BAB 27: PERKAHWINAN

61 5 2
                                    

Beberapa minit kemudian, mereka berdua keluar dari kawasan bandar. Flare tidak menunggang Teresa sebaliknya menunggang kuda miliknya. Zeliker pula menunggang Azuris. Dia berasa lega kerana Azuris dan Teresa masih hidup. 

" Hei, korang!" jerit Hetero kepada mereka. 

Kawan-kawannya ada bersamanya juga.

" Ke mana korang dah pergi semalam? Ingatkan ada dalam bandar.." Tanya Flare.

" Kami pergi istana Neza sekejap. Flare, kamu nak ke mana? Dengan beg besar pulak tu..." balas Liyuna, hairan.

" Mulai saat ini, aku akan bersama Zeliker. Ayah aku suruh ikut dia. Korang akan bersama kami juga, bukan?"

" Wah, tak sangka betul!" kata Shiruna dengan riak tidak percaya.

" Zeliker, jika tak keberatan, kami akan mengembara bersama kamu. Lagi ramai orang lagi seronok, bukan?" kata Reuris kepada Zeliker.

" Aku tak kisah, Reuris. Aku gembira jika dapat bersama korang dalam pengembaraan ini.. Boleh lah aku tanya korang pasal benda yang aku tak tahu masa kita ke mana-mana tempat nanti. Boleh, kan?" balas Zeliker sambil tersenyum.

" Sudah tentu. Kalau kami tak tahu, kita tanyalah si genius ni.." kata Reuris sambil menepuk bahu Aiga.

" Dengan kata lain, aku dipaksa mereka untuk ikut sekali dalam pengembaraan kerana mereka semua kurang pengetahuan tentang dunia.." kata Aiga dengan sengaja kepada Zeliker.

" Hei, kitorang tak paksa kamu pun!!" kata Hetero, tersentak mendengarnya.

Dia berasa geram dengan kata-kata Aiga. 

" Nak lawan kah? Kamu dah kalah 768 kali dan kemenangan adalah kosong.. Kamu takkan ada peluang untuk menang jika berlawan dengan aku, Hetero. Aku tahu banyak kelemahan kamu," sengih Aiga. 

" Tak guna! Itu sebab kamu guna teknik kotor!"

" Itu bukannya teknik kotor tapi sebahagian dari rancangan aku. Kamu tu yang masih lemah dalam berfikir. Apa kata aku cuci otak kamu dengan sabun, nak? Mungkin otak kamu lebih segar dan boleh berfikir dengan baik.."

" Cis! Aiga, kamu memang nak mati!"

" Sudah, korang berdua!! Korang nak datangkan masalah kat negara ni pula ke, hah?! Aku nak korang berdua diam selama sejam sebagai denda! Ingkar arahan aku, korang tahu apa yang aku lakukan, bukan? Sama macam yang lepas.." jerit Reuris yang sebenarnya ketua kumpulan mereka.

Dia tidak tahan dengan pergaduhan dalam ahli-ahli kumpulannya. Zeliker yang melihat situasi tersebut berasa kagum dengan watak ketua yang dilakukan Reuris.

" Aku tak sangka mereka semua ni sangat menarik. Mungkin mereka manusia tetapi perwatakan mereka tak de beza lansung dengan perwatakan syaitan. Pengembaraan aku pasni akan lebih meriah nampaknya.." katanya dalam hati sambil tersenyum.

Dia tidak kisah langsung dengan pergaduhan Aiga dan Hetero.

" Oh, korang nak naik kuda juga kah? Banyak lagi kuda istana dan lagi cepat daripada jalan kaki," Tanya Flare.

" Hmm.. Oklah. Nanti kami melambatkan korang dengan berjalan kaki pula. Sebenarnya kitorang dah biasa jalan je tapi mungkin ada kebaikan juga naik kuda.. Boleh ke kami pinjam kuda istana?" balas Reuris, rasa bersalah.

" Bukan pinjam tapi ambil. Lebih senang dari pinjam sebab nanti kena pulangkan semula.." gurau Flare.

Selepas itu, Flare dan kawan-kawannya diberikan kuda masing-masing. Teresa ditunggang oleh Shiruna. Mereka memulakan pengembaraan mereka ke negara lain pula.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now