BAB 10: PERLAWANAN ANTARA WAKIL NEGARA

66 4 0
                                    

[Tahun 5457, 4 November, 9.30 AM...]

Zeliker yang mendengarnya tersentak. Dia tahu Gizelis akan berlawan mewakili negara itu tetapi berlawan dengan syaitan lain tidak diketahuinya. Dia mendengar sahaja. Dia ada sedikit gelisah dengan perkara itu juga.

   " Tapi, apa-apa pun yang lebih penting adalah kehadiran Silvert ke sini. Aku akan berbual dengannya.." putus Zeliker lalu lenyap dari situ.

   " Eh?? Mana Zeliker?" tanya Stiria berasa hairan melihat Zeliker tiada di situ lagi.

   Semua orang tersedar. 

   " Gizelis, benarkan aku keluar istana," pinta Zeliker kepada Gizelis setelah menemui Gizelis di collesium istana.

   " Apa? Kenapa?" tanya Gizelis ingin tahu sebab-sebabnya.

  " Aku nak keluar ambil angin. Aku bosan duduk di sini hari-hari. Lagipun, aku akan pergi dengan Dian dan Enta," jawab Zeliker.

   " Hmm... Kalau Enta bersama kamu, rasanya tak de masalah. Tapi, pastikan kamu pulang sebelum senja, ok?" senyum Gizelis.

   Zeliker mengangguk kepalanya. Kemudian, dia beredar ke biliknya. Kelihatan Dian dan Enta telah berada di dalam bilik itu.

   " Jom keluar," ajaknya kepada mereka.

   " Huh? Pergi mana?" tanya Dian, pelik.

   " Ikut saja," balas Zeliker lalu keluar dari bilik itu.

   Tanpa berkata apa-apa lagi, Dian dan Enta mengekorinya keluar. Mereka melalui bandar dan seterusnya memasuki sebuah hutan.

   " Zeliker, bukankah kita dah terlalu jauh dari istana?" tanya Enta yang mula rasa tidak sedap hati kerana Zeliker membawa mereka jauh dari istana.

   Zeliker tidak membalas kata-katanya sebaliknya diam. Selepas beberapa minit, Dian dan Enta terasa kehadiran seorang syaitan lain di situ. Orang itu mendekati mereka. Orang itu memandang mereka bertiga. Selepas itu, dia duduk hormat menghormati Zeliker.

   " Tuanku Zeliker, nampaknya tuanku sedar kehadiran patik yang datang ke mari.." katanya.

   Dian dan Enta tersentak mendengarnya. Mereka memandang Zeliker.

   " Mungkinkah Zeliker datang ke sini semata-mata untuk bertemu orang ini. Kejap, pakaian orang ini macam.. jeneral askar syaitan!" kata Dian dalam hati dengan riak terkejut.

   " Silvert, adakah kamu datang ke sini untuk bawa beta pulang?" tanya Zeliker, terus ke tajuk utama.

   " Ya, tuanku. Patik diarahkan ayahanda tuanku untuk membawa tuanku pulang ke istana semula. Tapi, nampaknya tuanku tidak boleh pulang dengan sendiri selama ini kerana menjadi hamba manusia, bukan? Biar patik musnahkan alat itu, tuanku," pinta Silvert sambil berdiri semula.

   Dia sedar Zeliker dan rakan-rakannya memakai gelang itu.

   " Belum masanya lagi, Silvert. Beta ada sesuatu yang beta nak buat di negara manusia ni. Dalam seminggu lagi, tunggu beta di collesium istana manusia," suruh Zeliker.

   " Apa yang dia nak lakukan? Dia nak bunuh semua manusia dalam collesium tu nanti ke?" fikir Enta dalam diam dan rasa tidak tenang  mendengar kata-kata itu.                

   " Jika itu yang tuanku perintahkan, patik akan patuh.." kata Silvert.

   " Buat masa ini, kamu tahu apa yang perlu kamu lakukan, bukan? Beta tak rasa tujuan kamu hanya satu, Silvert. Lakukan apa yang diperintah ayahanda beta kepada kamu. Kamu boleh pergi," kata Zeliker.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now