BAB 118: SELESAI

43 7 1
                                    

"Gah!!" Velios memuntahkan sejumlah darah dari mulutnya. 

Seluruh tubuhnya cedera dan tiada tempat yang tidak mengalirkan darah. Selepas letupan, dia jatuh ke tanah dan terlentang di situ. Seluruh saraf pergerakannya tidak dirasanya. Saraf yang mengalirkan kuasanya juga terlalu lemah untuk dirasanya kerana telah tercedera selepas letupan.

Nekruis muncul di sebelahnya melalui terowong dimensi. Dia tidak buat apa-apa sebaliknya menghadap ke arah telur revolusi itu. Dia menghiraukan Velios yang tertawa selepas menyedari dia telah lama termasuk dalam perangkap Nekruis cuma dia tidak tahu.

Beberapa minit kemudian, telur revolusi itu akhirnya ditelan lubang dimensi Nekruis dan hilang dari pandangan. Telur itu bagaikan tidak pernah berada di situ. Nekruis akhirnya menjatuhkan tangannya. Dua gelung cahaya yang telah dirapatkan hilang juga selepas itu.

"Kamu... amat berbeza... Tidak kelihatan sama..." Ujar Velios yang tidak dapat memandang ke arah Nekruis tetapi dia tahu Nekruis di situ.

Nekruis tidak membalas. Matanya telah dibawa ke arah Velios dan sedang bersinar-sinar. Dia sedang mencari serpihan roh isterinya yang disimpan Velios. Dari kepala ke kaki Velios diperhatikannya menggunakan kuasa matanya. 

Tidak lama kemudian, dia bergerak mendekati Velios dan menyelak baju yang telah berlumuran darah itu. Di sebalik poket dalam baju Velios terdapat seutas cincin hitam dihiasi tiga belian emerald. Nekruis mengambilnya dan Velios menggerit giginya kerana tidak mampu menghalang Nekruis.

Nekruis menggunakan kuasanya untuk menyerbu masuk ke dalam dimensi yang dibina dalam cincin tersebut. Perangkap mahupun halangan daripada mantera yang diletakkan dalam cincin itu untuk memastikan tiada sesiapa dapat memasukinya, dileraikan Nekruis dengan mudah. 

Di dalam dimensi cincin itu, ruangnya dikenalpasti Nekruis seluas satu ekar dan pelbagai jenis harta dan barang berada di dalamnya. Penglihatan Nekruis bergerak untuk mencari serpihan roh Alinda di dalam ruang dimensi itu. Dia terkesima seketika apabila menjumpai serpihan roh Alinda. 

Serpihan roh Alinda telah diletakkan di dalam pasu berkaca lutsinar. Bentuk serpihan roh itu seperti cahaya bebola berwarna putih. Nekruis mengenalinya milik Alinda kerana aura Alinda diketahuinya sudah sekian lama. 

Matanya sedikit berair sebelum dipejam matanya untuk menghilangkannya. Nekruis menggunakan keinginannya untuk mengeluarkan pasu tersebut daripada cincin itu. Dia kemudiannya memecahkan pasu itu dengan menggunakan kuasanya untuk membebaskan serpihan roh Alinda. 

Serpihan roh itu yang kini tiada kurungan daripada pasu itu terapung ke udara sebelum hilang. Hati Velios sakit kerana roh kesukaannya yang disimpan sekian lama akhirnya bebas dari genggamannya.

"Puas... hati?" Tanyanya kepada Nekruis.

Nekruis membalas dengan mencengkam leher Velios lalu diangkatnya. Dia membawa mata Velios setaraf matanya. Nekruis boleh dikatakan lelaki yang tinggi dari ramai kaum syaitan. Velios pula tidak setinggi Nekruis dan kakinya tidak mencapai tanah apabila diangkat Nekruis.

Gigi taring Nekruis kelihatan pada mulutnya dengan bunyi deraman mengancam. Velios tersengih. Pengetahuannya mengenai kaum syaitan ialah mereka spesies manusia juga tetapi terdapat perbezaan dari organ dalaman dan juga mempunyai kuasa. Salah satu khabar yang didengar tetapi kurang ngeri baginya ialah kaum syaitan memakan manusia.

"Nak makan aku...? Kamu... tak nak tahu kenapa kamu... mempunyai darah istimewa itu...?" Tanya Velios.

Nekruis tidak membalas. Dia sedar dia tidak tahu banyak mengenai darahnya selain empat perkara yang ditemuinya tanpa pertolongan apa-apa maklumat. Pertama, darahnya sedap untuk kaum syaitan dan menahan keinginan mereka untuk meminum darah manusia selama beberapa bulan. 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now