BAB 78: PASANGAN LARKANOS

46 7 0
                                    

"Kenapa lama sangat? Entah-entah Tuan Ernes dalam bahaya!" Kata Menxes lalu ingin meninggalkan wanita yang dingin itu. Dia mahu melihat sama ada Larkanos okey atau tidak.

"Kamu hendak ke mana?" Suara wanita itu menyebabkan Menxes kaku.

"Erm... Aa... Kak Iris, saya nak pergi lihat Tuan Ernes. Dah lebih dari sejam ni Tuan Ernes tak keluar-keluar," balas Menxes.

"Hmph! Jika kamu resah sangat, akak pergi siasat. Kalau kamu yang masuk apa-apa pula nanti kamu buat!" Iris meninggalkan Menxes yang terkesima dan tidak dapat membantah arahannya. Dia meraung dalam hati.


*Iris*

Iris menuju ke khemah Larkanos, Stiria dan Nekruis berada. Empat askar yang menjaga di situ menghalangnya dari masuk.

"Benarkan saya masuk. Saya ada utusan daripada Tuan Sishan kepada strategis kita." Iris mengeluarkan sepucuk sampul yang digamkan dengan cop Sishan. 

Memandangkan dia dan Larkanos ialah suami isteri, ada masa mereka ingin berdua-duaan dan mereka meminta Sishan mengecop satu sampul kosong. Dengan ini, mereka boleh berjumpa tanpa orang lain mengetahui hubungan mereka. Semuanya gara-gara bahawa Iris ingin merahsiakan hubungan mereka demi keselematan Larkanos. 

Kenapa Sishan boleh bersetuju pula? Hal ini disebabkan latarbelakang keluarga Iris yang merupakan sepupu kaum diraja Lagendia. Perkahwinan mereka juga telah dirahsiakan daripada keluarga Iris. Iris tidak mahu berpisah dengan keluarga yang disayanginya. 

Apatah lagi, mereka tidak sukakan kaum syaitan. Jika mereka tahu Iris telah mengahwini kaum syaitan, keluarganya pasti membuangnya atau Lakarnos akan mendapat bahaya daripada keluarganya. 

Disebabkan tidak mahu ia berlaku, perkahwinan mereka dirahsiakan  sehingga kini. Malang tidak berbau pula, selepas enam tahun, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Kedua-duanya hanya mampu menunggu tanpa hilang sabar dengan satu sama lain. Mungkin ia satu ujian bagi mereka.

"Tunggu sebentar," salah seorang penjaga itu memasuki khemah tersebut selepas memberitahu kedatangannya kepada orang dalam.

"I-Iya! Masuk!" Jawab Stiria dari dalam.

Askar tersebut memberitahu Iris ingin menyampaikan sesuatu kepada Stiria dan Nekruis. Stiria membenarkan. Selepas askar itu keluar, tidak lama kemudian, Iris pula memasuki khemah itu.

Pandangan Iris mengerling ke arah Larkanos dahulu. Matanya sedikit terbeliak kerana Larkanos tidak memakai topengnya. Walaupun begitu, Iris tidak hilang tenangnya. Dia hanya hairan dengan keadaan Larkanos. Apa yang telah berlaku selama sejam lebih itu?

Larkanos yang melihat pandangan Iris baru menyedari bahawa dia telah duduk lama di situ. Dia juga segera memahami cara kedatangan isterinya. Pastinya isteri dan rakan-rakannya resah sebab dia tidak keluar selepas lebih daripada sejam telah berlalu.

"Erm, urusan apa ya yang ingin diberitahu Tuan Sishan kepada kami?" Tanya Stiria yang tidak tahu niat sebenar Iris.

Iris menunduk hormat kepada Stiria dan Nekruis sambil berkata, "Sebelum itu, komander mahu mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Cik Rivista dan Tuan Nolvo. Komander berharap kelebihan cik dan tuan dapat membantu kami semua memenangi peperangan ini. Kawasan peperangan seterusnya adalah di bahagian lembah perairan. Struktur kawasan tersebut agak sukar dikendalikan dan meminta bantuan cik dan tuan untuk menguruskannya."

Ayat Iris bagaikan dia sememangnya telah diutuskan Sishan untuk disampaikan kepada Stiria dan Nekruis. Akan tetapi, helahnya itu hanya diketahui Larkanos. Isterinya memang pandai berkata-kata. Sesiapa yang mendengarnya pasti percaya bulat-bulat.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now