[Tahun 5457, 10 Oktober, 8.12 AM...]
Cahaya pagi menerpa ke seluruh sebahagian permukaan planet itu. Zeliker yang telah sedar, memandang cahaya yang menerpa masuk ke jendela sebuah bilik dia sedang berada. Sebelah mata kirinya serta tubuhnya dirasanya dibaluti dengan kain. Dia juga sedang berada di atas sebuah katil bujang. Dengan sebelah matanya, dia memandang ke seluruh bilik itu. Bilik itu hanya mempunyai sebuah meja, sebuah kerusi, sebuah almari dan sebuah katil. Bilik itu juga agak kecil berbanding biliknya di istana.
“Huh?” Dia terasa sesuatu pada lehernya lalu menggerakkan tangan untuk menyentuh.
Satu gelang besi berserta nombor yang bergerak berada pada lehernya.
“Alat penghambaan? Ini bermakna, jika aku keluar beberapa kilometer dari sini, benda ini akan meletup. Malah, aku tak boleh menanggalkannya kerana jika bergetar wayarnya mungkin akan meletup juga. Mengapa dia pasangkan aku dengan benda ini? Bukankah dia ingin aku mati?” Tanyanya dengan hairan kerana dia masih hidup.
Dia bangun dari katil dan melihat ke luar jendela. Matanya terbeliak melihat banyak kuntuman bunga matahari di sekeliling rumah itu. Malah, dia merasa angin segar menerpa ke wajahnya. Dia melompat keluar dari rumah itu lalu mendekati sekuntum bunga matahari. Dia menghidu bau bunga matahari itu dan tersenyum sendirian.
“Wanginya. Ini bunga matahari. Kesukaan aku...” Katanya dalam hati.
Gizelis yang baru pulang dari memburu terpandang Zeliker. Di bahunya juga tergantung seekor rusa yang telah mati dan lehernya terdapat kesan hirisan pisau.
“Dia senyum…? Dia suka bunga matahari ke? Huh? Eh? EEEHH?!!” Dia terkejut apabila melihat Zeliker memakan bunga matahari yang dipetik.
“Hmm?” Zeliker tersedar Gizelis berada di situ sambil sekuntum bunga matahari berada dalam mulutnya.
Dia memandang Gizelis dengan rasa benci kerana teringat dirinya terseksa semasa Gizelis menitiskan darah ke mulutnya. Gizelis faham dengan pandangan tajam itu. Dia selamba sahaja menurunkan buruannya di hadapan rumah itu. Di hadapan Zeliker juga, dia menyembelih daging rusa itu dan memasaknya melalui bahan-bahan masakan yang telah ada di dalam rumah itu.
Zeliker tidak berasa apa-apa melihat perbuatannya. Darah rusa itu juga tidak menarik perhatiannya. Dia mengunyah bunga matahari dalam mulutnya sebelum menelan.
“Mungkinkah kamu ni... vegetarian?” Tanya Gizelis, memulakan perbualan.
Zeliker tidak menjawab sebaliknya memakan sekuntum bunga matahari lain. Dia juga memaling pandangannya daripada memandang ke arah Gizelis.
“Macam arnab pula kamu ni...” Tawa Gizelis melihat cara makan Zeliker.
“Arnab?!” Zeliker tersentak dan menyebutnya di dalam hati.
Dia menjeling Gizelis.
“Haha.. Comel juga cara jelingan kamu. Kamu nak makan sup rusa? Makan bunga bukannya mengenyangkan pun...” Ajak Gizelis dengan lembut.
“Kamu makanlah hasil tangkapan kamu sendiri. Aku takkan memakannya melainkan aku yang menangkapnya sendiri. Selama ni pun, aku tak perlukan makanan dari tangkapan orang lain... Aku bencikannya!” Balas Zeliker dengan tidak memandang Gizelis.
“Maksud kamu kerana tangkapan orang bawahan kamu adalah manusia, kamu telah mendapat tabiat untuk tidak memakan hasil tangkapan itu, bukan? Bagaimana dengan haiwan pula? Mereka bukannya manusia dan tidak mempunyai darah yang kamu bencikan itu...” Tanya Gizelis.
“Bagi aku, hasil tangkapan sesiapa pun adalah sama. Aku takkan memakannya kerana bagi aku, semua orang yang memberikan makanan itu adalah penjahat. Aku cuma akan makan dengan makanan yang aku sendiri dapatkan,” kata Zeliker lalu terpandang seekor burung sedang terbang.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...