BAB 15: MAKNA PERSAHABATAN

84 5 0
                                    

" Hah?! Mana Zeliker?!" katanya, terkejut selepas itu.

Disebabkan dia bangun dengan pantas, Enta di belakangnya terjatuh dan terus terjaga. Gizelis, Xcerox, Stiria serta kawan-kawannya yang berdekatan juga terjaga. 

" Mana dia pergi pulak dah..? Dian, Enta, cari dia di luar. Aku akan cari dalam kawasan istana," arah Gizelis.

" Ok!" balas Enta dan Dian lalu lenyap.

" Biar beta tolong sama, Gizelis," pinta Xcerox.

" Baiklah, sila ikut patik, tuanku. Tuanku Stiria, sila tunggu di sini.." balas Gizelis.

" Ya.." kata Stiria.

" Kita patut tolong juga, Haiker," kata Nirsha kepada suaminya.

" Kamu pentingkan dia dari abang, Nirsha.. Huhu.." balas Haiker, sedih.

" Honey! Kan ayang dah kata honey saja yang ayang sayang! Dah, mari pergi!" Nirsha menarik tangan Haiker untuk keluar mencari Zeliker juga.

" Haih.. Budak tu tak habis-habis susahkan kita.. Kita tak patut bawa dia ke sini.." kata Nish.

" Erm.. Nish, Zeliker bukannya mari atas kemahuan dia, kamu tahu tak," balas Ashla yang terdengar kata-katanya.

" Dia ke mari atas perintah Baginda Sektar," sambungnya lagi bagi membetulkan salah faham terhadap Zeliker.

" Kamu pertahankan dia setelah apa yang dia lakukan sekarang, Ashla?" tanya Wallo yang masuk campur.

" Wallo.. Aku tak pertahankan dia. Tapi, Gizelis yang beritahu aku Zeliker adalah utusan yang penting untuk kebaikan kedua-dua negara ni. Bagi merapatkan hubungan dua negara ini, kehadiran Zeliker ke sini adalah amat penting. Bukan kerana dia dari puak syaitan tapi sikapnya yang mungkin dapat mengubah sikap Raja Elamos yang membenci puak syaitan.. Jangan kata yang bukan-bukan tentangnya walaupun dia buat banyak masalah. Apa yang kita mahu adalah Zeliker berada di sini membantu kedua-dua negara ini berbaik dan bekerjasama," terang Ashla.

" Apa? Maksud kamu Raja Sektar menghantar Zeliker sebagai perantaraan keamanan?" kata Nish yang terkejut mendengarnya.

Begitu juga dengan semua orang yang berada di situ.

" Ini bermakna... Zeliker telah mendapat kepercayaan Raja Sektar dan adalah orang yang penting bagi menyatukan negara kita dengan negara ini.." kata Frix.

" Bukan itu sahaja, Raja Elamos juga mahu Zeliker bertemu dengan baginda. Itu juga salah satu sebab Zeliker ke mari. Jadi, jika terjadi apa-apa kepada Zeliker, kita akan merisaukan kedua-dua raja negara.." kata Ashla lagi.

" Sampai begitu sekali pentingnya Zeliker kepada baginda.." bisik askar-askar yang mendengarnya.

" Aku nak pergi cari Zeliker. Yang lain tunggu di sini menjaga keselamatan Puteri Stiria," arah Ashla lalu beredar.

" Zeliker... Kamu pergi mana? Semua orang sangat risaukan kamu.." kata Stiria dalam hati dengan perasaan gelisah.

Pada masa yang sama...

" Hei, Zeliker... Kamu ni manusia ke?" tanya Zelfon untuk memastikan sesuatu.

" Aku manusia tapi dari puak syaitan.." balas Zeliker.

" Oh... Betul lah jangkaan aku.." 

" Kenapa?"

" Emm.. Tak, cuma aku rasa kehadiran kamu sama dengan kehadiran Elgarb. Dia manusia tapi ada kuasa. Ibunya manusia tapi ayahnya adalah syaitan. Jadi, dia dilahirkan dengan mempunyai dua darah daging.." kata Zelfon lalu berhenti berjalan.

GUIDE TO NEW ERA (BAHASA MELAYU) #Wattys2016 [COMPLETE]Where stories live. Discover now