BAB 120: ZEPTAS ASTEROSTES

68 6 0
                                    

"Ba-Bagaimana?!" Tanya Elamos yang sukar mempercayainya.

"Sebab Mellinda, isteri aku. Mellinda dan isteri Nekruis ialah adik-beradik," ujar Sektar.

Pengetahuan tersebut membuatkan ramai tercengang. Mereka berasa telinga mereka macam silap dengar. Sektar sebenarnya berkahwin dengan syaitan?! Kenapa tiada pengumuman mengenainya?!

Sektar menghiraukan mereka. Dia memandang wanita yang dipeluk erat oleh Zeliker. "Alinda, selamat kembali." Ucapnya.

Alinda mengangkat kepalanya melihat ke arah Sektar dan memberikan anggukan sebagai maklum balas. Tubuhnya tenggelam dalam pelukan Zeliker yang sudah tinggi daripadanya. Dulu, Zeliker tidak setinggi ini kerana berumur lapan tahun. 

Dia berasa masa terlalu cepat dan kini melihat Zeliker telah dewasa membuatkannya sedih dan juga gembira. Air matanya telah jatuh ke pipi setelah dipeluk Zeliker. Dia sangat rindukan Zeliker dan anak-anaknya. Manakala anak-anaknya yang lain kecuali Varna yang tiada, muncul berdekatan apabila melihatnya.

"Bonda...?" Sebut Arnialaz, Larkanos dan Zeptas serentak. Mata mereka berair dan merah sedikit. Wajah bonda mereka masih sama seperti dahulu. Tiada perubahan.

Mendengar panggilan daripada Arnialaz, Larkanos dan Zeptas terhadap Alinda serta kehadiran mereka yang dirahsiakan masih hidup, menyentakkan semua orang sekali lagi. Zeliker terpaksa melepaskan Alinda sambil mengelap air matanya yang mengalir. 

Ah, habis air mukanya yang dijaga sepanjang pertabalan itu tetapi dia sanggup menjatuhkan maruah ketika ini di hadapan Alinda. Dia memandang Alinda sebelum menjauhi diri untuk membenarkan abang-abangnya pula memeluk bonda mereka bergilir-gilir. Dia telah bersedia untuk bertemu Alinda sepanjang masa ini setelah mempercayai bahawa Alinda masih hidup. Cuma tidak sempat untuk menanya Nekruis mahupun Aster selepas kejadian serangan raksasa.

"Alinda...? Masih hidup...? Dan... Dan... Sek-Sektar, me-mereka ini...? Takkanlah..." Kata Mikasa tergagap-gagap. Riaknya yang selalu tenang dan terkawal musnah disebabkan melihat Alinda, Arnialaz, Larkanos dan Zeptas.

Flare terkelu. "Nekruis Asterostes dan... Alinda?! Ibu Zeliker rupa-rupanya masih hidup?! Ini... Wow... Erm... Huh? Ayahanda?" Pandang Flare ke arah Mikasa. Ini kali pertama dia melihat musuh utama Shildia dan Mikasa yang kelihatan tercengang.

Arnialaz memandang Mikasa selepas melepaskan pelukan kepada Alinda. Dia tahu Mikasa ialah Raja Shildia. Kejadian yang berlaku kepadanya berkait rapat dengan Negara Shildia tetapi bukan di atas pengetahuan Mikasa semasa ia berlaku. Oleh sebab itu, dia tiada perasaan marah atau berdendam dengan Mikasa. Dia tunduk hormat ke arah Mikasa dan Elamos. 

"Ampunkan patik kerana tidak perkenalkan diri. Patik Arnialaz Asterostes, putera sulung Raja Nekruis dan Permaisuri Alinda. Dua orang di tepi patik ialah adik-adik patik; Larkanos Asterostes dan Zeptas Asterostes. Kami semua... masih hidup," katanya dengan ayat terakhir yang disengajakan. Disebabkan kemunculan Alinda dan Nekruis, dia merasakan sudah tiba masa untuk memaklumkan kepada umum tentang mereka masih hidup.

Terbeliak mata Mikasa mendengarnya. Dia telah menekanya tetapi mendengarnya sangat mengejutkan. Riaknya selepas itu bertukar pucat, marah dan serba salah. Hal ini disebabkan kejadian yang berlaku kepada Arnialaz walaupun di luar pengetahuannya masih berkait rapat dengan keluarga diraja Shildia.

Sepupunya telah merancang dan melakukan pembunuhan terhadap Arnialaz tanpa memaklumkan kepadanya dahulu. Apabila ia sudah diketahui, Nekruis telahpun menghantar tentera Flink untuk menyerang Shildia. Keadaan sudah terlambat untuknya berpatah balik dan dia terpaksa berperang dengan Flink. Dia bencikan syaitan disebabkan ini tetapi lebih bencikan sepupunya yang menyebabkan serangan daripada Flink.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now