"Apa?!!" Zeliker tersentak mendengar penerangan sistem kawalan itu mengenai kemusnahan istana setelah kematian semua keturunan raja, dengan kata lain, keturunan selepas dia.
"Err... Camna kamu tahu keturunan tu hidup lagi atau mati?"
"Melalui pengesan pada tubuh tuanku sekarang. Aksesori-aksesori yang dipakai tuanku ialah alat pengesan untuk memberitahu saya sama ada tuanku masih hidup atau tidak. Keturunan tuanku akan dipakaikan aksesori pengesan. Jika tuanku telah berkahwin, sila beritahu saya supaya permaisuri tuanku diberikan alat pengesan."
"Aku dah agak!" Zeliker meneka aksesori yang dipakainya ialah pengesan keadaan dirinya.
"Bersihkan, tidak dibersihkan," ulang sistem.
Zeliker diam sejenak dan melihat paparan keadaan istana. Dia melepaskan keluhan. Mahu tidak mahu, dia kini telah diberi takhta negara itu tanpa rela. Dia menyesal meletakkan kunci Neza ke tempat asalnya.
"Aku tiada pilihan lain..." Dia mengelap wajahnya yang sedikit berpeluh.
"Kawasan istana penuh dengan pasir dan batu. Hetero dan lain-lain dah dihantar ke Dewan Serbaguna ke?" Fikirnya.
"Sistem, penduduk di luar istana bagaimana pula? Mereka tidak terkena tempias air pancutan tu ke nanti?" Zeliker meneka istana akan dibersihkan dengan tekanan tinggi pancutan air dari bawah tanah.
"Telah dipasangkan pelindung," balas sistem.
"Okey. Kehidupan dalam istana telah dipindahkan ke belum." Sebelum terjadi apa-apa, baik ditanyanya.
"Telah dilakukan."
"Baiklah, bersihkan bandar istana ni." Zeliker akhirnya membenarkan sistem melakukan kerjanya.
Manakala Hetero, Xium dan lain-lain, mereka terpinga-pinga kerana muncul dalam sebuah bangunan besar.
"Tak boleh keluar. Pintu ni tak nak bergerak, tuanku," beritahu Jeneral Agriean sambil mengerling ke arah askar-askar yang cuba membuka pintu gerbang setinggi lima kaki, satu-satunya pintu utama atau keluar masuk bangunan dewan itu yang dapat dilihat mereka.
Sekeliling mereka hanya dinding berbatu dengan corak halus serta dibina dengan bentuk yang menarik dan megah. Terdapat lampu besar di tengah-tengah dewan yang memberi cahaya kepada mereka untuk melihat sekeliling mereka.
Helisa tertanya-tanya akan penghidupan lampu itu sedangkan dia tidak melihat suis di mana-mana. Unik dan pelik.
"Cari jalan keluar lain," arah Ferrick.
Askar-askar memeriksa dinding dan pentas yang berada di hujung dewan itu.
"Xium, kamu tak boleh keluarkan kita ke?" Tanya Hetero kepada Xium.
"Erm... Kamu tak rasa ke kuasa kamu dimatikan?" Tanya Xium semula.
"Yalah. Sebab tu aku tanya kamu. Kalau kamu pun sama, alamatnya kita terperangkap dalam ni." Kuasa syaitannya mahupun istimewanya telah dihentikan sesuatu yang tidak diketahui semenjak dimunculkan dalam dewan itu.
"Kuasa aku masih boleh digunakan tapi... ada tekanan tinggi melemahkan kuasa aku. Pelik. Kuasa teleportasi tak boleh digunakan sebab aku takut nanti tak sempurna badan kita bila cuba gunakannya," beritahu Xium.
"Dengan kata lain, kuasa kamu sedang kucar-kacir?" Hetero tersentak mendengarnya.
Xium mengangguk kepalanya.
"Ah! Angkara siapa kurung kita dalam ni?!" Jerit Kaizelan dalam hati yang mula geram kerana dia tidak dapat melepaskan diri dari tempat itu. Baginya, ini satu peluang apabila Xium dan lain-lain mengendahkannya disebabkan gegaran tempat itu.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...