BAB 86: INGIN KE NEGARA MIKO

42 5 3
                                    

Dua orang lelaki berpakaian pengawal istana Eskimos berjalan di kawasan taman istana sambil memandang sekeliling untuk keselamatan.

"Hei, Dian..."Panggil salah seorangnya kepada rakannya.

"Hm? Apa dia, Enta?" 

"Kenapa kamu tak sertai peperangan?" Tanya Enta dengan riak hairan. Telah lama dia ingin menanya Dian tetapi setiap kali dia ingin menanya, Dian dibawa pergi oleh Bekura untuk eksperimen ataupun Dian dipanggil untuk bertugas di kawasan lain dalam istana.

Dian diam sejenak kerana terkenang sesuatu. Dia memberikan Enta senyuman kecil.

"Dahulu, aku ada berjanji dengan Zeliker. Aku akan melindungi Eskimos supaya dia ada tempat untuk pulang dari pengembaraan dia..." Terang Dian.

"Sekarang tidak perlu lagi, bukan?"

"Huh? Maksud kau?" Dian hairan.

"Zeliker telahpun memiliki tempat tinggal di Miko. Jika kamu masih ingin menjaga tempat kepulangan Zeliker, Eskimos bukan lagi tempatnya."

Dian termangu sebentar sebelum dia menyedari sesuatu.

"A'ah, betul juga, kan! Kenapa aku tak terfikir untuk ke sana selama ini?! Ah, Enta kamu memang bijak!" Dian menepuk belakang Enta.

Enta menggulingkan matanya sebelum dia memberikan senyuman kecil. Dian jika tidak ditegurnya pasti masih menunggu di situ.

"Jom pergi ke pejabat pengawal untuk berhenti," ajak Dian yang tidak sabar-sabar untuk beredar.

"Hei, tunggu dulu, Dian. Kamu kena beritahu Bekura." Enta memegang sebelah bahu Dian yang telah berjalan ke satu arah.

Tubuh Dian kaku mendengar nama Bekura. Dia memaling ke arah Enta dengan riak pucat.

"Boleh tak kalau aku tak nak jumpa dia...?"

Enta mengeluh. Selama setahun ini, Dian masih belum dapat menghilangkan ketakutannya kepada Bekura sedangkan dua beradik ini telah bersama selama setahun. Enta menggeleng kepalanya.

"Jika kamu tak nak kena eksperimen lagi teruk baik kamu beritahu Bekura ke mana kamu pergi, Dian. Jika tidak... Kehilangan kamu 'kali' ini apabila ditemui Bekura lain 'kali' mungkin 'berkali-kali' ganda lebih teruk eksperimennya ke atas kamu dijalankan. Kamu nak ke?" Enta menerankan katanya-katanya.

Mendengar maksud tersirat dari mulut Enta membuatkan seluruh tubuh Dian kecut dan menggeletar. Tiada sesiapa tahu betapa teruknya eksperiman kakaknya selainnya.

"Jom." Enta menarik kolar baju perisai Dian untuk memaksanya mengikutnya pergi kepada Bekura. Dian kaku tanpa mampu bergerak sendiri dan disebabkan itu Enta menyeret tubuhnya.

Bilik eksperimen Bekura berada di bawah tanah dan tiada sesiapa yang tahu mengenai eksperimennya selain Sektar, Menteri Dasu, Dian, Enta dan Gizelis. Enta tahupun kerana sentiasa diheret sama apabila Dian dipaksa Bekura ke bilik eksperimen. Manakala Gizelis, kali pertama melihat Bekura melakukan eksperimen ke atas Dian hingga menyebabkan Dian pengsan, tidak lagi mahu pergi ke bilik tersebut. Sebaliknya, dia akan menjauhi Bekura sejauh mungkin supaya tidak menjadi bahan eksperimen seterusnya jikalau tiba-tiba Bekura bosan dengan Dian. Sektar dan Menteri Dasu hanya memandang tanpa melihat sahaja perbuatan Bekura ke atas Dian dan langsung tidak menghalangnya. Mereka tidak mahu membuatkan Bekura hilang semangat terhadap eksperimennya.

"Cik Bekura, saya dah bawakan Dian," kata Enta. Ayatnya bagaikan dia telah disuruh membawa Dian ke situ dari awal. Dian yang mendengar memandang Enta dengan mata terbeliak.

"Ka-Kamu...!" Belum sempat dia ingin meradang ke arah Enta, pintu bilik eksperimen itu dibuka dari dalam.

"Oh, my favourite brother!!" Bekura berlari memeluk Dian dari belakang hingga menyebabkan Dian kaku sekali lagi sebelum tubuhnya longlai jatuh ke lantai. "Ah, apasal pulak ni?" Bekura kelihatan keliru.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now