Arnialaz memandang ke arah tenggara. Begitu juga bayang Zeptas. Perlawanan mereka terhenti setelah mendengar bunyi bos raksasa itu.
"... Aku bukan musuh kamu. Aku datang dari Nyuter. Urusan aku ialah dengan Zeliker Asterostes," kata Arnialaz.
Larkanos dan Zeptas memandang satu sama lain. Zeptas menghilangkan bayangnya dan menghairankan Arnialaz. Zeptas kemudiannya bergerak mendekati Arnialaz bersama Larkanos yang memakai topengnya semula. Mereka memandang satu sama lain dan mendiamkan diri selama beberapa minit. Masing-masing sedang mencari ayat yang sesuai. Suasana senyap itu dipecahkan Larkanos terlebih dahulu memandangkan Zeptas masih belum mahu menanya identiti Arnialaz.
"Keadaan tidak mengizinkan kita berdolak dalik dengan pertanyaan yang bukan-bukan. Kita semua ada seseorang yang ingin kita bertemu dan lindungi, bukan?" Tanya Larkanos.
Arnialaz sekadar mengangguk kepalanya walaupun dia hairan dengan pertanyaan itu. Tidak salah dia memberikan jawapan itu kerana sememangnya dia tahu adik bongsunya, Zeliker berada dalam istana. Sebagai abang tertua di antara mereka, dia perlu memerhatikan Zeliker dan melindungi Zeliker di tempat Nekruis dan Alinda.
"Oleh itu, maafkan aku menanya secara terus terang dan berharap kamu juga dapat menjawab soalan kami dengan terus terang juga. Sebelum itu, aku patut perkenalkan diri dahulu. Nama aku Ernes Zahlan tetapi nama sebenar aku... Larkanos Asterostes, putera kedua Flink."
"Dan aku, Zeptas Asterostes, putera ketiga Flink, juga dikenali sebagai Vermian Sholwa, salah seorang penolong ahli Eidolon," kata Zeptas pula.
Arnialaz terbeliak dan ternganga sedikit mendengarnya. Dia memandang kedua-duanya berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya mendengar kedua-dua identiti itu.
"Mustahil, mustahil! Ka-Kamu berdua...! Kamu berdua masih hidup?!" Tanyanya dengan gagap.
"A'ah. Kamu... Kamu siapa? Adakah kamu-...?!" Belum sempat Larkanos menghabiskan ayatnya, dia dan Zeptas dipeluk Arnialaz dengan kuat.
Mereka tersentak sebelum kembali tenang. Mereka memeluk Arnialaz juga dengan erat. Mereka tidak perlu mengesahkan identiti Arnialaz kerana tindakan ini telah memberikan jawapan kepada mereka.
"Kanda Arnialaz...?" Sebut Zeptas perlahan.
"Em!" Arnialaz membalas tetapi tidak mahu lepaskan mereka. Dia tidak langsung curiga dengan identiti mereka.
Hal ini disebabkan dia telah melihat wajah kedua-duanya dan menyedari bahawa Larkanos dan Zeptas mempunyai sedikit iras dengan wajah lepas mereka. Cuma, kedua-duanya telah dewasa. Apabila terdengar suara bos raksasa itu lagi, dia terpaksa melepaskan pelukannya.
"Kita tiada masa. Kanda ingin bertemu adinda Zeliker. Kanda juga mahu tahu bagaimana kamu berdua masih hidup dan kanda akan beritahu situasi kanda juga pada 20 tahun yang lalu kemudian," katanya kepada mereka berdua.
Larkanos dan Zeptas mengangguk faham. Mereka bertiga akhirnya dapat bergerak ke arah istana. Zeptas memakai sarung kepalanya semula. Menggunakan deria, Arnialaz dan Larkanos tiba di dataran bersama Zeptas untuk bertemu Mellinda dan Iris.
Iris segera mendekati Larkanos yang menuju ke arahnya. Dia pelik memandang Zeptas dan Arnialaz bersama Larkanos. Mellinda yang sedar Arnialaz sudah tiba di situ juga menghampiri kumpulan kecil mereka.
"Mak cik, mana Zeliker?" Tanya Arnialaz yang tidak melihat Zeliker di dataran itu.
"Kamu dah terlambat. Zeliker telah keluar dan mak cik tidak tahu dia ke mana," jawab Mellinda.
"Apa?!" Arnialaz, Larkanos dan Zeptas tersentak mendengarnya. Ke mana adik mereka pergi dalam keadaan ini? Takkan adik mereka pergi ke tandas pula...
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...