BAB 34: PERTOLONGAN DARIPADA XIUM

51 6 1
                                    

Jaques yang selama ini hanya melihat sahaja, tersentak dengan arahan tersebut. Dia terus mendapatkan Zeliker. Dia memunculkan sebuah dimensi ke penjara istana tersebut lalu membawa Zeliker pergi ke penjara itu.

" Xcerox dan Zelfon pasti hampa dengan kamu, Elgarb... Sedang mereka ingatkan kamu sepanjang masa tetapi kamu mengkhianati persahabatan kamu pada mereka pula.." kata Zeliker sebelum pintu dimensi tertutup.

Elgarb memandangnya sehinggalah dimensi itu hilang dari pandangan. Zeliker dibawa Jaques bersandar pada dinding penjara itu.

" Mengapa..? Mengapa tuanku lakukan perkara yang tidak sepatutnya ini? Tuanku patut sedar di mana tuanku berada. Malah, Raja Elgarb juga yang membenarkan patik merawat tuanku. Mengapa tuanku menyerangnya?" Tanya Jaques sambil menggari Zeliker dengan gari besi pada bahagian kaki, tangan dan leher Zeliker.

" Aku tak minta diselamatkan.." jawab Zeliker dengan tercungap-cungap.

Jawapannya menyentakkan Jaques.

" Aku juga takkan berterima kasih padanya.. Tapi, aku amat berterima kasih kepada kamu, Jaques.. Terima kasih kerana membiarkan aku hidup dan bertemu Stiria semula..." senyum Zeliker kepada Jaques.

" Tuanku.. Emm.. Maafkan patik, tuanku. Tuanku mungkin anak diraja Negara Flink tapi ini adalah tanggungjawab patik sebagai jeneral negara ni. Patik tak boleh melanggar arahan maharaja patik. Maafkan patik. Patik terpaksa menikam tubuh tuanku dan mengurung tuanku di sini," kata Jaques lalu memunculkan beberapa bilah lembing tajam.

Lembing-lembing itu terapung-apung di udara kerana kuasanya.

" Tak perlu minta maaf, Jaques. Kamu hanya lakukan tanggungjawab kamu dengan betul. Lakukannya sekarang sebelum kamu sendiri yang dihukum pula. Kamu tak perlu rasa bersalah," suruh Zeliker kepada Jaques apabila Jaques kelihatan teragak-agak untuk menikamnya. 

" Ma-Maafkan patik!" ucap Jaques lalu lembing-lembing itu menusuk bahagian kaki, tangan dan dada Zeliker.

Pada kali ini, Zeliker memuntahkan lebih banyak darah dan tubuhnya mengalirkan darah juga akibat ditikam semua lembing itu. Kepalanya tertunduk ke bawah.

" Ini tak sakit berbanding kesakitan meminum darah manusia. Dalam keadaan camni, mustahil aku boleh selamatkan Stiria. Stiria, maafkan aku.." kata Zeliker dalam hati.

Setelah menjalankan hukuman Juirenki iaitu menikam dengan menggunakan lembing, Jaques meninggalkan penjara itu. Zeliker masih sedar walaupun telah kehilangan banyak darah. Dia tidak senang hati kerana risau akan Stiria. Dia tidak mahu Stiria menjadi milik Elgarb. Malam menjelang dan itu adalah saat-saat yang dia gerunkan. Dia memasang telinganya dengan teliti. Tidak berapa lama kemudian, dia terdengar jeritan seseorang. 

" St-Stiria.. Urgh..." kata Zeliker dalam hati.

Dia berasa sangat bersalah dan terasa sengsara mendengar suara jeritan Stiria yang bersertakan tangisan.

" Maaf, Stiria.. Maafkan aku... Aku tak boleh buat apa-apa sekarang.. Aku tak dapat selamatkan kamu lagi. Maafkan aku.." ucapnya.

Suara jeritan Stiria menusuk kalbunya. Pada masa itu juga, dia terfikir untuk mati sahaja kerana berasa tiada gunanya dia hidup lagi. Tiba-tiba, dua belah tangan seseorang menutup telinganya. Dia tersentak.

" Jangan dengar kalau kamu tak nak dengar.." kata Xium yang menutup telinganya.

" Suara ni.. Xium? Xium, tolong aku.. Tolong selamatkan Stiria. Tolonglah.." pinta Zeliker dan disebabkan dia terlalu letih, dia pengsan selepas itu.

" Em.. Akhirnya, kamu tak sedarkan diri juga, Zeliker. Aku akan tolong kamu. Aku akan selamatkan Stiria. Begitu juga, lelaki tu.." kata Xium sambil mengusap-usap kepala Zeliker dengan lembut.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now