Tiba sahaja di laluan ke dataran, Sektar muncul di hadapan Mellinda dan Stiria serta Gizelis dan Iris. Segera dia memeluk Mellinda dan mengejutkan semua orang di situ. Malah, Zeliker dan lain-lain yang baru tiba terbeliak melihat situasi itu.
Xcerox menggerutu lalu mengeluarkan pedangnya dan menyerang Sektar. Semua orang tersentak dengan tindakannya. Zeliker tidak sempat menghalang. Xium juga tidak kerana dia sedang terkelu memandang Sektar secara dekat. Dia mengenali lelaki ini dalam memorinya yang serabut.
Manakala Sektar, dia tersengih sebelum menghalakan sebelah tangan ke arah anak lelakinya. Segera tubuh Xcerox kaku dalam keadaan sedang menyerang. Hanya matanya sahaja bergerak dengan perasaan tidak percaya. Tubuhnya bagaikan dikunci pergerakan. Mulutnya yang ingin mengeluarkan perkataan hanya keluar bunyi yang tidak jelas sahaja. Semua orang kecuali Xcerox menjadi senyap.
Sektar melepaskan Mellinda. Dia mengusap wajah Mellinda yang memandangnya sebelum mengucup dahi isterinya. Rindunya dia pada kekasihnya yang hanya setahun sekali datang bertemunya. Sayangnya, anak-anak mereka tidak mengenali Mellinda mahupun diberitahu Mellinda akan kedatangannya ke Eskimos. Mereka berdua hanya bertemu dalam rahsia tanpa pengetahuan sesiapa.
"B-Bonda...?" Sebut Stiria dengan perasaan sukar mempercayai.
Malah, fikirannya segera meneka bahawa Mellinda yang meninggalkan mereka mempunyai kekasih di luar. Sudah pasti, bukan? Bonda mereka telah tinggal di luar istana tanpa ayahanda mereka. Tidak mempunyai kekasih seperti agak mustahil.
Sektar dan Mellinda memandang Stiria sebelum tertawa kecil. Sektar mendekati Stiria dan mendongakkan kepala Stiria untuk memandangnya. Stiria tergamam sebelum dia dan lain-lain dikejutkan dengan kucupan Sektar ke dahi Stiria pula.
Xcerox semakin marah melihat dua-dua orang yang disayanginya disentuh Sektar yang tidak dikenalinya. Kemarahannya menyebabkan aura kuning mengelilinginya dan secara tidak sengaja meleraikan kuasa kebekuan tubuhnya. Serangan pedangnya yang mengeluarkan cahaya dilibasnya ke arah Sektar.
Sebelah tangan Sektar memusnahkan serangan itu menyebabkan Xcerox terkejut. Pertama dia terkejut kerana dia boleh melibas kuasa dari pedangnya. Kedua, kerana Sektar memusnahkan serangannya dengan mudah tanpa pelindung. Tangan Sektar dilihatnya tidak cedera apabila serangannya dimusnahkan.
Manakala Sektar, dia terkesima sebelum tersenyum luas apabila merasa anaknya telah meningkatkan tahap kuasa 'Rebirth' ke peringkat tengah walaupun ia masih belum kuat. Tapi, sekurang-kurangnya menaikkan tahap tersebut masih menggembirakan Sektar. Bukan itu sahaja, apabila dia melihat Stiria, tahap 'Rebirth' juga, telah berada di tengah-tengah antara tahap awal dan tahap tengah 'Rebirth' menggembirakannya juga.
Tidak sia-sia dia menyuruh Nekruis untuk mengunci kuasa syaitan dalam tubuh anak-anaknya setelah mereka lahir. Sayangnya, kedua-duanya tidak seperti mahir menggunakan kuasa syaitan mereka. Nampaknya dia perlu melatih mereka selepas semua ini tamat. Dia lenyap dan muncul semula berdekatan Xcerox. Dahi Xcerox juga dikucupnya.
Keadaan itu menyebabkan semua orang keliru. Kenapa lelaki ini tiba-tiba mengucup orang? Adakah dia ada masalah pada otaknya? Beberapa orang melangkah ke belakang, takut jika tiba-tiba Sektar mengucup mereka yang seterusnya.
"Kekanda, jangan main-main. Pergi tolong mereka," kata Mellinda setelah mindanya dapat berfikir semula.
Sektar melepaskan Xcerox yang kaku tanpa sesiapa membekukannya. Dia sebegitu kerana dikucup Sektar.
"Em!" Sektar menghilangkan diri selepas itu.
"B-Bonda...?" Panggil Stiria sekali lagi.
"Bonda, siapa lelaki tu?!" Xcerox akhirnya sedar semula dan melihat Sektar telah tiada.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...