BAB 73: PERMAINAN STRATEGI

38 6 0
                                    

Selepas mendengar impian Stiria, Aidan mula lali. Dia merasakan impian tersebut tidak mustahil tetapi sukar. Jarang untuk perempuan mengendalikan peperangan yang membawa ramai nyawa.

"... Buat masa ini, kami terpaksa mengurung kamu berdua. Jika dalam seminggu tiada apa-apa yang berlaku, kami akan hantar kamu keluar dari sini ke tempat yang lebih selamat." Dia membuat keputusan.

Stiria dan Nekruis hanya boleh bersetuju dan mereka ditempatkan di sebuah khemah yang dijaga oleh askar di setiap sudut bahagian luar manakala dua askar di dalam. Kemungkinan disebabkan Nekruis, mereka menjadi lebih berwaspada.

"Mereka tidak kenal..." Stiria memandang Nekruis dan Nekruis menangkap maksud ayat tergantungnya.

"Ayahanda telah lama tidak keluar dari istana. Wajah ayahanda telah dilupakan nampaknya," beritahu Nekruis ke dalam minda Stiria. 

Stiria terkejut mendengar suara Nekruis di dalam mindanya. "Kita boleh bercakap macam ini? Kuasa apa ni?" Dahulu, Xium juga menggunakan kuasa ini untuk bercakap dengannya.

"Gelombang suara. Manusia tidak memiliki kuasa. Jadi tidak dapat menggunakannya," jawab Nekruis.

Nekruis sedar dua syaitan yang menjaga mereka di dalam khemah itu menyedari dia dan Stiria berbual melalui kuasa tersebut. 


Akan tetapi, riak mereka sahaja yang tajam menumpu ke arahnya. Mereka tidak berbuat apa-apa untuk menghalang dia dan Stiria berbual menggunakan kuasa tersebut disebabkan ketua mereka memberi sedikit kebebasan untuk Nekruis dan Stiria bergerak di dalam khemah itu. Cuma, tidak dibenarkan keluar sahaja.

Setakat ini, khabar kehadiran mereka dan dikurung telah diketahui semua askar di kem itu. Ada yang hairan dan ada yang munsykil dengan kemunculan mereka. Hal tersebut membuatkan mereka ingin tahu identiti kedua-duanya. Malangnya, berada di medan perang menyukarkan penyiasatan tersebut. Mereka perlu tumpukan perhatian terhadap serangan askar syaitan walaupun malam menjelma.

"Ayahanda, tidak bahayakah kita tidak menyorokkan rupa kita?" Tanya Stiria.

"Anakanda tidak perlu risau. Ayahanda telahpun menggunakan kuasa ilusi ke atas wajah kita. Dalam pandangan orang lain, wajah kita dilihat kali pertama boleh diingat tetapi selepas beberapa minit ia akan pudar dari memori mereka."

"Kuasa ayahanda memang hebat. Patut lah ayahanda tidak panik apabila mereka terjumpa kita tadi," puji Stiria dengan jujur.

Rupa-rupanya Nekruis telah menggunakan kuasanya untuk mengelirukan orang sekelilingnya. Jika begitu, hanya dia sahaja yang boleh melihat wajah sebenar Nekruis dengan lama.

"Mari kita sambung pembelajaran anakanda yang sebelum pendatang asing datang tadi." Nekruis memunculkan sebuah meja. 

Kemunculan meja itu menyentakkan dua orang penjaga mereka. Kedua-duanya menyentuh senjata di sisi pinggang mereka. Nekruis mengendahkan mereka dan memunculkan dua kerusi dan satu peta kawasan. Kemudian, sejumlah buah catur manusia dan syaitan pula muncul di tepi peta.

Kiraan 1 buah catur manusia dan syaitan ditulis bersamaan dengan 10,000 unit tentera. Ada juga buah catur bertulis 5,000, 1,000, 500 unit dan 200 unit. Paling rendah ialah buah catur 100 unit. Warna buah catur; manusia, putih, manakala syaitan, hitam tetapi memandangkan askar Stiria ada dua kaum, bentuk buah catur syaitan Stiria menjadi putih selepas Stiria menyentuhnya. 

Terdapat satu butang tolak untuk ke aras bawah, tengah dan atas di belakang semua buah catur tersebut. Selain itu, pada pergelangan Nekruis dan Stiria muncul dua gelang yang menterterakan nombor sebanyak '100PT' (100 mata). 

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now