Zeliker membuka matanya dan terkebil-kebil melihat sekelilingnya. Dia terasa tubuhnya sangat lemah. Dengan perlahan-lahan, dia bangun dalam keadaan duduk dan terpandang Stiria yang sedang tidur di tilam sebelahnya.
" Stiria... Baguslah.. Dia selamat nampaknya.. Emm.. Mana Xium agaknya?" katanya dalam hati sambil memandang sekeliling.
" Ini nampak macam khemah. Di mana kami ni..?" katanya lalu cuba bangun pula.
Malangnya, dia terjatuh. Stiria yang terdengar bunyi bising, terjaga. Dia terkejut melihat Zeliker yang telah sedar.
" Zeliker! Kamu dah sedar.. Tapi nampaknya tubuh kamu masih lemah.." kata Stiria dengan risau lalu mendekati Zeliker.
Dia memapah Zeliker ke tilamnya.
" Maafkan aku, Stiria.. Aku langsung tak dapat nak selamatkan kamu... Maafkan aku," ucap Zeliker dengan rasa bersalah yang amat.
Dia mengenggam sebelah tangan Stiria yang memegang tangannya juga. Stiria dapat merasakan kegigilan pada tangan itu. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir keluar. Dia rasa sangat lega melihat Zeliker yang telah sedar tetapi berasa sedih melihat keadaan Zeliker yang lemah. Dia mendekatkan tangan Zeliker ke pipinya dan membiarkan tapak tangan Zeliker menyentuh wajahnya.
" Saya juga.. nak minta maaf banyak-banyak, Zeliker.. Disebabkan saya, kamu jadi camni.. Maafkan saya.. Saya dah susahkan kamu.." katanya dalam sebak.
" Stiria..." sebut Zeliker perlahan.
Dia mengelap air mata Stiria dengan sebelah tangannya lagi. Kemudian, dia memeluk Stiria. Stiria menangis teresak-esak dalam pelukannya.
" Stiria, Elgarb ada buat apa-apa pada kamu? Aku dengar jeritan kamu tapi malangnya, aku langsung tak dapat nak selamatkan kamu.. Maafkan aku... Maafkan aku, Stiria.." ucap Zeliker lagi.
" Em... Saya tak apa-apa.. Xium selamatkan saya.. sebelum apa-apa terjadi pada saya.. Zeliker, beritahu saya. Apa yang Raja Daigona dah buat pada kamu semasa kita berpisah sebelum ni?" pinta Stiria.
Zeliker berasa hairan mendengar nama Raja Daigona. Dia melepaskan pelukannya pada Stiria lalu memandang Stiria.
" Siapa Raja Daigona??" tanyanya.
Stiria tersedar bahawa dia belum beritahu Zeliker akan Elgarb yang dirasuki roh Raja Daigona dan terus memberitahu Zeliker apa yang telah berlaku semasa Zeliker tiada. Zeliker terkejut mendengar ceritanya.
" Jadi, sekarang Elgarb adalah dirinya yang sebenar?" tanyanya kepada Stiria.
Stiria mengangguk kepalanya.
" Zeliker, tolonglah beritahu saya apa yang terjadi pada kamu semasa kita berpisah sebelum ini. Saya nak tahu.." rayu Stiria.
" Erm.. Aku dikurung, Stiria. Itu saja.." bohong Zeliker sedangkan dia dihukum dengan Juirenkin sejurus setelah bertikam lidah dengan Elgarb yang pada masa itu adalah Raja Daigona.
" Betul...?"
" Ya..." Zeliker mengelap lagi air mata Stiria yang mengalir.
" Jangan nangis.. Aku lega kamu selamat. Jadi, di mana mereka berdua?" Tanya Zeliker akan Xium dan Elgarb.
" Erm..." Stiria berhenti menangis lalu memandang Zeliker.
" Mereka pergi menghapuskan sarang-sarang raksasa dalam istana. Kita sekarang ni berada dalam Negara Miko, Istana Neza.." jawabnya selepas itu.
" Hmm?? Kita di istana Neza? Tapi, mana pula datangnya khemah ni?"
" Sebenarnya.. Putera Ferrick dan isterinya berada di sini. Jadi, khemah ni adalah khemah milik askar Shildia. Zeliker, kamu buat saya, Elgarb dan Xium risau. Kamu dah tak bangun sejak seminggu yang lepas. Saya rasa takut sangat jika kamu tak bangun-bangun lagi. Walaupun saya lega kamu dah sedar tapi.. disebabkan saya, kamu kehilangan kuasa dan terkena sumpahan yang memakan hayat kamu.. Saya rasa bersalah sangat-sangat. Tolong maafkan saya, Zeliker.." ucap Stiria dan tubuhnya menggigil.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...