"Dipersilakan masuk, Pemerintah Shildia, Yang Berbahagia, Tuanku Mikasa... dan permaisurinya..."
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Griko, Yang Berbahagia, Tuanku Ambeese... dan permaisurinya..."
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Sharre, Yang Berbahagia, Tuanku Teronos... dan permaisurinya..."
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Kurom, Yang Berbahagia, Permaisuri Arryn..."
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Suxykie, Yang Berbahagia, Raja Harmu... dan permaisurinya..."
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Jelion, Yang Berbahagia, Tuanku Elgarb..."
Panggilan demi panggilan disebut pengatur cara sambil semua raja itu dihormat semua orang yang berada di ruang terbuka itu. Panggilan tersebut tidaklah terus menerus sebaliknya memanggil raja lain selepas raja yang memasuki berjalan beberapa meter daripada pintu gerbang masuk.
Semua raja yang dipanggil itu juga berjalan di atas karpet merah menuju ke hujung di mana dataran bulat itu berada. Setelah tiba di meja bulat atas dataran, mereka mengambil tempat duduk mengikut nama negeri masing-masing. Jikalau pasangan mereka tiada, pengawal peribadi mereka yang menemani tetapi tidak duduk bersama sebaliknya berdiri di belakang raja dan permaisuri mereka.
Semua orang yang melihat dari semua tempat di benua itu terkesima melihat raja demi raja melangkah masuk. Elgarb yang telah dipanggil masuk sudah tentu ditemani Jacques memandangkan dia belum mempunyai permaisuri. Dia mengambil tempat duduknya manakala Jacques berdiri di belakangnya.
Atur cara meneruskan panggilan raja-raja lain. Apabila tiba panggilan untuk Raja Nyuter memasuki, kehadirannya tiada di muka pintu gerbang. Hal tersebut membawa tanda tanya kepada semua orang.
Atur cara memandang ke arah ketua pengurusan yang berada di sebelahnya.
"Teruskan dengan Raja Weety," suruh ketua pengurusan.
Pengatur cara mengangguk.
"Saya meminta maaf. Saya dimaklumkan bahawa Raja Nyuter akan tiba lewat sedikit. Mari kita teruskan dengan jemputan masuk kepada pemerintah seterusnya daripada Negara Weety, Yang Berbahagia, Raja Paladinus dan permaisurinya..."
Ramai orang tersentak mendengar nama raja Weety. Bukankah Weety diperintah oleh Frost? Kenapa putera sulung Frost kini menjadi raja? Bila masanya? Tiada khabar yang mengatakan putera sulung itu menaiki takhta. Hal ini membawa kerunsingan. Akan tetapi, panggilan raja seterusnya daripada Negara Opyru juga mengejutkan.
"Dipersilakan masuk, Pemerintah Opyru, Yang Berbahagia, Raja Tekariu..."
Raja Opyrus, Lenus, yang diketahui ramai, tidak dipanggil. Sebaliknya, putera kedua Opyru yang dipanggil dengan gelaran raja. Ramai orang mula riuh tetapi orang yang berada di ruang terbuka hanya berbisik dengan satu sama lain untuk tidak menganggu majlis.
Pada masa yang sama, dua negara ini yang disebut memunculkan rasa marah kepada ramai kaum manusia. Hal ini disebabkan peperangan yang berlaku beberapa bulan lalu berkait rapat dengan dua negara ini. Apabila nama negara Entenoa disebut, riak wajah mereka menjadi serius dan terdapat renungan tajam ke arah pintu gerbang.
"Seterusnya, dipersilakan masuk, Pemerintah Entenoa..." Atur cara mengerling ke pintu gerbang kerana dia mahu melihat sama ada pemerintah Entenoa telah tiba atau belum.
Sebelum ini, dia menyebutnya sambil melihat bayangan raja yang sedang bersedia memasuki ruang terbuka itu. Memandangkan dia tidak tahu sama ada raja yang dipanggil sudah tiba atau belum, riaksinya menjadi begitu. Bayangan raja Entenoa tidak dilihatnya. Disebabkan itu, dia sekali lagi meminta maaf dan memberi alasan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...