BAB 31: STIRIA DICULIK SYAITAN ISTIMEWA

49 4 0
                                    

Semua orang di situ terkejut mendengarnya. Gizelis dan kawan-kawannya terus meninggalkan majlis tersebut. Flare, Reuris, Aiga, Liyuna dan Shiruna memandang satu sama lain.

" Mari kita bantu juga," ajak Reuris kepada kawan-kawannya.

Kesemuanya bersetuju. Mereka terlupa akan Hetero yang sepatutnya bersama mereka.

" Ashla! Frix! Kamu berdua tinggal di sini. Serahkan pada yang lain," arah Raja Sektar kepada mereka berdua yang baru sahaja ingin meninggalkan tempat itu.

" T-Tapi, tuanku!" kata Frix.

" Kamu berdua baru sahaja disatukan. Beta percaya, Zeliker dan kawan-kawannya akan menyelamatkan anakanda beta. Sila jangan tinggalkan tempat ni.." suruh Raja Sektar.

" Erm.. Baiklah, tuanku," balas Ashla dan Friz serentak.

" Zeliker... Kamu sanggup langgar arahan beta semata-mata nak selamatkan Stiria kah? Jikalau begitu, kamu harus membuat pilihan selepas ini.." fikir Raja Sektar.

" Anakanda Zelfon, anakanda dan Putera Xcerox hendak ke mana?" Tanya Raja Elamos apabila Zelfon dan Xcerox ingin beredar secara senyap-senyap dari situ.

" Err... Tak ke mana-mana, ayahanda," jawab Zelfon dengan wajah berpeluh.

" Anakanda Xcerox, jangan risau.. Percayakan Zeliker dan kawan-kawannya," kata Raja Sektar kepada Xcerox.

" Haa... Ya, ayahanda.." balas Xcerox dan dia berasa gelisah terhadap keselamatan adiknya.

" Zeliker, selamatkan adik aku..." katanya dalam hati pula.

" Lepaskan dia!" kata Riseptos sambil menyerang orang berjubah itu.

" Tak boleh. Aku perlukan dia.." balas orang itu.

" Siapa kamu ni?! Apa yang kamu nak buat pada tuanku?!"

" Aku tak perlu jawab soalan tu.."

Tiba-tiba, dia terasa seseorang menyerang dari belakang lalu mengelaknya.

" Zeliker!" kata Riseptos dengan gembira.

" Riseptos, siapa dia ni?" Tanya Zeliker kepada Riseptos.

" Entah lah. Kita kena selamatkan Puteri Stiria!"

" Baiklah."

Zeliker dan Riseptos menyerang orang itu dengan melibas pedang mereka ke arah orang itu pada masa yang sama. Orang itu melindungi dirinya dengan memunculkan perisai pertahanan.

" Apa?!" Zeliker dan Riseptos terkejut orang itu menggunakan kuasa.

Apabila pedang mereka berlanggar dengan perisai tersebut, kedua-duanya terpelanting ke belakang dan melanggar tiang simen istana.

" Urgh... Riseptos, kamu tak apa-apa?" Tanya Zeliker lalu bangun semula.

" Ya.. Tapi, kenapa dia boleh gunakan kuasa pada malam kesyukuran? Sepatutnya semua syaitan tak boleh gunakan kuasa mereka malam ni," balas Riseptos dengan hairan.

" Dia bukan syaitan biasa, Riseptos. Dia spesies istimewa. Riseptos, jangan lawan dia. Spesies istimewa lebih kuat apabila munculnya malam bulan merah. Biar aku berlawan dengannya sebab aku juga spesies istimewa," kata Zeliker lalu memunculkan sebilah pedang lagi.

" A-Apa?? Spesies istimewa? Zeliker, apa spesies istimewa ini?" Tanya Riseptos, kurang faham.

" Spesies istimewa adalah syaitan evolusi yang paling kuat. Kamu juga sama nampaknya, budak rambut hitam," sampuk orang itu lalu memandang ke arah Zeliker.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now