"Pada masa itu, beta belum lahir. Dan bonda beta belum lagi keluar dari unit askar. Jikalau kamu semua tanya beta daripada mana beta tahu cerita ini. Ini kisah daripada mulut Silvert sendiri." Zeliker menunding ke arah Elvert.
"Satu masa, kamu Silvert cedera parah ketika berlawan dengan seorang askar syaitan yang memihak pada manusia. Bonda beta menyelamatkan kamu dan semenjak itu, kamu hormat sangat-sangat pada bonda beta. Apabila bonda beta lihat kesungguhan kamu, dia melantik kamu sebagai pengawalnya."
Zeliker tidak nafikan bahawa riaksi Silvert apabila memandang Alinda bagaikan seorang yang hormat atau... seorang yang sedang jatuh cinta. Entah la, dia pun tidak pasti tetapi Silvert sememangnya setia kepada bondanya.
Sebelum Zeliker lahir, Zeliker terdengar khabar bahawa Silvert akan mengikut Alinda ke mana-mana sahaja kecuali kamar bilik diraja sehingga menjengkelkan Nekruis. Nekruis hampir membunuh Silvert dalam senyap jika tidak Alinda merenung dan memujuknya untuk menjauhi Silvert.
Setelah Zeliker lahir, ayahandanya tidak lepaskan peluang dengan mencampak Silvert kepadanya untuk dijadikan pengawal peribadi. Dengan ini, masa Silvert dan Alinda berjumpa dipendekkan. Jika diberi peluang, di mana Alinda tidak ada ikatan perkahwinan, Silvert, kemungkinan besar telah lama melamar bondanya.
Sayangnya, bondanya telah mempunyai ikatan perkahwinan dengan ayahandanya sebelum kedua-duanya lahir. Bondanya adalah anakanda Raja dan Permaisuri Negara Deldan, negara jiran Flink.
Sedang Zeliker termenung mengingat kisah yang diceritakan Silvert dahulu, semua orang di situ memandangnya dengan hairan kerana dia tiba-tiba diam.
"Zeliker? Apa yang terjadi selepas itu? Biar beta teka. Silvert dilantik sebagai pengawal peribadi kamu setelah kamu lahir, betul tak?" Tanya Ferrick.
Zeliker tersedar semula dan memandang Ferrick. Dia mengangguk. "Iya, segala keperluan beta, Silvert yang tolong uruskan. Dan dia juga tahu... Bahawa beta tidak boleh memakan manusia," ayat terakhirnya mengejutkan semua orang di situ.
"Mengapa tuanku tidak boleh makan manusia?" Yang lain daripada kumpulan Elvert telah lali dengan pertanyaan Zerwain. Oleh sebab Zeliker dan Ferrick tidak marah dengan soalan sensitif sebelum ini, mereka mendiamkan sahaja.
Malah, mereka juga ingin tahu masalah Zeliker tidak boleh memakan manusia. Apatah lagi, mereka tidak sangka putera syaitan juga mempunyai kelemahan itu. Rahsia ini mereka mesti menyimpannya.
Zeliker memberitahu kelemahannya itu menyebabkan mereka berasa gelisah. Kenapa Zeliker mempercayai mereka sedangkan mereka baru sahaja bertemu? Zeliker tidak takutkah jikalau rahsianya itu diketahui musuh? Musuh mereka boleh menderanya menggunakan daging manusia.
Elvert pula matanya terbeliak sedikit kerana hatinya rasa tidak selesa apabila Zeliker berkata dia tidak boleh makan manusia. Pada masa yang sama, dia berasa geram tiba-tiba kerana Zeliker memberitahu kelemahan itu kepada orang sekeliling mereka.
"Beta sememangnya dilahirkan sebegini atas sebab-sebab tertentu. Tapi bukan beta sahaja syaitan yang tidak boleh makan manusia," balas Zeliker.
"Dan salah seorangnya berada di sini," sambung Hetero sambil menunding jari kepada dirinya.
Zeliker mengangguk, memberitahu mereka bahawa Hetero tidak bergurau.
"Mungkin ini adalah satu hukuman. Hidup beta tidaklah seaman seperti putera puteri syaitan lain. Kelemahan beta ini menyebabkan beta tidak ingin menyertai apa-apa majlis mahupun diutuskan oleh ayahanda beta untuk wajib menghadirinya. Oleh sebab itu, ramai golongan syaitan diraja merasakan beta tidak siuman," Zeliker tersengih memikirkan cacian putera puteri walaupun hanya bisikan tetapi dengan pendengaran mereka sebagai syaitan, mudah saja dia mendengar ayat-ayat tersebut.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...