" A'ah.. Maafkan patik.. Maksud patik, ya, tuanku," balas Silvert sambil membetulkan kata-katanya.
" Dia ni kan.. Sempat lagi betulkan ayat dia. Kenapa lah dia ni masih berdegil?" ngeluh Zeliker dalam hati.
Tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan satu letupan besar di medan perang. Kedua-duanya memandang ke arah tersebut. Mereka melihat seekor raksasa aneh yang besar. Tubuhnya diselaputi rumput dan terdapat banyak tangan yang diperbuat daripada kayu. Pada tubuhnya juga terdapat bunga-bunga besar yang mengeluarkan benih coklat. Apabila muncung bunga tersebut menghala ke suatu tempat, benih melayang ke arah itu dan meletup apabila terkena tanah. Malah, lubang pada tubuh raksasa itu seakan-akan mulutnya dan ia memakan manusia mahupun syaitan yang ditangkapnya di medan itu. Ia tidak mempunyai mata. Bunyi jeritan dan serangan tidak kira pada askar puak lain mahupun pada raksasa itu bercampur aduk.
" Apa tu? Raksasa tumbuh-tumbuhan..?" kata Silvert berasa pelik melihat raksasa tersebut.
" Sejenis raksasa pokok... Aku tak pernah lihat pun.. Dalam buku pun tiada yang mengatakan raksasa jenis ni ada.. Mungkinkah ia raksasa yang tersembunyi? Jika begitu, kenapa ia keluar menyerang pula? Sebab peperangan ni menggangu tempatnya kah?" fikir Zeliker dengan hairan.
" Kyaa!!! Tolong!!!" jerit seorang perempuan yang pernah berada di gerai makan sebelum ini.
Dia juga merupakan salah seorang pengembara daripada lima orang itu. Kelihatan perempuan itu ditangkap Keklapudos dengan tangan kayunya.
" Liyuna!" jerit seorang lelaki, pengembara yang mengatakan dia dan kawan-kawannya akan membantu peperangan yang berlaku kepada pasangan suami isteri di gerai makan sebelum ini.
Dia berlari ke arah raksasa itu sambil mengelak bom bunganya. Kemudian, dia melompat ke tangan yang menangkap Liyuna dan memotong tangan itu dengan sekali libasan. Seorang lagi lelaki yang merupakan kawannya menangkap Liyuna yang terjatuh.
" Terima kasih, Reuris! Kamu pun sama, Aiga," ucap Liyuna kepada Reuris yang melepaskannya daripada genggaman raksasa itu dan kepada Aiga yang menangkapnya daripada jatuh ke tanah.
" Liyuna! Aiga! Reuris! Sini! Sini!" jerit seorang perempuan lain pula kepada mereka bertiga.
" Shiruna.." sebut mereka bertiga lalu berlari ke arah perempuan yang menjerit itu.
Setelah mereka bertiga mendekati Shiruna, seseorang melancarkan kuasa api ke arah raksasa itu. Tubuh raksasa itu terbakar.
" Cayalah, Hetero!" kata Reuris, gembira kerana seorang lagi lelaki yang merupakan kawannya juga berjaya membakar raksasa itu dan kelihatan raksasa itu sedang menjerit kesakitan.
" Oh... Hebat juga mereka tu rupa-rupanya.." kata Silvert, kagum.
Zeliker memandang raksasa tersebut yang sedang menjerit kesakitan.
" Api memang adalah kelemahan spesies tumbuhan. Hmm? Apa tu??" kata Zeliker dalam hati.
Setelah raksasa itu jatuh ke tanah, tubuhnya menghilang dan muncul seorang perempuan yang tubuhnya masih terbakar.
" Kyaaa!!!" jeritnya dalam kesakitan.
Semua orang yang berada di situ terkejut melihat perubahan raksasa itu. Tubuh perempuan itu melecur dan akhirnya bertukar menjadi abu.
" Raksasa tu... Raksasa tu.. Manusia kan...?" kata Shiruna dengan riak tidak percaya.
" Entah lah.. Kita tak tahu dia spesies apa. Tapi yang pasti, dia bukan berada di mana-mana pihak.." balas Aiga.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...