup laju kerana tersentak mendengar kata-kata Flare itu.

" Walaupun kami masih tak kenal Stiria siapa tapi kata-kata Riseptos tadi buat kami terfikir kamu dan Stiria ada hubungan. Korang berdua suka satu sama lain eh??" Tanya Hetero.

" Tak. Kami tak de hubungan camtu. Aku dan Stiria hanyalah kawan baik. Aku suka dia dan Xcerox sebagai kawan saja. Tak boleh lebih dari itu.." jawab Zeliker.

" Kenapa tak boleh pula? Bukannya ada halangan kalau seseorang nak bercinta.." Tanya Flare dengan sengaja.

" Aku perlu tahu kenapa perkahwinan aku dan Stiria dibatalkan. Mungkin salah satu sebabnya adalah Zeliker.." fikirnya dalam diam pula.

" Aiga, aku rasa kamu tahu kenapa. Kamu beritahulah diorang kemudian.. Dah, mari pergi," kata Zeliker yang tidak mahu menjawab persoalan Flare.

" Eh, kenapa Aiga yang perlu jawab??" Tanya Shiruna, hairan.

" Aku akan beritahu korang malam nanti. Aku mungkin dapat teka apa yang difikirkan Zeliker.." balas Aiga.

Semua orang diam dan kemudian, mengekori Zeliker dari belakang. Setibanya mereka di dewan tersebut, Stiria yang diberitahu Zeliker datang ke situ, melarikan diri dan menyorok di sebalik pintu sebuah bilik yang berada dalam dewan itu. Zeliker sedar perkara tersebut.

" Dia mungkin tak nak jumpa aku lagi setelah apa yang aku lakukan dulu.." fikirnya dengan rasa bersalah.

" Mana Puteri Stiria, Zeliker?" Tanya Flare, ingin tahu siapa sebenarnya Stiria.

Zeliker hanya diam.

" Ah, tuanku Zeliker! Tuanku ingin cari siapa?" Tanya Kiara yang mendekati Zeliker dan kawan-kawannya.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now