"Bwah!" Zeliker memuntahkan segumpal darah kerana ditumbuk seorang syaitan musuh. Kelihatan syaitan tersebut ialah komander sepertinya.
Mereka berdua sahaja yang berlawan di satu kawasan. Tentera-tentera Zeliker dan komander syaitan itu mengelilingi perlawanan mereka sambil cuba menghalang satu sama lain daripada menyerang hendap terhadap Zeliker dan komander syaitan itu. Jika salah seorang daripada mereka dikalahkan, tentera bawah mereka akan mendapat semangat baharu untuk berjuang.
Zeliker tidak boleh kalah dalam perlawanan ini. Peperangan ini adalah penentu kemenangan mereka atau tidak. Jika dia berjaya membunuh komander itu, tentera musuh akan kehilangan seorang lagi komander dan dapat melemahkan kekuatan musuh mereka. Komander syaitan itu juga berfikiran sama.
Dia tidak tahu identiti Zeliker kerana topeng yang dipakai Zeliker. Jikalaupun dia tahu, keadaan peperangan tidak dapat memberinya masa untuk berfikir mengenainya.
Zeliker menolak senjata mereka yang menekan satu sama lain sebelum menggunakan kuasa tanah untuk melekatkan kaki komander syaitan itu. Komander tersebut mengelaknya dengan pantas. Lawan Zeliker kali ini mempunyai refleksi yang bagus. Dia telahpun bertemu pelbagai komander di dalam peperangan itu dan semuanya tidak mudah dikalahkan. Sememangnya veteran perang.
Zeliker tidak mahu Xium membantunya. Oleh sebab itu, Xium menghalang tentera musuh yang cuba menyerang Zeliker. Zeliker dilihatnya berada dalam keadaan sama kuat dengan komander tersebut dan tidak risau.
Komander syaitan itu membalas serangan Zeliker dengan beberapa lembing ais ke arah Zeliker. Zeliker bergerak ke hadapan sedangkan lembing tersebut menuju kepadanya. Dia memunculkan pelindung berapi lantas mencairkan lembing tersebut sebelum tiba ke tubuhnya. Zeliker membaling senjata pedangnya ke arah komander tersebut. Komander itu tersengih lalu mengelak pedang Zeliker. Dia tidak tahu ia satu helah Zeliker yang menyalin serangan Enta pada waktu dahulu. Zeliker telah muncul di belakangnya dengan pedang berada di tangannya. Dia melibasnya ke arah leher komander itu.
Serangannya hampir berjaya jikalau bukan disebabkan satu anak panah menuju ke arahnya dari tepi dan segera mengelaknya. Anak panah itu dilepaskan seorang tentera wanita musuh dari jarak jauh. Xium yang melihat serangan tersebut segera bertindak menyerang wanita itu dengan memunculkan dirinya di hadapan wanita itu.
Wanita itu segera mempertahankan diri dengan sebilah pisau sepanjang 25 cm. Xium tidak mengambil masa yang lama untuk menamatkan riwayat wanita itu dan kembali ke sisi Zeliker. Tiada belas kasihan ditunjukkannya kerana wanita itu penyebab serangan Zeliker gagal. Kini, Zeliker bertungkus lumus untuk membunuh komander tersebut. Helahnya itu tidak boleh digunakan lagi lalu mencuba strategi lain.
Apabila kedua-duanya dekat, Zeliker dan komander syaitan itu akan menggunakan teknik berlawan fizikal sambil mempertahankan diri. Menggunakan kuasa selalu boleh meletihkan mereka tetapi penentu kemenangan ialah stamina mereka dapat bertahan atau tidak. Berjam mereka berlawan dan masih belum ada pengakhiran. Kedua-duanya tercungap sambil cuba menenangkan minda mereka. Cemas dalam keadaan kurang stamina bukanlah jalan penyelesaian.
Zeliker menegakkan tubuhnya sambil menurunkan pedangnya menghala ke bawah. Melihat riaksi Zeliker, komander itu merasakan ini adalah serangan kuat Zeliker yang terakhir. Dia juga bersedia dalam caranya. Pedangnya diangkat ke paras dada sambil bilah pedangnya menghala ke arah Zeliker.
Semua tentera termasuk Xium yang melihat riaksi dua komander mereka menjadi senyap. Mereka merasakan situasi tersebut telah mencapai klimaks komander mereka dan meletakkan kepercayaan mereka kepada komander mereka.
Entah mengapa, Zeliker teringat sesuatu semasa dia berlatih pedang dengan Silvert. Waktu itu dia baru berumur 11 tahun. Silvert memaksanya untuk berlatih pedang untuk menguatkan stamina dan pertahanan.
YOU ARE READING
GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]
FantasySemenjak dahulu, hidup satu kaum manusia dengan kebolehan yg hebat. Mereka boleh menggunakan kuasa tetapi boleh hidup di planet yang sama dengan manusia biasa kecuali mereka tidak mempunyai persamaan dari segi organ-organ dalaman mereka walaupun ru...