BAB 102: PERTEMUAN SEMULA ADIK-BERADIK (2)

41 6 0
                                    

Iris yang sedang berlari ke arah istana mengalih kepalanya ke kiri apabila menyedari seseorang mendekati. Dia melihat Mellinda. 

"Erm... Helo," sapa Iris dengan rendah diri apabila menyedari Mellinda lebih tua daripadanya.

"Helo," balas Mellinda. "Kamu seperti ingin ke istana juga. Siapa yang kamu ingin jumpa? Maaf jika mak cik menyibuk," tanyanya.

Iris memberikan senyuman. "Tidak pun. Saya dan suami saya ingin bertemu puteri Eskimos. Katanya dia berada di sini. Kami sahabatnya."

"Oh? Suami kamu Ernes?" Mellinda tidak sangka bahawa pasangan tersebut telah berkahwin. 

Walaupun dia tidak ambil tahu khabar dalam benua itu kerana lebih menumpukan perhatian terhadap pergerakan dunia luar, dia masih tahu identiti Ernes daripada gosip sekumpulan perempuan di Lokoston. Itupun secara tidak sengaja dan juga sebab  tiada banyak topik menarik dalam Lokoston.

"Dan... Puteri Stiria Merima ada di sini? Adakah sebab Zeliker Asterostes?" Mellinda rasa sedikit terkesima kerana Stiria berada di situ. Tetapi baginya tidak pelik kerana dia sudah tahu bahawa Zeliker dan Stiria mempunyai hubungan istimewa.

Iris mengangguk. "Puan ingin jumpa siapa di sini?" Memandangkan arah mereka sama, tiada masalah dia menanya. Mungkin ada orang penting yang ingin dijumpai Mellinda.

Mellinda tergelak kecil. "Putera Zeliker."

Iris tergelak mendengarnya. Ah, motif mereka berdua ialah bertemu salah seorang dari sepasang tersebut. Sememangnya melucukan. Baik mereka gerak bersama kalau begitu.

Setibanya mereka di pintu masuk istana, mereka melihat pergerakan kumpulan tentera sedang menuju keluar dari pintu itu. Kedua-duanya sedar semua tentera sangat tidak tenteram akibat bunyi raksasa dari barat laut. Penyediaan untuk berlawan telah diaturkan. 

Kedua-duanya bertemu dengan pengawal pintu istana dan kali ini mudah dibenarkan masuk selepas identiti Iris diketahui. Malah, seorang pengawal istana membawa mereka ke dataran pengumpulan semua ketua mereka.

"Yang mulia, seseorang ingin berjumpa yang mulia," beritahu pengawal yang membawa Iris dan Mellinda kepada kumpulan Zeliker.

"Hm?" Zeliker dan lain-lain memandang ke arah Iris dan Mellinda yang sedang menunggu di luar dataran itu.

Stiria terbeliak melihat Iris yang senyum kepadanya. Dia segera berjalan menghampiri Iris dan memeluk Iris. Iris memeluknya juga. Zeliker dan lain-lain sedikit keliru akan identiti Iris yang dilihat rapat dengan Stiria.

"Adinda, siapakah ini?" Tanya Xcerox. Matanya mengerling ke arah Mellinda bagaikan terdapat perasaan dia pernah melihat Mellinda.

Mellinda yang sedar sekadar mendiamkan diri sambil tersenyum. Anak matanya sedikit redup melihat Stiria dan Xcerox.

Stiria melepaskan Iris. 

"Ampunkan patik, tuanku. Patik, Ziphiris Alorando, penolong kanan unit kumpulan Armageddon Negara Lagendia," perkenal Iris kepada semua sambil tunduk hormat.

Xcerox tercengang. Bukan dia sahaja, semua orang di situ terkesima. Kenapa Iris yang merupakan ahli kumpulan pengintip Lagendia berada di sini? Xcerox memandang ke arah adiknya.

"Adinda ada beritahu, bukan?" Kata Stiria sambil memberikan isyarat mata. 

Xcerox dan Zeliker memandang satu sama lain sebelum memahaminya. Stiria yang telah hilang selama lima bulan tetapi diketahui mereka bahawa Stiria dan Nekruis telah menetap di medan perang Lagendia selama tiga bulan. Sudah tentu, terdapat ramai kenalan Stiria di kem tentera di situ. Cuma tidak disangka mereka Stiria rapat dengan kumpulan pengintip Armageddon yang dikhabarkan hebat tersebut.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now