Zeliker segera beredar ke Selatan istana kerana di situ tempat dia mengingati Dewan Serbaguna berada.
"Aku rasa Zeliker," maklum Hetero. Xium mengangguk. Dia juga rasa kehadiran Zeliker semula.
"Dia sekarang menuju ke arah kita," sambung Hetero. Ferrick dan lain-lain mendengarnya dan mengangguk faham.
Kini, mereka menunggu Zeliker sampai sementara mereka melihat sekeliling mereka. Luar bangunan Dewan Serbaguna itu mempunyai tangga kecil dan kemudian lantai seramik menuju ke arah bangunan-bangunan lain.
"Itu macam taman bunga je, kekanda?" Helisa merenung satu tempat di tengah-tengah kawasan itu yang boleh dilihat dari tempat mereka berada.
Ferrick mengangkat bahu. "Mungkin. Tapi, bukan ke tempat ni tiada tumbuh-tumbuhan?" Dia tertanya-tanya tetapi kakinya bergerak ke taman yang dilihat mereka.
Semua orang mengikutnya. Xium menarik Kaizelan berjalan sama. Kaizelan menggulingkan matanya. Dia masih ingin melarikan diri tetapi keadaan tempat itu menarik perhatiannya. Hal ini disebabkan darah moyangnya yang menyukai pembinaan pelik-pelik. Sebenarnya, dia juga sukakan artistik seperti moyangnya, Belcam.
Semasa mereka melalui tembok penghadang kecil, bercermin dan mencantikkan keadaan tepi laluan, muncul kristal-kristal berbentuk bunga, menghiasi luar tembok itu. Kaizelan dan lain-lain tertarik nafas melihat kecantikannya apabila cahaya matahari menyinari bunga-bunga itu.
"Nampak cam hidup..." Kata Ferrick yang berasa kagum lalu menyentuh salah satu kristal. Kristal tersebut terasa lembut. Dia mula terbeliak. "Adinda, mari sentuh bunga ni! Ia selembut bunga betul tetapi kelihatan keras seperti kristal," ajaknya dengan segera.
"Yakah, kanda?" Helisa menyentuh juga dan tergamam. Riaknya menunjukkan kekaguman juga.
Melihat riaksi putera puteri itu, askar-askar lain juga menyentuhnya. Kaizelan mengambil peluang ini untuk melakukan perkara yang sama. Mindanya sangat tertarik setelah melihat perbuatan Ferrick. Xium tidak menghalangnya.
"Anehnya... Apa jenis bunga atau kristal ni? Tak pernah aku lihat pun." Fikir Kaizelan dan tanpa disedari, dia berjalan menyentuh benda-benda lain terutamanya dinding dan lantai tempat itu.
Perbuatannya dilihat Hetero dan Xium.
"Heh! Darah artistik Belcam nampaknya diikuti baginda," komennya mengenai minat yang ditunjukkan Kaizelan. Dia rasa Kaizelan tidak langsung ingat kehadiran mereka yang berada di situ lagi.
Xium mengangguk setuju sebelum memandang Hetero yang tiba-tiba mengeluh.
"Camna kita nak Tuanku Kaizelan hentikan rancangannya daripada menyerang Lagendia, Sharre dan Miko? Ugut dia?" Tanya Hetero kepadanya.
"Entah. Ia berserah kepada Zeliker," balas Xium.
Hetero mengangkat bahunya sebelum melihat Zeliker sedang melompat dari satu bangunan ke satu bangunan lain sambil mendekati mereka. Semua orang perasan kedatangannya. Zeliker mendarat di tengah-tengah mereka.
"Korang semua okey?" Tanyanya sambil melihat keadaan mereka.
Kemudian, menyedari semua orang melihatnya dengan pelik.
"Zeliker...? Apa yang kamu pakai?" Tanya Hetero, menanya dahulu sebelum yang lain.
"Oh, ini..." Zeliker mengusap lehernya. "Erm... Camna nak terang, ya?" Dia kelihatan buntu kerana tidak pasti jika dia ingin merahsiakan tempat pengawalan istana di hadapan semua orang di situ. Apatah lagi, dengan Kaizelan yang ada sama.
"Huh? Sebelum tu, mana kamu pergi? Kami tak dapat kesan kehadiran kamu langsung dan... Apa yang dah berlaku kepada tempat ni?" Hetero bertanya bertubi-tubi.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...