"Hm... Korang tak mahu pergi ke tingkat satu lagi?" Tanya Hetero apabila melihat butang Level 2 pada kekunci lif.
"Nanti je lah. Kita ada orang sedang menunggu kita sekarang ni." Zeliker maksudkan Ferrick, Helisa dan lain-lain.
Dia merasa kehadiran ramai orang setelah keluar dari lif penjara itu. Kini, mereka berada di permukaan semula.
"Kamu rasa siapa yang sampai?" Tanyanya kepada Xium melalui minda.
"Tak kenal," balas Xium.
Mereka semua mula bergerak ke tempat Ferrick dan Helisa berada. Mereka tergamam melihat ramai orang sedang berkumpul. Antaranya juga adalah orang yang seperti penduduk berdekatan. Dari jauh, Zeliker melihat masih ada orang sedang bergerak menuju ke kawasan bandar istana itu. Terdapat riak teruja, takut dan lega pada wajah semua orang itu.
Askar-askar yang Zeliker tidak pernah bertemu berada berdekatan Ferrick dan Helisa. Zeliker, Hetero dan Xium menuju kepada mereka.
"Ah, Zeliker, Hetero, Xium," senyum Ferrick apabila melihat mereka semula. "Mari beta perkenalkan kepada dua pahlawan terbaik Shildia. Ini Komander Neleton dan ini pula Komander Agina." Ferrick menunjukkan siapa mereka berdua di sisinya.
Neleton segera memberi tangannya untuk berjabat. Zeliker menyambut baik tangannya.
"Sudah lama patik ingin bertemu putera syaitan dari Negara Flink. Impian patik tercapai juga nampaknya," kata Neleton dengan senyuman kecil.
"Selamat berkenalan. Saya Zeliker Asterostes. Ini sahabat-sahabat saya, Hetero dan Xium."
"Hai." Hetero bersalam dengan Neleton pula selepas itu. Xium sekadar mengikut langkah yang sama.
Zeliker mengerling ke arah Agina yang senyap merenungnya.
"Ya?" Zeliker mengalih pandangan sepenuhnya kepada Agina.
"Camna kamu boleh jadi raja baru Miko? Dan mereka berdua ni syaitan juga kah?" Tanya Agina. Suaranya berbaur kasar.
"Agina!" Neleton sedar Agina mula menunjukkan ketidaksukaannya kepada Zeliker, Hetero dan Xium.
"Ya, betul tu. Kami syaitan. Ada masalah?" Balas Hetero. Melihat perwatakan Agina, dia mula tidak suka Agina.
Agina merenungnya. Beberapa saat kemudian, riaknya bertukar kepada memahami sesuatu.
"Kamu bukan ke salah seorang pengembara yang selalu melawat Shildia? Kamu sekumpulan dengan Reuris, kan? Dengan kata lain, sahabat baik Putera Flare."
Hetero terbeliak sebelum dia memberikan sengihan kecil. "Kamu kenal aku, baguslah. Takde masalah kan sekarang sebab kamu tahu aku di pihak manusia?"
Agina diam sejenak sebelum memandang Ferrick. "Maafkan patik, tuanku. Patik perlu beredar untuk melihat keadaan tentera patik." Dia segera meninggalkan mereka tanpa membenarkan mereka menghalangnya pergi.
Ferrick melepaskan keluhan. "Maafkan Agina, Zeliker. Dia masih..."
Zeliker faham maksud ayat Ferrick yang seterusnya. Agina bencikan kaum syaitan.
"Takpe lah, tuanku. Patik sedar ada ramai lagi yang belum dapat menerima kaum patik. Biar masa yang menentukannya." Zeliker telahpun biasa dengan riaksi sebegitu.
"Patik minta maaf juga kerana tidak dapat mengubah Agina," ucap Neleton.
"Saya faham. Bukan salah kamu, komander."
"Sila panggil patik, Neleton, tuanku."
Zeliker sekadar mengangguk kepalanya.
"Sekarang, apa patut kita beritahu penduduk? Mereka nampaknya mara ke sini untuk mengetahui siapa raja baru mereka," tanya Helisa.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...