"Erm... Aku musykil tentang sesuatu la," kata Aiga.
"Hm? Apa?" Tanya Reuris bersebelahannya.
"Duo dihalau ke luar benua, bukan? Jadi, pada masa itu, pengetahuan tentang luar benua telah diketahui. Maklumat mengenainya pasti telah dihilangkan selepas itu. Malah, jika manusia, syaitan dan Duo tahu mengenai luar benua, mereka juga pasti tahu kebahayaan luar benua. Tapi, semua kaum masih hidup. Kenapa mereka hilangkan maklumat tersebut? Jika dahulunya kita menyedarinya bukankah ia lebih baik untuk semua orang pada zaman ini?
Dan kini setelah mendengar cerita Elgarb dan juga melihat pengetahuan Elgarb terhadap peta di tangannya, kemungkinan Ballista wujud selepas kejatuhan pemerintahan Duo. Dan aku rasa la kan... Menghilangkan benua ini secara tidak langsung juga mahu Duo yang dihalau keluar tidak dapat mencari benua ini semula. Sehingga hari ini, aku tertanya-tanya mengenai musuh yang menyerang kita dan boleh mengawal semua raksasa tersebut. Dia juga kelihatan seperti manusia. Kamu rasa... Dia adalah keturunan Duo yang dihalau? Tidak mustahil jika dia ingin memusnahkan benua ini disebabkan faktor ini." Aiga membuat andaian.
Suara perbualan mereka walaupun diperlahankan masih dapat didengar oleh ramai orang dalam dewan itu.
"Aiga!" Reuris menekup mulut Aiga.
Dia sedar mereka diperhatikan semenjak Aiga menceritakan andaiannya. Tubuhnya berpeluh apabila memikirkan kata-kata Aiga. Bukan dia sahaja, ramai orang yang mendengarnya mula pertikaikan ayat Aiga itu.
"Tuanku, benarkah?"
"Mungkinkah musuh ialah keturunan Duo masa lepas?" Tanya beberapa orang.
Nekruis, Sektar, Aster, Ken dan Maryn kelihatan biasa walaupun dalam diam mereka juga tiada maklumat mengenainya. 2000 tahun sudah berlalu. Rekod Ballista juga tiada apa-apa yang menceritakan kenapa ia diwujudkan di awal permulaannya. Musuh juga tiada rekod. Mereka hanya tahu Ballista wujud lebih dari 1000 tahun yang lalu. Hanyalah kisah yang dibawa mulut ke mulut dan kemudian ditukarkan dari abad ke abad. Ahli Ballista masa kini tidak tahu kisah sebenar di sebalik objektif Ballista pada permulaan kewujudannya. Walaupun begitu banyak spekulasi yang hampir sama dengan andaian Aiga telah difikirkan mereka.
"Ballista tidak merekod maklumat permulaan ia wujud. Kami hanya tahu ia wujud sebelum 1000 tahun yang lalu. Dinding Iljásk pula, kegunaannya mula direkodkan pada 500 tahun yang lalu. Itupun mengikut kajian ahli Ballista pada masa itu mengenainya. Berkenaan dengan musuh yang menyerang pula, kemungkinan apa yang... Apa nama kamu?" Aster memandang Aiga.
"Aiga Laster, tuan!"
Aiga berdiri sambil memberitahu namanya. Jantungnya berdegup laju apabila diberi perhatian. Tubuhnya berpeluh kerana dia merasakan dia melakukan kesilapan mengatakan ayatnya yang sebelum ini. Dia terlupa ramai orang di situ mempunyai pendengaran luar biasa.
Aster mengangguk. "Kemungkinan apa yang Aiga katakan betul. Identiti musuh sayangnya masih belum dapat dikenal pasti."
Semua orang tercengang mendengar jawapan Aster. Dengan kata lain dinding Ballista dan Iljásk serta kaum Duo adalah suatu misteri yang tidak selesai lagi?!
"Hmph! Jawapan kepada ini bukankah ada seseorang yang boleh menerangkannya? Ensikopledia kita..." Kata Nekruis sambil memandang Elgarb.
Elgarb terkelu. Dikatakan dirinya bagaikan ensiklopedia terlalu besar maknanya kepadanya.
"Erm... Apa-apa pun perkara ini akan diketahui semua kemudian selepas keputusan tuanku inginkan Lost Winged dikalahkan. Semua maklumat Lost Winged boleh diperolehi setelah itu. Oleh itu, apa keputusan tuanku semua?" Tanyanya segera.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...