BAB 103: TAHAP KEKUATAN

45 2 1
                                    

Di kawasan barat daya Istana Neza...

"Eshna, dinding ni boleh ditutup ke?" Tanya seorang lelaki sambil memandang ke arah lubang dinding Iljásk yang terbuka disebabkan raksasa gergasi sebelum ini.

Seorang perempuan dipanggilnya itu mengerutkan dahi. "Kita belum ada maklumat dari Tuan Gustier. Keadaan di luar juga tidak tahu."

"Hmph! Baik kita pergi tengok keadaan di luar! Dan bantu apa-apa yang patut," kata seorang lelaki lain.

"Virjan, arahan Tuan Aster ialah memastikan raksasa dari luar tidak memasuki benua ini. Kamu ingin dihukum kah?" Tanya Eshna.

"Tsk! Tapi dah takde raksasa yang memasuki sini. Ketua pun dah bergerak untuk melawan bos raksasa. Jadi, apa perlu kita buat lagi?" 

"... Tunggu dan lihat..." Kata lelaki yang sebelum. 

Dia berasa tidak sedap hati kerana merasakan mudah sangat untuk mereka mengalahkan semua raksasa di situ. Sedangkan pengawal-pengawal luar Iljásk telah diserang dan tidak mampu menghalang dinding Iljásk dari dibuka musuh mereka. Memandangkan keadaan masih tidak dirasanya selamat, dia tidak benarkan sesiapa dari ahli kumpulan Ballista di situ memasuki lubang ke luar benua. Dia tidak mahu rakan-rakannya mengundang bahaya yang menanti di luar.

"Klunan, kamu fikir luar benua ada masalah?" Tanya Eshna yang melihat riak serius lelaki itu.

Klunan mengangguk. "Raksasa yang kita kalahkan bawah dari tahap 'Spiritual'. Tapi, pengawal Iljásk semuanya berada di tahap atas dari 'Spiritual'. Cërköî yang buka lubang ini pun hanya berada di peringkat 'Spiritual'. Mustahil raksasa yang menyerang benua kita selembik ini."

(Aturan tahap kuasa: 'Mortal', 'Rebirth', 'Enlightment', 'Spiritual', 'Saint', 'Divine', 'Godly' dan terakhir, 'Eternal')

Setelah mendengarnya, Eshna, Virjan dan ahli Ballista yang telah berkumpul semula merasakan ada benar dari kata-katanya. Mereka juga pelik kerana melawan raksasa yang lemah daripada mereka.

"Aku rasa tak sedap hati la, Zella," kata rakan mereka seorang lelaki lain kepada seorang perempuan di sebelahnya.

"Shh, Janiq! Lagi kau fikir lagi bimbang kami semua," balas Zella.

"Erm... Sembilan orang telah dibawa ketua pergi melawan bos raksasa. Yang tinggal 17 orang daripada kita. Apa perlu kita buat, abang Klunan, kakak Eshna?" Tuju seorang budak perempuan di antara dua orang lelaki.

Tiada sesiapa akan menyangka ahli Ballista bukan setakat orang dewasa tetapi juga bercampur dengan kanak-kanak. Ada lima orang kanak-kanak bersama mereka; dua lelaki dan tiga perempuan. Semua orang memandang ke arah Klunan dan Eshna. Selalunya jika ketua mereka tiada mereka akan mendengar arahan Maryn atau Ken. 

Kalau ketiga-tiganya pula tiada, mereka mendengar arahan daripada Klunan dan Eshna yang merupakan tahap 'Saint' yang tinggal manakala yang lain semuanya berada di tahap peringkat tengah dan akhir 'Spiritual'. Mereka lebih hormat arahan daripada ahli Ballista yang memiliki tahap kuasa tinggi daripada mereka.

Eshna memandang Klunan. "Lubang ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," ujarnya.

Klunan memahami maksud di sebalik yang ingin dikatakan Eshna. "Kita tidak tahu apa yang akan muncul selepas ini. Semua orang, buat perisai dan perangkap dimensi gergasi!" Arahnya.

"Baik!" Balas mereka semua.

Tiga orang setiap kumpulan berpecah ke sudut berbeza di bawah lubang tersebut. Manakala Klunan dan Eshna menunggu di tengah-tengah. Tubuh Klunan bersemuka dengan hadapan Eshna yang menghadapnya. Mereka berdua membaca mantera yang sama sambil senjata mereka terapung-apung dan mengelilingi mereka berdua. Senjata Klunan berbentuk kipas perak. Manakala senjata Eshna berbentuk seruling emas.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now