BAB 58: KEMATIAN

36 5 0
                                    

Arcles dan Jacques bermalam di rumah Freuix untuk beberapa hari dan mempelajari pelbagai perkara mengenai manusia melalui Merlia. Mengenali Merlia membuka mata Arcles bahawa manusia dan syaitan tidak ada perbezaan dalam cara hidup mereka. Jacques pula kekal neutral walaupun dia semakin rapat dengan Merlia. Mungkin kerana Merlia isteri Freuix dan menjadi satu tanggungjawab untuknya melindungi Merlia sebagai ahli diraja Jelion.

Akan tetapi, masa mereka tidak panjang. Freuix menyuruh mereka pulang kerana mereka telah lama meninggalkan negara mereka. Arcles dan Jacques tiada bantahan. Mereka pulang ke negara mereka semula. Negara Griko lega putera mereka pulang dengan selamat. 

Arcles memberitahu mereka 'jika bukan disebabkan Jacques melindunginya, dia mungkin tidak dapat pulang ke situ.' Untuk tanda perhargaan, ahli diraja Griko memberikan pelbagai hadiah penghargaan kepada Jacques dan juga Raja Jelion kerana memiliki jeneral paling berani dan hebat walaupun hakikatnya Jacques tidak melakukan apa-apa pun. Semuanya hasil pertolongan Freuix tetapi dia dan Arcles telah bersetuju bahawa mereka perlu merahsiakan perkara itu.

Jacques dikenali ramai selepas peristiwa tersebut dan disanjung tinggi oleh rakan-rakan seangkatan dengannya. Malah, dalam salah satu hadiah penghargaan daripada Griko adalah medal kepercayaan. Jika Jacques memerlukan apa-apa pertolongan daripada Griko, dia tidak perlu melalui proses temu janji dengan raja sebaliknya segera boleh mendapatkan bantuan. Itu adalah kelebihan medal tersebut.

9 tahun selepas itu...

Seseorang mengetuk pintu rumah Freuix dari luar. Apabila Freuix membukanya, dia sudah tahu identiti orang tersebut dan segera membenarkannya masuk. Orang tersebut memakai jubah yang menutup kepalanya. Apabila dia menolak penutup kepala itu ke belakang, wajahnya boleh dilihat Freuix.

"Ayah, siapa datang...?" Elgarb yang keluar dari dapur telah mendengar ayahnya membuka pintu. Apabila dia melihat orang yang berjubah tersebut, riaknya bertukar teruja dan gembira. Dia berlari anak kepada orang tersebut. "Pak cik Jacques! Bila pak cik sampai?" Elgarb memeluknya.

Jacques tersengih sambil merendahkan tubuhnya memeluk Elgarb. "Baru sahaja, tuan putera."

Elgarb melepaskan pelukan dan wajahnya keliru. Dia menggerakkan tangannya ke dahi Jacques. "Pak cik tak demam pun. Kenapa pak cik tiba-tiba panggil saya tuan putera?"

Jacques dan Freuix tergelak. Freuix tidak pernah memberitahu Elgarb mengenai asal usulnya disebabkan dia bukan lagi ahli diraja dan mahu hidup sebagai orang biasa bersama isteri dan anaknya.

"Elgarb, dah pukul 5 petang. Kamu bukan ke nak pergi ke Leisuar? Putera Xcerox, Putera Zelfon dan Puteri Stiria sudah tiba rasanya."

"Ah!" Elgarb memandang ke jam dinding. Benar kata ayahnya, jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Dia telah berjanji dengan Xcerox, Zelfon dan Stiria untuk berjumpa di sana. Leisuar adalah bandar air yang berdekatan dengan rumah mereka.

Dia bergegas ke bilik tidurnya dan keluar dengan sebuah beg yang digalas pada bahunya. "Mak, ayah, pak cik Jacques, saya pergi dulu!" Dia berlari keluar rumah sambil memakai kasutnya dengan tergesa-gesa.

"Jangan lupa berus gigi sebelum tidur!" Jerit Freuix kepada anak lelakinya. 

"Tahu!" Balas Elgarb. 

Dia dan anak-anak diraja Eskimos dan Drick adalah rakan baik. Kini, mereka semua berada di Leisuar untuk melakukan aktiviti perkhemahan. Elgarb merupakan kanak-kanak tertua antara mereka. Xcerox dan Zelfon sama umur ketika ini, 6 tahun, manakala Stiria berumur 5 tahun. 

Mereka berempat dijaga oleh 20 orang pengawal diraja dengan ketat. Freuix juga akan menyertai sama pada esok hari, mewakili Putera Sektar dan Raja Elamos untuk menjaga anak-anak mereka.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now