"Tuanku, tuanku! Ada berita gembira dari Daerah Benter!" Seorang menteri berlari sambil berkata.
Tiba di hadapan Raja Lagendia, dia segera duduk hormat. Di tangannya menghulurkan sepucuk surat yang digamkan dengan cop Sishan.
Gesta membaca surat tersebut. Matanya terbeliak sebelum dia tersenyum. "Bagus, bagus! Mereka tidak menghampakan beta. Haha!" Tawanya.
Surat tersebut memaklumkan bahawa Daerah Benter telah selamat dilindungi dari serangan musuh. Kini, ia dalam proses pembersihan dan pembinaan semula.
"Hantar orang kita untuk membantu. Pampasan untuk pembinaan pula akan ditanggung oleh beta," titah Gesta.
"Ya, tuanku!"
Khabar kemenangan Daerah Benter sekaligus tersebar dengan pantas. Malah, ia juga membantu menaikkan semangat tentera manusia yang masih berperang di daerah-daerah lain. Cuma, satu sahaja yang dirahsiakan Sishan daripada Raja Gesta iaitu mengenai tukang strategi sementara mereka. Hal ini disebabkan identiti sebenar kedua-duanya yang meresahkan bukan dia sahaja tetapi beberapa orang lain yang mengetahuinya.
Sedang mereka memikirkan sesuatu, Stiria yang berada di sebuah bukit kecil sedang memandang ke arah bekas peperangan. Walaupun semua mayat tentera tidak kira pihak telah selamat dikebumikan beberapa hari lepas. Untuk pengebumian di rumah keluarga dilangsungkan sendiri.
Peperangan yang disangka tiada harapan oleh semua tentera tiba-tiba berubah kepada lebih baik. Walaupun begitu, mereka masih tidak tahu bahawa ada strategis hebat di sisi mereka. Mereka hanya mengikut arahan dan melakukan semua taktik yang disuruh komander mereka.
Kemenangan yang tidak dijangka membuatkan mereka teriak dengan kuat selepas tamatnya peperangan. Teriakan gembira dan sedih itu kedengaran di seluruh medan itu. Selama dua bulan berperang, titik peluh mereka akhirnya membawa hasil.
Air mata Stiria yang telah lama dipendamnya menitis keluar. Ini adalah kemenangan pertamanya. Perasaan tersebut sukar diterjemahkan. Nekruis yang tidak sekalipun jauh daripadanya menepuk belakangnya dengan lembut.
Sepanjang Stiria mengawal peperangan, adakala jeneral-jeneral komander menyoal keberkesanan strateginya. Lantas, Nekruis akan memberi renungan tajam kepada mereka. Selepas itu, Stiria menerangkan keadaan pemilihan strategi itu sambil dibantu Nekruis dalam mindanya.
Walaupun ramai yang kurang percaya, mereka tetap melakukannya. Hasilnya, mereka menang beberapa kawasan sebelum menamatkan peperangan besar di Syaix, salah satu tempat Daerah Benter. Dengan ini, nama Rinista dan Nolvo tersemat dalam minda semua komander sepanjang masa. Kemenangan mereka kali ini tidak dinafikan disebabkan bantuan dua orang ini.
Walaupun begitu, apabila keadaan semakin tenang, Meissa dan Falco terasa masa itu sesuai untuk menyiasat identiti Nekruis dan Stiria lantas menghantar orangnya untuk mencari maklumat. Dan baru beberapa hari lepas, dia menerima maklumat yang digeruni. Maklumat tersebut tidak ramai yang tahu selain Meissa, Falco dan kepada Sishan yang diberitahu Meissa secara rahsia.
Kini, mereka bertiga sedang berbincang di sebuah bilik di Bandar Quon dalam Daerah Banter. Tiada sesiapa selain mereka di dalam bilik tersebut. Anak-anak buah yang dibawa hanya dua orang telah diarahkan tunggu di luar bilik itu. Suasana dalam bilik itu terlalu serius dan kelam. Masing-masing merenung ke meja di hadapan mereka.
"Tuan, kemunculan raja syaitan Nekruis di sini sangat serius!" Kata Farlo.
"Saya tahu!" Balas Sishan.
Farlo memandang Meissa pula. Dia tidak akan mengetahui identiti Nekruis jikalau bukan disebabkan dia didengar Meissa ketika dia memberitahu identiti Stiria kepada Sishan. Sekaligus, Meissa menambah mengenai identiti sebenar Nekruis pula.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...