"Apakah itu?!" Kata Hetero dengan terkejut.
Dia dan Kaizelan telah menyembunyikan diri, jauh dari kumpulan Nekruis. Semasa Nekruis mengangkat Varna, Kaizelan yang berasa gelisah Varna dibawa pergi oleh Nekruis telah menyerang Nekruis menggunakan kuasa angin bilah. Tetapi serangannya dimatikan Maryn.
Kini, mereka yang ingin mendekati Varna dikejutkan dengan perubahan awan di atas mereka dan kemudiannya muncul Velios dan raksasa itu pula. Hal tersebut membuatkan tubuh mereka seram sejuk. Mereka memandang satu sama lain. Perasaan diancam maut dapat dirasakan sangat kuat oleh mereka.
"Selamatkan Varna dahulu! Apa nak jadi seterusnya, jadi lah!" Kata Kaizelan kepada Hetero.
Hetero berfikiran sama. Mereka tidak mungkin boleh mendekati raksasa dan Velios tetapi Nekruis, mereka terpaksa mendekati kerana Varna berada pada Nekruis. Semasa mereka ingin bertindak, Zelikr dan Xium muncul di hadapan mereka.
"Kenapa korang ke sini? Dan apa yang berlaku?" Tanya Zeliker memandang mereka dahulu sebelum melihat ke langit di mana Velios dan raksasa itu sedang berada.
Dia juga sedar kehadiran Nekruis dan beberapa orang lain berdekatan. Malangnya dia belum mengetahui identiti Nekruis kerana tidak dapat mengenalpasti aura Nekruis yang kini.
"Err, ah, Zeliker..." Hetero tertelan air liur. Dia terlupa janjinya untuk memastikan Kaizelan tidak keluar istana. Dia mula sedikit gugup.
"Zeliker, kita tidak boleh berada di sini. Sangat bahaya!" Ujar Xium.
Matanya telah memandang ke arah Velios dan raksasa tersebut. Velios tidak dikenalinya tetapi hatinya panas bagaikan Velios ialah musuh lama yang ingin dibunuhnya. Perasaan tersebut mengelirukannya.
Bukan itu sahaja, melihat Nekruis dari jauh memberi impak besar kepada memorinya. Memori lamanya muncul satu demi satu tetapi tidak jelas dan terdapat Nekruis serta ahli-ahli Ballista yang kini berada di situ di dalam memorinya. Walaupun buat masa ini, identiti Nekruis sebagai bapa Zeliker masih belum diketahuinya.
"Apakah ini...?" Fikirnya dalam diam. Kepalanya sedikit sakit tetapi ditahannya.
"Jangan halang aku! Aku mesti selamatkan Varna!" Kata Kaizelan yang kini memegang sebilah pedang besar.
"Siapa Varna ni?" Tanya Zeliker.
"Dalam dakapan lelaki rambut merah itu," tunjuk Hetero ke arah Nekruis. "Maaf, Zeliker, Xium. Kami tiada masa untuk menerangkan perkara yang berlaku."
Zeliker dan Xium memandang satu sama lain.
"Kami akan tolong," balas Zeliker selepas itu.
Hetero mengangguk. Mereka berempat berlari menuju ke arah Nekruis.
"Tuan Aster... Ada orang berdekatan. Lima orang kesemuanya," beritahu Ken sambil memandang ke arah Zeliker dan lain-lain.
Orang kelima yang dimaksudkan ialah Amidis yang menghalimunankan diri. Dia mengikut Zeliker dan Xium dalam senyap semasa kedua-duanya beredar. Disebabkan tidak mahu ditinggalkan, dia telah mengikut mereka.
Nekruis mengerutkan dahi. Dia telah perasan kehadiran Zeliker dan Amidis semenjak Zeliker muncul dalam deria pengawasannya. Dia tidak komen apa-apa mengenai Amidis. Dia meneka Amidis telah menyampaikan hasratnya kepada Zeliker untuk pulang. Sayangnya, kemungkinan Zeliker tidak mahu pulang. Hatinya sedikit sedih.
Dia memandang Varna dalam dakapannya. Hatinya berasa nostalgia pula bagaikan dia dan Varna terdapat satu pertalian yang tidak diketahui. Yang pasti Varna memiliki darah yang sama dengannya.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...