BAB 17: PEPERANGAN DI NEGARA JIRAN

71 4 2
                                    

" Maaf, Silvert.." kata Zeliker lalu memasangkan alat tersebut pada leher Silvert.

Kemudian, anak matanya bertukar merah. Sebilah pedang yang sama digunakannya mencucuk leher Silvert dahulu muncul pada leher Silvert. Zeliker mencabut pedang tersebut dan pedang itu dihilangkannya sekali lagi. Perlahan-lahan Silvert membuka matanya. Dia memandang ke arah Zeliker.

" Tuanku Zeliker...?" katanya perlahan.

" Silvert Rekter, kamu akan berada di sisi aku mulai saat ni. Kamu tak boleh sentuh mahupun memusnahkan alat pada leher kamu. Juga, tidak boleh menyerang aku dan kuasa kamu dimatikan kecuali jika aku benarkan kamu gunakan kuasa kamu semula.." kata Zeliker.

Silvert tersentak mendengarnya dan dia baru tersedar lehernya memakai gelang hamba.

" Tuanku Zeliker, tuanku sanggup buat begitu sekali pada patik sedangkan patik cuba selamatkan tuanku?!" tanyanya dengan rasa tidak percaya Zeliker akan berbuat begitu kepadanya.

" Silvert, aku bukan lagi putera yang kamu kenal. Aku dah lama buang diri aku sebagai putera Negara Flink. Malah, aku tak de niat langsung untuk pulang ke negara itu semula.. Cepat bangun! Kamu akan ikut aku ke mana sahaja aku pergi selepas ini," kata Zeliker sambil keluar dari penjara itu.

" Urghh... Tuanku.." kata Silvert dan dia terpaksa mengikut arahan Zeliker.

Sepanjang mereka ke kandang kuda, mereka berdua asyik diam. Semua orang yang memandang mereka pasti akan berasa geram terhadap Silvert. Silvert hanya memandang mereka dengan tajam kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan kuasanya dikunci. Setibanya mereka di kandang kuda...

" Naoki, aku datang nak ambil Azuris. Tapi, boleh tak aku ambil seekor kuda lagi yang tak bertuan?" tanya Zeliker kepada seorang lelaki yang merupakan salah seorang penjaga kuda istana.

" Boleh je.. Ini.. Namanya Teresa. Ia belum bertuan lagi. Ambillah," balas Naoki sambil mengeluarkan Azuris dan seekor kuda bertina.

" Terima kasih, Naoki. Aku akan pergi mengembara. Jadi, kamu takkan nampak Azuris buat masa ni.." beritahu Zeliker.

" Oh... Kamu akan balik, kan?" 

" Suatu hari nanti.. Jika aku masih hidup lah.."

" Kamu mesti hidup tau! Jangan mati selagi kamu tak jumpa aku. Huwaa..." kata Naoki dengan sedih.

" Ya lah. Ya lah... Jangan nangis Naoki," pujuk Zeliker.

" Jaga diri tau! Kembali semula ke sini nanti! Aku akan tunggu kamu pulang!"

Zeliker mengangguk sambil tersenyum. Dia mengambil Azuris dan Teresa dan dibawa ke arah Silvert. 

" Kamu akan naik kuda ni. Namanya Teresa," kata Zeliker lalu naik ke atas Azuris.

" Hai, Azuris. Kita akan bersama-sama selepas ini," kata Zeliker sambil menepuk pipi Azuris dengan lembut.

Azuris mendengus manja.

" Tuanku! Ia makhluk berbahaya! Ia akan jatuhkan tuanku nanti!" kata Silvert berasa risau kerana mendengar dengusan kuda tersebut.

" Emm... Silvert, aku dah tunggang Azuris banyak kali. Takkan ada apa-apa lah.. Cepat naik atas Teresa. Kita dah nak pergi ni," arah Zeliker sambil menggerakkan Azuris.

Silvert memandang Teresa. Dia mengeluh. Dia terpaksa naik ke atas Teresa atas arahan Zeliker. Kemudian, dia menggerakkan Teresa mengikut Zeliker dan Azuris.

" Jaga diri, Zeliker," kata pengawal pintu istana kepada Zeliker.

" Kamu pun sama, Syiam," balas Zeliker sambil tersenyum.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now