" Tak guna kamu!!" kata orang itu di mana penutup kepalanya telah menampakkan wajahnya.
Kelihatan dia adalah seorang lelaki dan dia memakai penutup mata yang tidak memperlihatkan warna anak matanya. Dia mencekik leher Zeliker dengan sebelah tangannya sambil tubuh Zeliker tersandar pada sebatang pokok yang berdaun merah. Semasa mereka jatuh tadi, dia terlepaskan Stiria daripada dakapannya dan kini Stiria terbaring di atas tanah. Zeliker berasa sesak nafas dan dalam keadaan itu, dia mengerling ke arah Stiria.
" Heh! Kamu lebih pentingkan dia dari nyawa kamu? Sememangnya kamu sama sahaja dengan orang lain yang pentingkan nyawa kawan mereka berbanding nyawa mereka sendiri.. Mati lah!" kata lelaki itu lalu mencekik Zeliker dengan lebih kuat.
" Urghh..." Zeliker berasa sakit pada lehernya dan akhirnya dia tidak sedarkan diri lagi.
" Hmm? Dia dah berhenti pernafasannya? Tetapi, jantungnya masih berdenyut perlahan. Biarlah, nanti mati juga dia," kata lelaki itu dalam hati lalu melepaskan leher Zeliker.
Zeliker jatuh terbaring.
" Neoleo!" panggil seseorang kepada lelaki itu.
Lelaki itu memandang ke belakangnya. Kelihatan seorang lelaki lain muncul di situ.
" Oh, Jaques. Kamu datang nak jemput aku kah?" Tanya Neoleo.
" Ya. Hm? Camna dia boleh bersama kamu pula?" balas Jaques, hairan.
" Dia serang aku masa nak ke sini. Dia tak sengaja masuk sekali dengan aku. Jadi, aku mestilah kena bunuh dia, kan?"
" Ya... Mengapa aku rasa macam pernah lihat dia ni?" kata Jaques lalu berjalan mendekati Zeliker.
Dia merenung wajah Zeliker.
" Aku pernah ke nampak dia ni? Rambut hitamnya sangat lebat. Malah, pelik betul untuk seorang lelaki memakai subang.. Dia pasti datang daripada keluarga yang kaya raya," fikir Jaques dalam diam.
" Dia dah mati lah," kata Neoleo kepadanya.
" Ya. Kita bukannya nakkan dia. Cepat angkat perempuan tu. Raja kita pasti gembira kalau lihat perempuan ni," balas Jaques lalu memandang Stiria.
" A'ah," Neoleo mengangkat tubuh perempuan itu semula.
Semasa mereka berdua ingin beredar, Jaques memandang sekali lagi ke arah Zeliker.
" Kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni? Siapa dia ni sebenarnya?? Dah lah pakai subang biru dan gelang corak rangka. Dia ni macam orang yang kejam. Mengingatkan aku pada budak kecil yang kejam tu pula.." katanya dalam hati lalu bergerak ke satu arah.
Tiba-tiba, dia terhenti. Dia memandang Zeliker semula dengan wajah berpeluh. Kemudian, dia bergerak mendekati Zeliker. Dia mengangkat kepala Zeliker untuk melihat wajah Zeliker dengan lebih dekat.
" Oi, apa yang kamu buat tu? Jangan buang masa bermain dengan tubuh yang dah nak mati," kata Neoleo.
" Me-Memang dia!!" jerit Jaques dan dia mengejutkan Neoleo.
" Jaques, kenapa dengan kamu?! Kenapa tiba-tiba menjerit?!" marah Neoleo.
" Neoleo, kamu tahu tak siapa dia ni?! Dia putera Negara Flink yang kena culik tu, Putera Zeliker Asterostes! Apa yang kamu dah buat?! Kamu bunuh putera Negara Flink, Neoleo!" beritahu Jaques dengan panik lalu meletakkan telinganya pada leher Zeliker.
Dia mendengar bunyi jantung Zeliker tetapi berhenti dengan tiba-tiba. Dia terkejut.
" Apa dia?!! Kamu berguraukah? Mustahil putera cam dia boleh berbaik dengan manusia. Dia siap bantu manusia lagi untuk menyerang aku tau tak. Mustahil dia adalah Putera Zeliker, Jaques," balas Neoleo yang merasakan Jaques ingin bergurauan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...