Larkanos memberikan keluhan berat. Kelihatan dia tidak boleh menyembunyikan identitinya lagi.
"Erm... Putera kedua Flink, Larkanos Asterostes, memberi hormat kepada Yang Mulia Raja Gesta dan keluarga diraja," ucap Larkanos, mendedahkan identitinya yang sebenar. Selepas itu, ruang itu menjadi sunyi sepi sekali lagi.
"Ahh! Bukan ke putera kedua Flink telah mati?!"
"Macam mana dia boleh hidup?!"
"Ini mustahil! Eh, rambut putera kedua syaitan bukan putih ke?"
"Shh!! Dia dengar la..."
Beberapa orang memandang Larkanos dengan cemas.
"Sesiapa tidak dibenarkan keluar dari sini mahupun menghebohkan kemunculan putera Flink di sini!" Kata Gesta dengan tegas sambil memandang ke semua orang.
Seorang per seorang menundukkan kepala lalu senyap semula. Memandangkan raja mereka mengiktiraf bahawa lelaki di hadapan mereka ialah putera tersebut, mereka tidak lagi ragu-ragu mengenainya.
"Ok, bagus. Sekarang, apa yang beta perlu buat dengan kamu, putera Larkanos? Setakat ini, kamu telah pun dijadikan menantu diraja Lagendia..." Sebut Gesta sambil memandang Larkanos. "Menangkap kamu pastinya bukan mudah..."
Larkanos menenangkan dirinya. Jika benar Gesta ingin menangkapnya pastinya sudah lama berbuat demikian sebelum dia tiba di situ. Dia masih ada peluang untuk melepaskan diri bersama Iris.
"Erm... Tuanku, benarkan patik bertanya," pinta Larkanos yang tidak sekalipun menunjukkan ketidaksopanan ketika berbual.
Dia tidak boleh menambahkan ketakutan semua orang kepadanya. Apatah lagi, membina kebencian mereka terhadap latar belakang keluarganya.
"Silakan." Gesta benarkan.
"Bagaimana tuanku tahu identiti patik? Sudah lapan tahun patik menyorokkannya..." Hal ini merunsingkan Larkanos. Apa dan siapa yang membongkarkannya? Iris sudah pasti tidak akan mengatakannya...
Malah, kematiannya telah diumumkan pada waktu dahulu dan ramai orang mempercayainya. Adakah Raja Gesta menyiasat latar belakangnya ketika dia berkhidmat dalam Lagendia?
Gesta memberikan senyuman palsu kerana teringatkan sesuatu. Dia mengeluarkan sepucuk surat berwarna hitam dari dalam lengan bajunya. Surat tersebut kecil bersaiz 10.4 cm x 12.7 cm. Kemudian, dia terbalikkan surat itu untuk menunjukkan cop Flink berwarna merah di belakang. Mata semua orang terbeliak melihatnya.
Tilos memeriksa luaran sampul surat itu dengan matanya. "Tuanku, surat yang dipegang tuanku kelihatan sudah lama," ujarnya kerana terdapat kesan berkedut. Malah, terdapat kotoran berhabuk.
"Oh, penglihatan kamu amat tajam, Tilos. Ia memang dah lama..." Gesta mengibas surat tersebut. "Rasanya lebih kurang dua bulan selepas diumumkan kemangkatan putera Larkanos oleh Nekruis." Gesta memulakan cerita.
Dua bulan selepas Larkanos mati...? Itu lapan tahun yang lalu! Akan tetapi, semua orang tidak menyampuk kerana ingin mendengar penerangannya.
"Waktu itu, beta berada di dalam bilik kerja beta dan terjumpa sepucuk surat diletakkan kemas berdiri bahagian kiri atas meja. Surat ini tidak bernama dari bahagian hadapan tetapi selepas diterbalikkan, terkejut beta melihat cop Negera Flink atau... Lebih tepat, cop khas milik Nekruis sendiri.
"Semua orang yang melihat surat ini pastinya terfikir ia surat bercop Flink biasa, bukan? Tetapi, semua cop Flink sama dan pemilik cop diraja juga sama kecuali warnanya ialah emas menunjukkan kaum diraja. Kenapa pula beta kata surat ini daripada Nekruis sedangkan warnanya menunjukkan cop biasa? Jawapannya... Bawakan beta lilin!" Arahnya.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...