Hetero dan Xium telah kembali ke Neza. Rakan-rakan mereka yang menanti segera menanya pelbagai soalan. Hetero yang banyak menerangkan situasi yang berlaku sambil diselit satu dua ayat daripada Xium. Zeliker dan rakan-rakannya terkejut mendengar kisah lama Elgarb serta Kaizelan yang dibunuh dan bertukar tubuh. Misteri mengenai Kaizelan dihidupkan semula tidak dapat dijawab Hetero. Sebaliknya dia memandang Xium.
"Kemungkinan ia ada kena mengena dengan kuasa dalam makam diraja dan permaisuri di Entenoa. Ia terdapat kuasa roh yang kuat."
Itu sahaja penerangan daripada Xium. Jika mereka hendak tahu dengan lebih, mereka perlu menanya Kaizelan ataupun Eshren sendiri.
Memandangkan agak mustahil untuk membayangkan kedua-dua adik beradik tersebut menjawab dengan terbuka, soalan-soalan lain mengenainya terpaksa dikuburkan. Apatah lagi, jika memikirkannya, bukan hal mereka untuk menjaga tepi kain orang. Hanya Aiga yang merasakan dia mahu tahu. Jika terdapat peluang untuk bertemu Kaizelan ataupun Eshren, dia ingin tanya mengenai misteri makam tersebut.
Sementara itu, Kaizelan dan Eshren yang dibualkan memandang ke arah semua pembesar dan menteri yang duduk sujud di hadapan kerusi raja. Hanya Volwef, pembantu ayahanda mereka sedang berdiri di sebelah kiri mereka berdua. Manakala Kaizelan, dia sedang duduk di atas kerusi raja dan Eshren berdiri di tepi kanannya. Renungan tajam dan aura kuat daripada Kaizelan ke atas semua syaitan membuatkan mereka takut dan tidak berani untuk membuat bunyi. Jantung mereka sahaja yang berdegup dengan laju.
Malah, mereka mendengar khabar bahawa tetamu mereka, Markle dan Samian telah ditewaskan Kaizelan dan kini disoal siasat akan niat pembunuhan mereka. Terdapat beberapa pembesar dan menteri di situ yang dihasut bekerjasama dengan Neoleo, Markle dan Samian. Wajah mereka ini sangat pucat selepas mendengar dua orang tersebut tewas. Mereka juga tahu bahawa Kaizelan tidak akan lepaskan sesiapa yang terjebak dalam kes pembunuhannya. Maka, lokasi Neoleo sedang disiasat. Disebabkan ini, mereka mendiamkan diri. Nasib mereka jika mereka tertangkap oleh Kaizelan dan Eshren.
"Mulai saat ini, Entenoa akan bekerjasama dengan Miko yang dipegang oleh raja baharu mereka, Zeliker Asterostes," maklum Kaizelan.
Semua syaitan terkejut besar mendengarnya. Mereka ingin membangkang tetapi setelah melihat betapa tajam dan gerunnya riak Kaizelan ke atas yang cuba bersuara, semua menjadi tidak berani. Kaizelan memahami perasaan mereka. Jika dia berada di tempat mereka, dia pastinya tidak setuju. Disebabkan ini, dia menerangkan beberapa perkara sekaligus.
"Beta tahu bekerjasama dengan kaum manusia bagaikan mustahil untuk terjadi dalam negara kita. Malangnya, Nekruis Asterostes telah mengumumkan bahawa baginda telah berhubung dengan Negara Eskimos berpuluh tahun lamanya. Hanya kita yang tidak mengetahuinya. Jika kita tidak mengikut kehendaknya setelah dijemput untuk berubah, beta tidak perlu ceritakan apa yang akan berlaku kepada kita kemudian hari. Malah, beta ada dengar khabar daripadanya bahawa Weety dan Opyru kemungkinan twlah ditewaskan oleh Nekruis dalam diam. Agaknya kita pula macam mana...?"
Sengaja Kaizelan membuka cerita sedangkan ia langsung tiada bukti. Nekruis hanya memberitahu bahawa raja Weety dan Opyru telah mangkat dan terdapat anak mereka yang menggantikannya. Walaupun begitu, kemangkatan kedua-dua raja tersebut ditekanya ada kena mengena dengan Nekruis walaupun tidak berbukti.
Mendengar kata-kata raja mereka, hampir semua syaitan di hadapannya terbeliak dan seberapa terlopong mulut. Sememangnya mereka telah menerima maklumat bahawa raja Weety dan Opyru telah mangkat tiba-tiba. Tetapi, mengetahui bahawa ia ada kena mengena dengan raja Flink membuatkan mereka tertelan air liur.
Perkara ini memberitahu mereka bahawa Flink berkuasa untuk menjatuhkan sesiapa yang dia mahu. Semua orang hanya semut di hadapan matanya. Dengan ini, siapa yang berani membangkang persetujuan untuk bekerjasama dengan manusia. Mereka terpaksa menanam sahaja ketidakpuasaan hati mereka. Walaupun ia sepatutnya tiada kena mengena untuk Flink masuk campur dengan negara mereka. Malangnya, apakan daya, negara syaitan terkuat bukan lagi Entenoa tetapi Flink.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...