BAB 107: AYAHANDA?!

56 4 0
                                    

Kaizelan dan Hetero bergegas menuju ke arah Istana Neza. Sambil itu mereka menguatkan deria mereka pada sekeliling. Kaizelan mengerutkan dahinya apabila menyedari dua orang sedang mengekori mereka. 

"Hetero!" Sebutnya.

Hetero yang perasan juga berhenti berlari. Dia membiarkan Kaizelan pergi dahulu dan akan menghalang dua orang tersebut. Dia tersentak apabila Amidis memunculkan diri dan menerkam ke arah Belka. Belka segera mengelak dan menendang ke arah Amidis.

"Huh? Bukan ke kedua-duanya...?" Fikir Hetero dalam diam dengan hairan. Dia tidak tahu bahawa Amidis berada di pihak mereka.

Kaizelan tidak melihat ke belakang atau menunggu Hetero. Dia mahu Varna kembali ke istana semula. Ia adalah tempat yang selamat untuk mereka kerana ramai tentera di situ yang boleh membantunya melindungi Varna.

Tiba-tiba, muncul tiga orang dari hadapannya. Dia terpaksa berhenti berlari dan mengubah tubuh Varna ke belakangnya untuk didukung. Dia merenung mereka dengan tajam.

"Erm... Kenapa dia pandang macam kita musuh dia?" Tanya Zeptas kepada Larkanos dan Arnialaz.

Mereka terserempak dengan Kaizelan di situ dan pelik melihat Kaizelan awas dengan mereka.

"Kami sedang mencari Zeliker. Kamu seperti mempunyai bau dia. Di mana dia?" Tanya Larkanos.

Kaizelan mula bertenang setelah mendengar pertanyaannya. "Dia berada di arah sana berdekatan raksasa itu," beritahu Kaizelan.

"Terima kasih," ucap Arnialaz dengan riak sedikit resah. Mereka boleh melihat bos raksasa itu dari situ.

Tanpa melengahkan masa, mereka bergegas ke arah belakang Kaizelan. Semasa lalu di tepi Kaizelan ketiga-tiga mereka terberhenti.

"A-Apa korang mahu?" Tanya Kaizelan sambil mengeratkan pegangannya pada tubuh Varna.

"Bau darah ni..." Sebut Arnialaz sambil memandang Varna. "Korang bau tak?" Dia mengalih pandangannya ke arah Larkanos dan Zeptas.

Larkanos dan Zeptas mengangguk kepala mereka. Mereka semua merenung Kaizelan.

"Kami belum tahu nama penunjuk kami ini. Boleh beritahu?" Tanya Zeptas kepada Kaizelan.

Kaizelan menggerit giginya. "Cis! Apahal dengan mereka ni? Kalau nak pergi jumpa Zeliker, pergi lah! Kenal pun tak," dengusnya dalam hati. Dia tidak menjawab soalan Zeptas dan mendiamkan diri.

Arnialaz mengecilkan matanya lalu muncul di belakang Kaizelan sekelip mata. Kaizelan terkejut lalu mengalih tubuh Varna ke hadapan tetapi Larkanos telah menarik Varna ke dalam dakapannya dan melompat jauh daripadanya.

"Varna!" Jerit Kaizelan lalu memunculkan pedang besarnya dan melibas ke arah Arnialaz yang menghalang laluannya kepada Varna.

Arnialaz tidak langsung bergerak dan menahan pedang besar itu menggunakan dua jarinya. Kaizelan tidak dapat menggerakkan pedangnya dan mula menyedari tahap kekuatan Arnialaz lebih tinggi daripadanya. Kenapa nasibnya tidak baik? Dan kenapa ada saja orang yang mahukan Varna? Dia hanya manusia!

"Lepaskan dia! Dia hanyalah manusia!" Katanya kepada mereka.

"Benar," jawab Zeptas yang menghampiri Larkanos. 

Larkanos memusing tubuhnya dan membelakangkan diri dari dilihat Kaizelan. Satu jari Varna digigitnya lembut hingga berdarah sedikit. Apabila dia merasa darah Varna, matanya terbeliak.

"Darahnya hampir sama dengan ayahanda! Cuma ia tidak kuat..." Beritahunya kepada Arnialaz dan Larkanos.

"Grr! Korang!" Kaizelan menjadi marah. Dia terbau darah Varna sekali lagi dan menyedari Larkanos mencederakan Varna. Malangnya, Arnialaz tidak melepaskan pedangnya walaupun kelihatan Arnialaz sedang terbeliak.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now