Dua bulan berlalu dengan pantas. Sedar-sedar, peperangan bermula di kawasan perairan laut Negara Sharre dan juga Negara Lagendia. Walaupun negara paling dekat dengan kepulauan Negara Entenoa ialah Eskimos, Entenoa mendahulukan Negara Lagendia.
"Anakanda rasa askar Entenoa akan bergerak ke arah mana untuk memenangi Daerah Benter?" Tanya seorang lelaki kepada seorang wanita muda.
Terdapat sebuah meja dan peta di atasnya di antara mereka berdua. Pada atas peta terdapat pula catur-catur berbentuk manusia dan syaitan serta pelbagai warna.
"Hm... Anakanda rasa mereka akan bergerak melalui sini dan mula menyerang hendap ke kawasan ini. Askar Lagendia walaupun mengetatkan kawasan-kawasan daerah mereka masih memberi peluang untuk diserang. Melainkan mereka mengumpan askar Entenoa ke situ," balas wanita muda itu.
Dalam dua bulan mereka bersama, wanita muda itu telah mempelajari pelbagai bentuk strategi peperangan. Pada asalnya, dia hanya belajar mengenal peta. Rupa-rupanya ia hanya peringkat awal untuk menjadi strategis perang. Wanita muda ini ialah Stiria manakala lelaki tersebut ialah Nekruis.
Stiria tidak menyangka Nekruis ingin mengajarnya strategi perang. Bukan ke wanita sepertinya tidak layak ke medan perang atau mengetahui cara-cara ini? Dia seorang puteri bukan? Soalan tersebut dituju kepada Nekruis.
Jawapan Nekruis pada masa itu pula...
"Biar ayahanda tanya anakanda dulu. Jika musuh muncul dan menghampiri kerajaan anakanda ketika suami anakanda tidak ada, siapa yang anakanda percaya boleh menghalang musuh?"
"Jeneral komander?" Stiria jawab spontan.
"Jika dia tewas di tangan strategis bijak bagaimana? Siapa lagi yang boleh lindungi kerajaan anakanda dan apa yang pertama sekali anakanda akan buat?"
"... Aa... Err..." Stiria berfikir sejenak.
"Erm... Kerahkan askar untuk melengahkan masa sehingga bantuan... tiba...?" Tekanya tidak lama kemudian.
"Itu adalah jalan terbaik tetapi anakanda lupa sesuatu. Strategis yang berpengalaman pastinya tahu cara anakanda dan akan segera menewaskan musuh sebelum bantuan tiba. Dengan ini, kerajaan adinda mudah ditawan."
"O-Oh..." Stiria lemah semangat mendengarnya. Kelihatan, dia tidak mungkin boleh menang jika situasi itu berlaku.
"Heh! Tapi jangan putus asa. Jika ada pahlawan hebat dalam tentera anakanda, kerajaan anakanda tidak mudah kalah. Dan jikalau ada juga strategis hebat dalam kerajaan anakanda, musuh akan ragu-ragu untuk menyerang. Tetapi... jika kedua-dua jenis orang ini tewas, sekaligus kerajaan anakanda akan jatuh juga."
Nekruis ingin memberikan Stiria semangat tetapi ayat terakhirnya itu membuatkan Stiria memandangnya dengan wajah kelam. Nekruis berdehem. Dia sedar penerangannya itu masih melemahkan semangat Stiria.
"Tapi ada satu cara yang jarang digunakan dalam peperangan. Hanya seberapa negara yang berani menyediakan cara ini."
"Cara apa?"
"Strategis sebagai pengumpan."
"Huh?! Kalau strategis diumpan bukankah lagi bahaya?!" Stiria terkejut mendengarnya.
"Dengar dulu. Strategis tidak semestinya perlu berada dalam keadaan selamat sepanjang masa. Adakalanya, pengumpan yang paling bagus ialah strategis itu sendiri. Sayangnya, tidak ramai yang berani sebab 99% strategis boleh mati. Tapi, jika umpan mereka berjaya, 100% kemenangan jatuh ke dalam pihak strategis itu. Risiko tinggi tapi kejayaannya sangat memuaskan." Nekruis tersengih.
"Hm? Kenapa patik rasa tuanku ada pengalaman ini?"
"Mesti lah ayahanda biasa berada dalam situasi ini. Ayahanda bukan setakat anak raja tapi juga seorang strategis. Umpan sebegini begitu lumayan jika dibunuh betul tak? Dan ini adalah satu strategi juga. Menggunakan nyawa sendiri untuk memenangi peperangan."
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...