[Tahun 5457, 23 Oktober, 9.10 AM...]
Gizelis memasuki sebuah bilik. Bilik itu luas dan cantik. Gizelis berjalan mendekati sebuah meja yang mempunyai sebuah jug air dan segelas air. Gizelis mengambil gelas air itu lalu meminumnya.
" Heh! Rasa bancuhan air Riseptos memang melegakan.. Rasa bunga ros.." kata Gizelis.
" Aku harap mereka semua tidak buat hal. Aku dah pun ajar hampir segala-galanya kepada mereka semua.." fikir Gizelis berasa risau.
Seseorang mengetuk pintu biliknya. Gizelis menyuruh orang itu masuk.
" Gizelis, tempat tu dah disediakan. Kamu dah bersedia?" tanya Ashla yang masuk ke bilik itu.
" Ya.. Lawan aku?"
" Juga bersedia.."
" Terima kasih, Ashla," ucap Gizelis sambil tersenyum.
Gizelis teringat dia berjumpa Riseptos pada waktu pagi di mana Xcerox dan Stiria telah pulang ke istana semula.
" Ah, Gizelis!" Riseptos terus memeluknya dengan gembira.
" Haha.. Aku tak boleh bernafas ni, Riseptos.." gelak Gizelis.
" Dah lama tak nampak kamu. Kamu sibuk nampaknya, Gizelis.."
" Ya, bolehlah. Hei, Riseptos, aku nak kamu lakukan sesuatu untuk aku," kata Gizelis.
" Apa dia?"
" Tolong jadi lawan aku masa latihan minggu depan. Malah, aku nak kamu gunakan kuasa kamu sepenuhnya menyerang aku."
" A-Apa?! Kamu betul-betul nak aku jadi lawan kamu untuk latihan?! Tapi, kamu akan cedera nanti kalau aku serius menyerang kamu!"
" Itu lah yang aku mahukan. Lagipun, aku perlu jadi sekuat yang mungkin. Aku tak mempunyai masa yang banyak sebelum perlawanan sebenar bermula bulan depan. Tolong jadi lawan aku, ya?" pinta Gizelis.
" Erm... Baiklah kalau kamu dah kata begitu.. Jangan salahkan aku kalau kamu patah tulang ke apa ke nanti.."
" Terima kasih, Riseptos!"
" Aku dah bersedia.." kata Gizelis semasa berada di hadapan Riseptos.
Kini, dia dan Riseptos berada di dalam sebuah collesium perlawanan yang boleh memuatkan 50 ribu orang di dalamnya.
" Jangan menyesal pula, ya Gizelis," kata Riseptos.
" Mengapa aku nak menyesal pula? Aku yang ajak kamu lawan aku.. Boleh kita mula, Riseptos?" balas Gizelis.
" Marilah!" kata Riseptos, bersiap sedia.
Gizelis berlari ke arah Riseptos.
[Tahun 5457, 23 Oktober, 1.10 PM...]
" Fuh... Nasib baiklah, putera Xcerox dan puteri Stiria tidak memberitahu Enta ni salah seorang penculik. Kalau tidak, masalah kita," ngeluh Dian.
Zeliker, Dian dan Enta baru sahaja memasuki sebuah bilik yang disediakan khas untuk mereka bertiga. Bilik itu luas dan mempunyai tiga buah katil.
" Mengapa mereka tidak buka mulut? Aku kan penjahat.." tanya Enta.
" Kamu memang nak mereka tangkap kamu ke setelah Zeliker berpenat lelah menyelamatkan kamu? Cubalah kamu hargai nyawa kamu tu!" balas Dian.
" Ermm..."
" Zeliker, kenapa kamu senyap?" tanya Dian apabila tidak mendengar suara Zeliker semenjak masuk ke bilik itu.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...