BAB 75: BUKTI PENYAKSI

49 5 0
                                    

Stiria memandang sepintas lalu ke semua arah sebelum menumpukan perhatian ke hadapan. Mengapa dia dan Nekruis dipanggil ke situ? Melihat keadaan, semuanya sangat serius macam penjaga mereka. Stiria mengenalpasti identiti semua orang di situ adalah ketua komander unit masing-masing.

Dia dan Nekruis diberikan kerusi untuk duduk tetapi Nekruis mahu berdiri dan memposisikan dirinya di belakang Stiria. Ia adalah untuk memastikan tiada sesiapa dapat mencederakan mereka. Walaupun belakang Nekruis menghala ke jalan keluar khemah itu, ia masih dikawal ketat oleh Ernes dan askar-askar lain. 

Ini kali kedua Nekruis berdekatan Ernes. Ernes tidak muncul selepas membawa mereka untuk dikurungkan. 

"Saya meminta maaf kerana memanggil cik dan tuan tanpa notis dahulu dan juga mengurung kamu berdua sekian lama," ucap Sishan.


*Sishan*

"Sebenarnya, situasi kita tidak berapa baik. Musuh kita telah menawan beberapa kawasan berhampiran. Walaupun keadaan masih seri, askar bantuan kita belum tiba pada masa yang sepatutnya akibat cuaca buruk di sebelah utara. Kini, bilangan tentera yang ada semakin berkurangan..." 

"... Maksud mereka jika mereka tidak dapat bertahan, kem ini akan musnah. Dan tenaga yang dikerahkan menjadi sia-sia. Hmph! Memang patut pun hal ini berlaku sebab keegoan mereka," kata Nekruis sambil menerangkan situasi tentera manusia.

"Ah... Kalau begitu, bukankah ia perkara buruk, ayahanda?! Manusia akan tewas!" Stiria panik tetapi wajah luarannya tenang.

"Anakanda, permainan yang ayahanda kenalkan kepada anakanda sebenarnya banyak membantu jika mereka mengikut dari awal. Tetapi mereka tidak melakukannya kerana ragu-ragu. Pertunjukan pertama kita di bukit dan kedua di kawasan hutan rimba sebelum ini sepatutnya telah membuktikan bahawa kita boleh dipercayai. Sayangnya, mereka tidak mempercayai kita juga. Disebabkan itu, keadaan menjadi begini... Dan kini, niat mereka terserlah..." 

Nekruis berasa hampa dengan ketua jeneral komander itu kerana tidak mengambil jalan yang sesuai. Kesilapan Sishan telah mengundang banyak kematian dan kekurangan tentera. Salah siapa? Diri sendiri la! 

Sishan dilihatnya masih tidak mahir mengambil peluang dari struktur kawasan peperangan dan cuaca yang elok sepanjang dua minggu itu. Sedangkan ia adalah kunci utama kemenangan. 

Lain la kawasan peperangan berlaku di tanah datar di mana hendak menyorok pun tidak dapat. Akan tetapi, pelbagai cara boleh difikirkan untuk berperang di tanah datar pula. Peluang yang telah berkali-kali ditunjukkan tidak diambil dan digunakan dengan sebaiknya. 

Tsk! Membazir sahaja masa dia dan Stiria dengan berada di situ. Lebih baik mereka beredar.

Stiria terdiam sejenak. Dengan kata lain, tentera manusia telah buntu dan ingin meminta pertolongan..? Daripada siapa? Mereka?!

"Kami telah meneliti strategi yang ditunjukkan kamu berdua. Saya juga tidak dapat berfikir sejauh itu. Oleh sebab itu, saya dan lain-lain dengan rendah diri meminta kerjasama daripada cik dan tuan untuk membantu kami..." Sishan memberitahu niat mereka akhirnya.

Stiria terkelu. Dia tidak terfikir untuk menjadi strategis di situ. Anggakannya, pada masa hadapan baru dia akan menggunakan ilmunya sebagai strategis. Iupun kalau diserang.

"Biar benar ni... Ke-Ketua Jeneral Komander meminta pertolongannya?" Mindanya menjadi cemas kerana jika dia menjadi strategis di situ, bukankah itu bermakna... Dia akan melihat peperangan sebenar di depan mata?!!

Bayangan mayat-mayat bergelimpang dan kecederaan askar dua musuh membuatkannya loya tekak semula. Bukan itu sahaja, tekanan untuk menanggung nyawa tentera yang mati disebabkan aturannya... Stiria menjadi tidak sanggup. Dia berasa takut yang amat.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now